Skip to product information
1 of 14

AZERBAIJAN LEGASI LALUAN SUTERA

AZERBAIJAN LEGASI LALUAN SUTERA

Tarikh Kembara

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai sahaja dan tidak lasak.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 12,600 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 11,300 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 9,900 per pax
Bayi: RM 3,100 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 3,900 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 3,500 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 3,100 per pax
Bayi: SGD 1,100 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara

HARI PERTAMA

Kuala Lumpur- Baku

Kita akan terbang dari Kuala Lumpur, pengembaraan yang menarik di negara yang jarang dilawati menanti kita. Kita akan tiba agak lewat, jadi hari pertama ini kita santai sahaja dan menyesuaikan diri dengan keindahan Baku yang mempesona.

HARI KEDUA
Misteri dan Api di Baku

Pagi diisi dengan keajaiban moden di Pusat Heydar Aliyev sebelum kita meneroka Ateshgah, menyaksikan nyala abadi di Yanardag, dan pesona sejarah di Gobustan. Kota Baku juga akan kita jelajahi, merasakan getaran budaya yang unik.

HARI KETIGA
Keindahan Kuno di Shamakhi

Kita menyusuri lorong waktu di Shamakhi, mengunjungi makam Diri Baba dan mengambil kesempatan bersolat di Masjid Juma yang megah, merasakan keagungan sejarah dalam sentuhan kami.

HARI KEEMPAT
Indahnya Sheki

Melangkah ke Sheki, di mana Istana Sheki Khan dan Kis memukau kita dengan kemegahan seni bina dan warisan budaya yang memesona.

HARI KELIMA
Kembara di Quba & Xinaliq

Kita akan menjelajah Quba dengan Gunung Berapi Lumpur yang luarbiasa sebelum ke Kampung Xinaliq untuk merasakan keaslian budaya yang masih terpelihara.

HARI KEENAM
Kota Baku

Berjalan-jalan di Baku, meresapi kehidupan tempatan dan memanjakan diri dengan membeli-belah di kota Baku.

HARI KETUJUH 
Keajaiban Klasik Baku

Di penghujung hari-hari kita di sini, kita akan ekplorsi Bandar Lama Baku, mengunjungi Istana Shirvanshahs, merasakan ketenangan di Masjid Muhammad purba, dan memandangi kota dari ketinggian Menara Maiden.

HARI KELAPAN
Baku - Kuala Lumpur

Dengan perasaan campur aduk, kita mengucapkan selamat tinggal pada Azerbaijan, membawa pulang kenangan tak terlupakan dari perjalanan ini.

HARI KESEMBILAN 
Kembali ke Kuala Lumpur

Kembali ke rumah dengan hati penuh pengalaman baru dan cerita bersama foto indah dari Rarecation yang akan dikenang selamanya.

 

 

View full details