Skip to product information
1 of 13

TURKI CUTI SEKOLAH

TURKI CUTI SEKOLAH

Tarikh Kembara

Maklumat Kembara

Penginapan: Hotel
Makan: Half Board
Pengangkutan: Coaster
Kategori kembara: WELL DONE - Kembara dalam kumpulan 20 orang, menginap di hotel dan perjalanan sepanjang kembara akan menggunakan coaster. Trip santai sahaja dan tidak lasak. Trip 'family friendly'.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 10,600 per pax
Kanak-kanak (4-11 tahun): RM 9,970 per pax
Kanak-kanak (2-3 tahun): RM 9,470 per pax
Bayi: RM 2,000 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 3,600 per pax
Kanak-kanak (4-11 tahun): SGD 3,400 per pax
Kanak-kanak (2-3 tahun): SGD 3,250 per pax
Bayi: SGD 650 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan Antarabangsa & Domestik
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Entrance Fee
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri
  • Tipping kepada Local Guide

Jadual Perjalanan Kembara

Pengembaraan kita di Turki selama 12 Hari 10 Malam bukanlah hanya untuk bercuti sahaja malahan kita akan sama-sama melihat kehebatan Islam satu ketika dahulu di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah menakluk Constantinople pada usia 21 Tahun. Constantinople ditukar namanya menjadi Istanbul pada 1930 merupakan lambang kemegahan dan kehebatan pemerintahan Islam satu ketika dulu.



Pengembaraan kita akan jadi lebih menarik kerana kita akan ke salah satu lokasi yang hanya Rakyat Malaysia daripada kembara Rarecation sahaja menjejak tempat tersebut yang merupakan tempat Sultan Al-Fateh dididik sewal usia 4 tahun. Amasya nama diberi. Keindahan lanskap cukup memukau tambahan dengan suasananya yang sangat tenang. Peserta yang pernah ke sini sudah pasti akan rindu dengan tempat ni.





HARI PERTAMA
Kuala Lumpur - Istanbul 

Kebiasannya perjalanan memakan masa selama 12 - 14 Jam termasuk waktu transit. Apa pun tertakluk kepada perubahan. Perjalanan mungkin akan menjadi lebih panjang sekiranya waktu transitnya lebih lama. Setelah tiba di Istanbul kita akan berehat dahulu kerana keesokannya harinya kita akan menaiki Domestik Flight untuk ke Cappadocia.



HARI KEDUA
Istanbul - Cappadocia

Penerbangan dari Istanbul ke Cappadocia akan memakan masa selama 1 jam. Cappadocia terkenal dengan keindahan landskap yang tak terfikir dek akal kerana perubahan bentuk muka bumi yang berlaku. Aktiviti yang popular di sini adalah menaiki ATV dan Hot Air Balloon. Aktiviti akan berlangsung sewaktu sunset dan sunrise yang menjanjikan view yang sangat spectacular!




 




HARI KETIGA
Cappadocia

Kita meneruskan kembara di Cappadocia dan akan melakukan sedikit pendakian ringan di Ortahisar dan Uchisar Citadel. Jangan risau, kita santai-santai sahaja. Mak Cik umur lebih 70 tahun pun dah sampai puncak. Kita layan view dekat atas ni ditemani fotografer professional yang akan merakam momen-momen indah anda.







HARI KEEMPAT
Mt Erciyes

Lokasi ini jarang dikunjungi pelawat dari negara kita. Tapi jangan tak tau, sinilah tempatnya yang kita boleh bermain salji walaupun di lokasi lain masih belum ada saljinya.

Bila dah jumpa salji ni, tak kira tua atau muda semuanya akan teruja. Aksi meluncur superman, aksi bergolek filem hindi, aksi kuak kupu-kupu semuanya ada belaka. Lagi-lagi kalau first time jumpa salji dia punya exited lain macam. Menariknya dengan rarecation kita galakkan pakai baju raya, jangan lupa bawa ya! 

 
HARI KELIMA 
Cappadocia - Amasya

Kita akan menuju ke Amasya dengan menaiki bas. Jangan risau dalam masa 5 jam kita akan tiba di Amasya yang merupakan tempat kebanyakan pembesar Turki dididik untuk menjadi panglima Islam yang hebat sepertimana yang kita kenali iaitu Sultan Al-Fateh sendiri. Kita akan menikmati suasana yang sungguh nyaman di tengah-tengah kawasan pergunungan yang cantik di samping Yesilirmak River yang mendamaikan.



HARI KEENAM
Amasya

Kita akan melakukan pendakian yang ringan di Fyrgian Tombs melalui tangga yang disediakan. Kita layan panorama bandar Amasya dari atas bukit yang memang terbaik sambil minum Teh ataupun lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Chai. Pengalaman kami, Apple Chai salah satu variasi minuman yang paling digemari di sini. Hirup sambil layan view bandar Amasya, fuhh lain macam feel dia.




HARI KETUJUH 
Amasya - Istanbul

Perjalanan seterusnya diteruskan menggunakan Domestik flight selama 1 jam untuk kembali semula ke Istanbul. Salah satu keistimewaan trip Turki bersama Rarecation adalah anda tak perlu spend masa yang lama di dalam bas. Jimat masa, kita akan sampai di Istanbul lebih awal dan melakukan aktiviti yang lebih naik tanpa penat.


HARI KELAPAN
Istanbul 

Topkapi Palace, Haghia Sophia dan Rumeli Hisari merupakan lokasi yang bakal kita terokai hari ini. Paling menarik adalah kita akan rasai sendiri pengalaman menaiki Tramp dan bas di Istanbul. Kita akan travel seperti orang tempatan. Bila lagi kita nak dapat pengalaman macam ni kan? Jangan risau Kapten anda akan mengemudi perjalanan supaya anda tidak tersesat.




HARI KESEMBILAN
Spice Market dan Grand Bazaar

Rakyat Malaysia tak sah kalau tak sampai sini. Lokasi shopping nombor satu di Turki iaitu Spice Market dan Grand Bazaar. Kebiasaannya Spice Market lebih menjadi kegemaran atas faktor barangan di sini lebih murah. Kita bagi ruang untuk semua membeli belah untuk keluarga di tanah air. Bag mesti beranak punya bila samai sini.



HARI KESEPULUH 
Bhosphorus Cruise

Aktiviti kita pada hari ini adalah merentasi Selat Bhosphorus dengan menaiki kapal Cruise. Kapten akan tunjukkan antara lokasi-lokasi bersejarah yang menjadi ingatan dunia seperti kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh mengepalai tenteranya menarik kapal-kapal perang mendaki kawasan berbukit untuk melepasi rantai gergasi di Golden Horn. Tak nak explain banyak, nak tahu kita ikut trip ni sebab banyak sejarah dan ilmu yang boleh sama-sama kita singkap dan renungkan.





HARI KESEBELAS
Penerbangan pulang ke Malaysia.

View full details