Skip to product information
1 of 23

ALPS GOLDEN CIRCLE

ALPS GOLDEN CIRCLE

Tarikh Kembara

14 Mei - 28 Mei 2025
24 Sept - 08 Oct 2025

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai dan tidak lasak.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 18,100 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 16,200 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 13,000 per pax
Bayi: RM 3,800 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 5,850 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 4,900 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,000 per pax
Bayi: SGD 1,200 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara



Hari Pertama - Kedua

Kuala Lumpur/Singapura - Milan - Venice

Perjalanan kita akan dimulakan dengan penerbangan dari Kuala Lumpur/Singapura, menyusuri langit biru menuju bandar fesyen Milan yang menawan. Tiba di sana, kita melanjutkan perjalanan ke Venice, kota yang berjarak sekitar 3 jam dari Milan. Di sini, kita akan bermalam untuk merasakan pesona keindahan Venice.

Hari Ketiga 
Venice

Hari ini seharian kita meneroka keindahan kota Venice, bandar terapung yang merentasi zaman dengan senibina berusia berabad-abad. Apabila penat, kita ambil waktu untuk menikmati secawan kopi di tepi Grand Canal, memerhatikan barisan Gondola yang lembut meluncur melalui alur air yang mempersona, diterangi sinar mentari pagi. Setiap sudut kota Venice ini tersangat unik dan indah menanti untuk diabadikan dalam lensa kamera. Tak perlu gusar, kerana Kapten Rarecation siap untuk mengabadikan kenangan indah kita di sini.

Hari Keempat 
Venice - Hallstat

Dari Kota terapung kita teruskan perjalanan ke Austria, perjalanan sekitar 4 jam namun membawa kita ke persinggahan yang cantik ke laluan-laluan unik dikawasan pergunungan Alps.

Hari Kelima
Hallstat

Waktu untuk melihat sendiri keindahan kampung yang pernah dinobatkan antara kampung tercantik di dunia. Kampung yang menjadi salah satu tempat penghasilan garam utama pada zaman dahulu tersergam indah di tepi tasik berlatarbelakangkan puncak gunung bersalji. Kita berjalan kaki sahaja ke sini, menikmati kedamaian yang dibawa di kampung ini, sekali sekala ada sekawan Swan jinak datang menegur dan jangan tak tahu swan di sini mesra kamera. Boleh sahaja kita bergambar bersama mereka tapi hati-hati jangan sampai tergigit dengan mereka. Lewat petang kita nikmati keindahan sang mentari yang perlahan-lahan tengelam diantara gunung bersalji mengucapkan selamat tinggal kepada kita. Esok perjalanan kita ke German bermula.



Hari Keenam
Daschstein

Selain Hallstatt, satu lagi permata Tapak Warisan Dunia di Austria ialah Dachstein. Jika cuaca menyebelahi kita, peluang keemasan menanti untuk menjejaki salah satu puncaknya dan menikmati keindahan luar biasa dari "The Alps Balcony".

Bayangkan berdiri di atas awan, dikelilingi puncak bersalji dan lembah hijau yang memukau – pemandangan dari puncak Dachstein pasti membuatkan anda terpaku, seolah-olah berada di dalam lukisan ajaib ciptaan alam semula jadi. Ini adalah keindahan sebenar Austrian Alps yang tiada tandingannya!

Hari Ketujuh
Hallstat - Salzburg- Bavarian Alps

Dari Austrian Alps ke Bavarian Alps, kita akan disajikan dengan lanskap pergunungan yang mempesona, namun dengan sentuhan yang berbeza, tetap menenangkan jiwa dan menyegarkan pandangan. Kita akan menginap selama 2 malam di Bavarian Alps, namun sebelum tiba di sana, kita akan singgah sebentar di Salzburg, kota yang terkenal dengan sejarah muziknya, tempat lahirnya Mozart, dan latar belakang filem legendaris The Sound of Music. Satu perjalanan yang menggabungkan keindahan alam dan warisan seni yang tiada duanya.

Hari Kelapan
Neuschwenstein Castle

Seawal pagi kita melawat keindahan istana legenda yang menjadi inspirasi kepada kisah Cinderella, Neuschwanstein Castle. Istana ini terletak di atas gunung bersalji menangkap imaginasi kita apabila berada di sini. Menjadi ikon kepada Bavaria dan destinasi wajib singgah bila kita ke sini. Untuk ke atas ini kita boleh memilih sama ada untuk menaiki kereta kuda atau hiking ke atas menikmati kehijauan gunungnya dengan lebih dekat.

Hari Kesembilan
Bavarian Alps - Italian Alps

Kita teruskan perjalanan ke pergunungan Alps di Itali, perjalanan sekitar 4 jam lebih kita akan dijamu dengan landskap pergunungan bersalji dan kawasan perkampungan utara Itali, destinasi yang kurang di kenali dan dikunjungi namun menyimpan keindahan yang luar biasa dan mendamaikan. 



Hari Kesepuluh
Italian Alps Adventure

Kita akan sambung meneroka keajaiban kawasan perkampungan di pergunungan Itali ini, tasik umpama cermin berwarna turqoise berlatarbelakangkan gunung bersalji menanti kita. Menelusuri kawasan kampung ini sekali sekala kita ditegur oleh sekawan kambing biri-biri meragut di lapangan hijau seluas mata memandang. Sekali sekala terlihat warganya berbasikal keliling kampung dan menghirup kopi panas sambil menikmati cahaya matahari, inilah kedamaian kampung Itali di pergunungan Alps yang tidak di komersialkan.



Hari Kesebelas 
Italian Alps - Lake Como

Tasik Como, terletak di Lambordy adalah tasik yang terhasil dari cairan glacier ini indah dengan warna biru yang menenangkan. Ini destinasi kita hari ini, menariknya kita akan bermalam selama 2 malam di sini. Tasik Como juga adalah destinasi utama ramai selebiriti terkenal dunia untuk bercuti.




Hari Kedua Belas
Milan discovery

Milan, kota fesyen dunia! Hati-hati, kerana di sini, kita akan terpesona dengan segala macam jenama – dari pakaian berjenama mewah hingga barangan dengan harga lebih mesra, semuanya ada. Variasi jenama yang sukar dicari di tempat lain menjadikan Milan syurga membeli-belah. Seharian kita akan teruja meneroka kota ini, jadi ambil peluang untuk mendapatkan barangan idaman dengan harga yang tak boleh dilepaskan!

Namun, jika membeli-belah bukan gaya hidup kita, jangan risau! Milan tetap menawan dengan senibina klasik yang terjaga rapi, sementara tram lama yang meluncur di jalan-jalan memberi sentuhan nostalgia dan vibe kota lama yang tetap segar hingga ke hari ini.

Hari Ketiga Belas
Lugano

Setelah menikmati keindahan matahari terbit di Lake Como sambil bersarapan pagi, perjalanan kita diteruskan ke negara keempat di Banjaran Alps, iaitu Switzerland. Perjalanan kita di Switzerland adalah Lugano, sebuah kota kecil yang terletak di sempadan Itali.

Di sini, anda akan melihat perbezaan yang menarik – seni bina, penduduk, dan susunan kota Lugano yang lebih teratur berbanding Itali. Walaupun penduduknya bertutur dalam bahasa Itali, pesona khas Switzerland (Swiss Charming) tetap terasa.

Luangkan masa untuk menikmati suasana damai Lugano dan jangan lupa mendapatkan cenderamata istimewa dari Switzerland sebagai kenangan manis perjalanan kita.




Hari Keempat Belas - Kelima Belas

Lake Como - Milan - Kuala Lumpur/Singapura

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan kita, dari kota terapung Venice, sehingga ke pergunungan alps di Austria, Itali dan German. Pastinya 1001 kenangan indah sudah tersemat. Lebih mengusik perasaan bila setiap perjalanan kita di rakam indah oleh Kapten Rarecation. Penerbangan pulang sekitar 18-20 jam dan kita akan tiba di tanah air pada keesokkan harinya.

 

View full details