Skip to product information
1 of 32

SOUTH NEW ZEALAND

SOUTH NEW ZEALAND

Tarikh Kembara

12 Mei - 23 Mei 2024
30 Oct - 10 Nov 2024
25 Nov - 06 Dec 2024

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai dan tidak lasak. Trip ini juga sesuai untuk 'Family Friendly' dan golongan 'mesra lutut'.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 17,850 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 16,850 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 12,600 per pax
Bayi: RM 2,800 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 5,650 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 5,350 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,100 per pax
Bayi: SGD 950 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Warganegara Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara



Hari Pertama 

Kuala Lumpur/Singapura - Auckland

Kami mulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland sebagai pintu masuk ke New Zealand. Pastikan dah dapat NZETA dahulu sebelum terbang. Kebiasaan penerbangan akan mengambil 2 transit. Jika kita menaiki penerbangan Malaysia Airlines boleh terus sampai ke Auckland. Namun penerbangan ini tidak selalunya ada. Alternatifnya boleh juga menaiki Qantas, SIA atau pun Batik. 

Hari Kedua 

Auckland - Queenstown

Selepas tiba di Auckland, kita akan terus mengambil laluan domestik ke Pulau Selatan. Mungkin secangkir kopi panas di terminal domestik satu cara melegakan urat tegang kita sepanjang duduk dalam penerbangan 10 jam dari Malaysia. Kemudian kita akan terbang dengan pesawat domestik menuju ke Queenstown. Tidak mungkin kita dapat tidur sepanjang penerbangan 2 jam  ini kerana biasanya kapal akan melalui Southern Alps. Salji sepanjang tahun di atas rabung pergunungan Alps akan hampir menghabiskan semua memori telefon pintar kita sebelum mendarat di Kota Extreme Sport, Queenstown. 

 

Hari Ketiga 

Queenstown

Pagi di Queenstown memang indah. Pemandangan tasik Wakatipu yang berkabus rendah waktu pagi sangat majestik. New Zealand ialah negara yang jauh, 2 hari pertama hanya dalam perjalanan dan tiada jalan singkat. Maka hari ini kita santai-santai sahaja berjalan kaki di Pekan Queenstown sambil-sambil recovery dari perjalanan yang panjang. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Jika nak melawat farm Walter Peak Farm dengan menaiki kapal stim klasik merentas Wakatipu pun satu healing jiwa. Jika ada yang lebih suka melepak tepi tasik menghirup kopi latte panas sambil menikmat panorama Wakatipu pun boleh juga.

Hari Keempat 

Queenstown

Hari ini kita masih di Queenstown tetapi kita akan meneroka beberapa wilayah indah seperti Glenorchy, Kawarau juga Cromwell. Nikmat bila boleh memetik cherry dari pokoknya sendiri di Cromwell. Kita terus ke Paradise selepas itu, memang asli keindahannya seperti dalam babak filem Lord of The Ring. Dalam perjalanan ke sana juga, ada petting farm untuk kita bermesra dengan biri-biri dan alpaca yang sangat jinak.   

Hari Kelima 

Queenstown - Te Anau

Hari ini kita akan mulakan perjalanan dari Queenstown menuju ke wilayah pesona syurga dunia. Namun disebabkan perjalanan ke fjordland ini memakan masa yang lama, kita akan berhenti menginap di Te Anau. Pekan terakhir yang punyai jaringan interenet dan isyarat mobil.

Sepanjang perjalanan ke Te Anau, mata kita sentiasa akan terpana dengan perubahan lanskap dan muka bumi yang indah-indah. Rarecation dari dahulu tidak suka rushing. Kita sentiasa ada masa untuk menikmati hentian-hentian kopi dan bergambar. Kita berehat awal hari ini kerana esok pagi kita akan bergerak sebelum dinihari. 

 

Hari Keenam

Milford Sound - Kingstown 

Setelah kapten menyiapkan bekalan sarapan, kita sudah boleh bergerak memasuki sebuah taman negara paling unik di dunia. Di sepanjang perjalanan adalah gunung ganang berbatu dan lahan hutan yang hijau. Air terjun dan jeram di serata tempat. Kita boleh berhenti sebentar untuk menikmati sarapan pagi nasi lemak yang kita dah bungkus siap-siap. Kita rancang untuk tiba di Milford Sound sebelum 10 pagi untuk merasa pelayaran pagi di Fjordland.

Pelayaran mengambil masa sekitar 2 jam. Selepas habis pelayaran kita perlahan-lahan pulang menuju Kingstown semula untuk hentian semalaman.


Hari Ketujuh 

Kingstown - Wanaka

Selepas bersarapan pagi kita akan teruskan perjalanan untuk ke Wanaka. Perjalanan melalui banjaran Crown di bahagian utara Queenstown. Banyak ladang-ladang di atas pergunungan ini menemani sepanjang perjalanan kita ke Tasik Wanaka. Kita akan menghabiskan banyak masa untuk aktiviti di Tasik Wanaka. Bila cuaca baik, memang paling menarik jika boleh ke Blue Pool. Sebuah jeram jernih yang tak masuk akal cantiknya seperti dalam lukisan-lukisan AI sahaja. 


Hari Kelapan

Tasik Pukaki - Tekapo

Selepas menghabiskan pagi di Lonely Tree Wanaka, kita akan bergerak menuju ke Tekapo melalui Tasik Pukaki. Menariknya, kita akan memandu merentasi Lindis Pass yang terlihat seperti hamparan permaidani berkedut.

Turun dari Lindis Pass, kita berhenti menikmati salmon segar di sebuah ladang ternakan salmon. Kami juga sempat membeli seekor salmon seberat 4 kg yang hanya habis selepas kita sampai di Christchurch pada hari akhir. Asam pedas, kari ikan, masak lemak cili api semua dah kita buat dengan salmon ini.

Kebetulan cuaca baik, kita masuk ke susur tasik Pukaki sehingga ke kaki Mount Cook. Kita tak naik atas puncak, cukup sekadar menikmat keindahannya dari kaki sahaja. Tiba di Tekapo, kita sempat lah nak berhindustan di lapangan bunga lupin yang sangat luas sebelum berhenti berehat dan bermalam di Tekapo. Sebelum tengah malam, kita ada kesempatan masa harung kesejukan untuk stargazing di Tekapo kerana tempat ini ialah wilayah rezab kegelapan malam kebangsaan. Apa sahaja di langit, sangat jelas terlihat tanpa pencemaran cahaya. 

 

Hari Kesembilan 

Tekapo - Burke Pass - Ashburton Valley

Dari Tekapo kita menuju ke sebuah lembah yang sangat terpencil. Lembah ini tidak dihuni manusia tetapi jika menonton Lord of the Ring, inilah perkampungan Pahlawan Aragon yang terletak di atas Gunung Sunday.

Perjalanan hari ini melalui beberapa pekan koboi dan yang paling menarik ialah di Burke’s Pass. Pekan kecil yang sangat klasik. Sempatlah kalau kita nak berenang di Clearwater Lake di daerah Lembah Ashburton. Keluar dari lembah indah ini, kita berhenti menginap di Geraldine. 

 

Hari Kesepuluh

Christchurch

Dari Geraldine, kita santai-santai terus sehingga ke Christchurch. Kita menginap di pinggir Lautan Pasifik di Brighton Beach. Sekali lagi, New Zealand selatan ini bukan cerita tentang destinasi, perjalanannya sendiri sangat menarik dengan lanskap yang pelbagai. Kita berehat sambil mengambil angin Lautan Pasifik yang berombak ganas setiap hari. 

Hari Kesebelas - Dua Belas

Christchurch - Kuala Lumpur/Singapura

Hari ini hari yang ditunggu peserta kami. Kerana hari ini ialah hari Free & Easy. Biasanya hari inilah peserta nak membeli belah di sekitar Christchurch. Bagi yang tidak biasa berjalan sendiri, kita bawa mereka ke Botanical Garden untuk melihat kecantikan floral dan juga pengalaman punting di Sungai Avon.

Malam ini, malam akhir kita semua bersama-sama. Esok hari kita semua akan berpisah. Malam ini ialah Captain’s Night. Biasanya ada makan-makan dan juga sessi curhat (curahan hati) yang kadangkala berakhir dengan rembesan air mata apabila semua yang telah dilalui sepanjang 13 hari akan berakhir esoknya. 

Awal pagi kita dah ke airport Christchurch untuk pemulangan kereta sewa juga untuk pulang ke tanah air masing-masing. Perjalanan dari Christchurch ke Auckland dan kemudian ke negara masing-masing pada hari ini. 

 

View full details