TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT RARECATION

Rarecation Travel Sdn Bhd / Rarecation Travel (S) Pte Ltd (dikenali sebagai Rarecation) membawa konsep kembara dan pergi ke tempat-tempat yang jarang dilawati oleh pelancong. Pengembaraan, atau “kembara,” merujuk pada perjalanan atau pergerakan seseorang keluar dari zon selesa, dari satu tempat ke tempat lain yang melibatkan fizikal dan mental dengan tujuan eksplorasi, penemuan atau pengalaman baru.

Peserta dinasihatkan untuk membaca dengan teliti terma dan syarat sebelum bersetuju untuk melanggani pakej kembara Rarecation. Sebaik sahaja peserta membuat bayaran, bermakna peserta telah terikat melalui kontrak dengan pihak Rarecation dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat-syarat dan terma yang diberikan.


1 PENGESAHAN MAKLUMAT SERTA BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL

Peserta dikehendaki menyemak maklumat pakej yang ditempah sebelum membuat bayaran deposit seperti harga pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik, pakej yang dipilih termasuk penginapan, termasuk tiket penerbangan atau tidak, dan lain-lain maklumat yang berkenaan. Peserta dianggap telah bersetuju dengan maklumat di dalam resit atau surat pengesahan. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko dan sebarang kos tambahan pada pakej sekiranya peserta gagal melaporkan sebarang kesilapan dalam butiran pakej peserta dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit surat pengesahan dikeluarkan.


2 MAKLUMAT PERIBADI

Segala butiran yang diberi kepada Rarecation adalah maklumat yang akan digunakan oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang ditempah. Peserta dikehendaki menyemak semua butiran/maklumat peribadi sendiri sebelum membuat bayaran deposit. Sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat yang diberi adalah dianggap benar dan muktamad. Pihak Rarecation tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan terhadap maklumat yang diberi. Segala info yang diberikan ialah sulit.


3 DOKUMEN PERJALANAN

Peserta mestilah mempunyai passport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf setaraf dengannya. Ia haruslah sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh ketibaan ke negara asal. Penjagaan passport adalah tanggungjawab setiap peserta. Sekiranya berlaku kehilangan atau keciciran passport, pihak Rarecation tidak akan bertanggungjawab namun akan membantu peserta selagi tidak mengganggu jadual perjalanan kembara.


4 TIKET PENERBANGAN

Semua pakej Rarecation adalah termasuk dengan tiket penerbangan (kecuali pakej ground) dari KLIA / Changi airport ke destinasi yang dituju. Pakej tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA / Changi airport. Semua jadual perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan. Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan jadual lawatan, hotel dan Ialuan diubah.

Peserta dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Rarecation terlebih dahulu sebelum menempah perkhidmatan pengangkutan domestik ke/dari KLIA / Changi airport atau penginapan yang terkait dengan pakej Rarecation. Jika berlaku sebarang perubahan pada jadual penerbangan, pihak Rarecation tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi, yang timbul akibat pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah teknikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan/kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.

Pihak Rarecation akan membantu menguruskan daftar masuk secara atas talian, namun tertakluk kepada sistem yang digunakan kerana adakalanya proses ‘check-in’ tidak dapat dibuat secara atas talian dan perlu mendaftar masuk secara manual di kaunter semasa di lapangan terbang.

Pihak Rarecation tidak menjamin kedudukan tempat duduk peserta di dalam pesawat tetapi akan cuba menyusun mengikut susunan terbaik untuk peserta.


5 PENGINAPAN

Rarecation membawa konsep kembara dan kebiasaannya untuk pakej 10-12 orang, penginapan pilihan adalah "local house", apartment dan holiday home. Penginapan seperti hotel biasanya untuk pakej 20-40 orang seperti Turki Cuti Sekolah, Baitulmaqdis dan pakej yang terkait. Penyusunan bilik adalah mengikut kesesuaian kembara terutamanya untuk sesetengah pakej di mana ada bermalam di dalam feri dan keretapi. Namun pihak Rarecation akan berusaha untuk memastikan pasangan suami-isteri dan keluarga mendapat bilik bersama. Jika berlaku pemisahan antara pasangan suami-isteri dan keluarga, pemakluman awal akan dibuat sebelum kembara.

5.1 Memandangkan penginapan Rarecation berkonsepkan local house, maka akan berlaku perkongsian satu penginapan (rumah) antara peserta. Pihak Rarecation akan memastikan penyusunan bilik adalah mengikut mahram.

5.2 Secara amnya, setiap peserta akan mendapat bilik berdua. Namun, ada sesetengah tempat mungkin memerlukan untuk berkongsi bilik bertiga atau lebih, mengikut kesesuaian penginapan yang ada dan juga mahram.

5.3 Penginapan seperti ini akan melibatkan perkongsian bilik air. Pastikan peserta selesa dengan konsep ini sebelum peserta menyertai mana-mana kembara Rarecation.


6 JADUAL PERJALANAN (ITINERARI)

Setiap kembara Rarecation adalah unik, berbeza dan lain dari yang lain. Itinerari Rarecation adalah fleksibel dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Kapten mempunyai hak untuk mengubah mana-mana itinerari di sepanjang kembara tanpa memaklumkan peserta, bergantung kepada keadaan, cuaca dan situasi yang berlaku pada waktu itu. Jadual perjalanan yang dipaparkan di laman sesawang Rarecation adalah sebagai rujukan sahaja dan bukan semua perjalanan kembara akan melalui jalan yang sama. Kebiasannya sebelum trip, Kapten akan memberikan taklimat perjalanan kepada peserta tentang jadual perjalanan supaya peserta dapat bersedia dari segi mental dan fizikal.


7 HARGA PAKEJ

Sila pastikan peserta mendapat harga yang telah dipersetujui dalam invois. Harga pakej tertakluk kepada perubahan matawang Malaysia. Jika terdapat sebarang kenaikan matawang melebihi 10% dari kadar asal atau kenaikan mendadak daripada kos operasi atas faktor luar jangka kemungkinan akan ada pertambahan daripada harga asal. Sila rujuk kepada pegawai Rarecation. Segala bayaran yang diterima oleh pihak Rarecation tidak akan dikembalikan.


8 JUMLAH PENYERTAAN

Kembara Rarecation terbahagi kepada beberapa 2 kategori, majoriti kembara Rarecation adalah dalam kategori kumpulan kecil, 10-12 orang di dalam 1 kumpulan kecuali untuk kembara Baitulmaqdis dan Turki Cuti Sejuk. Untuk kumpulan kecil 10 orang satu kumpulan, sama seperti polisi penerbangan di serata dunia yang akan menerima "overbook" dengan kadar 10-20% disebabkan terdapat risiko akan ada "no show" atau pembatalan di saat akhir. Rarecation juga mengambil pendekatan yang sama dengan menerima lebih penyertaan dalam bilangan seorang atau dua dan jika berlaku pembatalan di saat akhir dalam kalangan peserta, Rarecation masih boleh meneruskan kembara dengan jumlah 10 orang dalam satu kumpulan. Bagaimanapun ada juga trip diluar jangka yang ada kalanya jumlah peserta kurang dari 10 orang dan trip itu diteruskan juga.


9 PENOLAKAN KEMASUKAN

Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.


10 TEMPAHAN DAN BAYARAN

  1. Tempahan minimum RM 1,000 (Malaysia) / SGD 500 (Singapura) seorang perlu dibayar segera sebagai pengesahan tempahan pakej.
  2. Jumlah Deposit penuh adalah mengikut kadar 50% dari harga pakej. Pembayaran deposit penuh perlu dibuat dalam masa 4 minggu selepas pembayaran booking dibuat. Ini untuk memastikan kelancaran pembelian tiket penerbangan.
  3. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 60 hari sebelum tarikh keberangkatan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan perlucuthakan deposit.

Rarecation hanya menerima pembayaran secara Tunai, Pembayaran Secara Atas Talian (online banking), Cek dan Kad Kredit. Untuk pembayaran secara cek, pihak Rarecation berhak untuk menahan tempahan pakej peserta sehingga cek peserta ditunaikan. Pihak Rarecation tidak bertanggungjawab jika peserta tidak dapat menyertai pakej yang peserta tempah kerana penuh akibat kelewatan proses pembayaran.

Bagi Pembayaran Secara Atas Talian, pembayaran hanya boleh dibuat secara terus kepada akaun bank syarikat. Pihak syarikat tidak melantik mana-mana agen atau pihak ketiga yang dikhaskan untuk menerima sebarang pembayaran. Pihak Rarecation tidak akan bertanggungjawab sekiranya pembayaran dibuat kepada pihak lain tanpa pengetahuan Rarecation.

Ini maklumat rasmi bank Rarecation :

MALAYSIA : RARECATION TRAVEL SDN BHD

Maybank - 5622 6352 9023
RHB - 2124 5760 0221 74
Bank Islam- 1202 9010 0854 33

SINGAPURA : RARECATION TRAVEL (S) PTE LTD

OCBC - 6010 7221 8001
Paynow - UEN No. 202003665R001


11 PEMBATALAN DAN CAJ PEMBATALAN

Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan. Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman, perang dan sebagainya) pihak Rarecation akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya), walaubagaimanapun akan ada caj pengurusan sebanyak RM 500 seorang untuk kerja-kerja yang telah Rarecation jalankan.


12 PERTUKARAN KEMBARA

Bagi yang sudah mendaftar dan ingin menukar tarikh kembara atau pun ke kembara lain akan dikenakan caj pengurusan sebanyak RM 500 seorang. Ini disebabkan oleh gerak kerja yang sudah team Rarecation lakukan, dan pada masa yang sama Rarecation perlu mencari pengganti bagi mengisi slot kekosongan yang ada. Di pihak Rarecation, terdapat juga risiko untuk Rarecation tidak dapat cari pengganti dalam masa yang sudah ditetapkan.


13 INSURAN PERJALANAN

Semua pakej Rarecation yang berlepas dari KLIA, sudah termasuk insuran perjalanan asas. Bagi tujuan tuntutan insuran, semua urusan akan dibuat oleh peserta sendiri. Ini kerana pihak insuran lebih mudah berurusan dengan penama insuran secara terus berbanding orang ketiga. Namun, pihak Rarecation akan membantu menyediakan dokumen yang diperlukan untuk tujuan tuntutan. Bagi urusan follow-up tuntutan bayaran dari pihak insuran, peserta sendiri perlu berhubung dengan pihak insuran untuk mengetahui status tuntutan.


14 FOTOGRAFI DAN VIDEO

Dalam setiap perjalanan pihak Rarecation akan membuat rakaman dalam bentuk foto atau video. Foto atau video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi. Jika peserta tidak selesa dengan perkara tersebut, peserta diminta berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat. Sebagai kenangan kepada peserta, pihak Rarecation akan memberikan gambar perjalanan kembara kepada peserta melalui portal online, yang mana pautannya akan diberikan setelah perjalanan kembara berakhir.


15 PERJALANAN PENERBANGAN

Kapten dan ko-kapten akan terbang lebih awal untuk membuat pengurusan kembara agar perjalanan peserta menjadi lebih lancar. Atas faktor itu, peserta akan menaiki penerbangan tanpa pengiring dari pihak Rarecation. Namun begitu, wakil Rarecation akan berada di lapangan terbang untuk membantu ketika urusan check-in dan, kapten bersama ko-kapten sudah bersedia di destinasi untuk menyambut peserta. Maklumat berkenaan penerbangan dan juga transit akan diberikan kepada peserta melalui taklimat dan juga group telegram.


16 KELEWATAN PENERBANGAN

Jika berlaku sebarang kelewatan penerbangan, pihak penerbangan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan perubahan masa perjalanan yang seterusnya. Sebarang tuntutan atau kos tambahan yang berlaku akibat dari kelewatan ini, adalah di bawah tanggungan pihak penerbangan. Walaubagaimanapun, pihak Rarecation akan terus memantau dan membantu para peserta demi memastikan peserta selamat tiba ke destinasi.


17 KESUKARAN PERJALANAN

Setiap kembara Rarecation mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Bermula dari kategori mudah (Well Done) sehingga kategori sukar (Extreme Rare). Pastikan peserta mendapatkan info tepat tentang kesukaran kembara yang peserta ingin sertai sesuai dengan tahap kesihatan peserta. Peserta perlu memastikan keadaan fizikal dan mental pada tahap memuaskan dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku disepanjang perjalanan kembara. Pihak Rarecation tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada maklumat yang tidak diberikan kepada pihak Rarecation tentang tahap kesihatan peserta sehingga menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini sebelum, semasa dan selepas perjalanan kembara.

17.1 Kategori Kembara

  1. Well Done: Kembara dengan jumlah penyertaan melebihi 12 orang, dan menaiki kenderaan selesa seperti bas dan tidur di hotel.
  2. Rare: Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV.
  3. Extreme Rare: Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house, guest house, dan ada waktu-waktunya mungkin perlu pemisahan antara pasangan/keluarga. Kembara ini juga akan melibatkan banyak pergerakan berjalan kaki, dan menaiki kenderaan awam.


18 BAGASI

Setiap peserta digalakkan membawa bagasi mengikut apa yang disyorkan oleh Kapten berdasarkan kesesuaian kembara. Kebanyakan kembara Rarecation menggunakan MPV sebagai kenderaan utama. Pemilihan bagasi yang sesuai amat penting untuk memastikan semua peserta kembara selesa dalam perjalanan.


Pihak Rarecation ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan peserta terhadap Rarecation. Semoga perjalanan kita semua mendapat rahmat daripada Allah yang Maha Esa, sebaik-baik pelindung dalam perjalanan kita. Niatkan musafir ini sebagai jariah bekalan untuk kita di akhirat nanti kerana 100% pemilikan saham Rarecation Travel Sdn Bhd adalah milik RPWP Holdings Sdn Bhd, di bawah Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (sebuah pusat pendidikan dan latihan kemahiran, pengurusan badan kebajikan, serta pusat kajian sains manusia). Selain itu, 85% daripada tenaga kerja di Rarecation Travel terdiri daripada 'communal workers' yang menyumbangkan semula gaji atau imbuhan mereka, termasuk kapten Saiful Nang sendiri.

Terima Kasih