from RM60.00
Check Availability

Teroka hutan Bakau dan Gerbang Mawar

Created with Sketch. Pulau Mawar, Johor, Malaysia
Not Rated

Duration

3

Cancellation

No Cancellation

Group Size

10 people

Languages

English, Malay

Overview

Teroka keajaiban pantai bakau dan keunikan Pantai berbatu di Pulau Mawar Mersing. Perjalan bermula dari hentian bas Mersing mengambil masa sekitar 30 minit ke destinasi. Antara keunikan Pulau Mawar adalah kita boleh pergi ke Pulau tersebut menggunakan kereta kerana ianya bersambung dengan tanah besar. Perjalanan ke Pulau Mawar ketika air pasang akan terasa lebih unik kerana kita boleh melihat di kiri kanan air pantai menghempas tanjung, terasa seolah-olah kita sedang meredah lautan.

Kenderaan kita akan diletakkan di tepi pantai Pulau Mawar, dari kenderaan perjalanan secara berjalan kaki akan mengambil masa sekitar 15 minit dengan jarak 400 meter. Perjalanan ke Pintu Gerbang sendiri sangat unik kerana kita akan melalui deretan pokok bakau yang penuh dengan hidupan. Jangan terkejut jika melihat banyak tompokan merah dan biru bertebaran di tanah kerana itu adalah ketam kecil yang mencari makanan apabila air surut.

Perjalanan ke Gerbang Mawar sangat santai dan cuma ada 1 cerun yang perlu dilalui tetapi jangan risau kerana cerun ini dijaga baik dengan tali dan tempat pijak kaki dijaga elok. Sejurus sahaja selesai kita menaiki cerun ini kita dihidangkan dengan satu pemandangan yang luar biasa cantik, Gerbang Mawar sudah kelihatan membawa kita ke landscape pantai yang memukau. Batuan pelbagai warna dan bunyi ombak besar menyebab kita seolah-olah kita di alam yang lain.

Kita berada disini sekitar 1 jam untuk mengambil gambar yang cantik dan juga berpiknik  menikmati msata dan keropok lekor mersing sambil mendengar bunyi pecahan ombak menghempas pantai berbatu. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan

View More

HIGHLIGHTS

  • Landskap Gerbang Mawar yang luar biasa indah

Included/Excluded

  • Pengangkutan ke Lokasi
  • Sesi Fotografi
  • Makan & Minum ketika aktiviti
  • Perbelanjaan Peribadi

Languages

English
Malay

Activity's Location

Created with Sketch. Pulau Mawar, Johor, Malaysia

Reviews

0/5
Not Rated
Based on 0 review
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
Showing 1 - 0 of 0 in total

Write a review

Created with Sketch.
from RM60.00

Organized by

Syibli Fakih

Member Since 2020

3 Reviews