KYRGYZSTAN OUTBACK
KYRGYZSTAN OUTBACK
Tarikh Kembara
Tarikh Kembara
09 July - 22 July 2025
21 Aug - 02 Sept 2025
Maklumat Kembara
Maklumat Kembara
Penginapan: Guesthouse (Hostel) / Yurt Camp / Hotel
Makan: Full Board (Hotel / Restoran / Crew Masak)
Pengangkutan: Minibus & Jeep 4x4
Kategori kembara: EXTREME RARE - Kembara dalam kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti guesthouse, local house dan pengangkutan utama menggunakan minibus dan Jeep 4x4. Luggage wajib bawa size Medium.
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: RM 15,900 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 15,400 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun):
Bayi:
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: SGD 5,350 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 4,600 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun):
Bayi:
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Info Pakej
Info Pakej
Harga Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan
- Pengangkutan
- Penginapan
- Makan Full Board
- Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
- Sweater Exclusive Rarecation
- Luggage Cover Limited Edition
- Aktiviti Berkuda
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Aktiviti Pilihan
- Perbelanjaan Sendiri
- Tipping kepada Pemandu / Guide
Jadual Perjalanan Kembara
Jadual Perjalanan Kembara
BIASAN SYURGA YANG JARANG DI SINGGAH MANUSIA
Yang ramai di sini hanya kuda, marmot dan lembu. Sekali sekala disapa oleh yak dan biri-biri. Pertama kali tiba di sini, hairan juga kenapa tempat ini tidak banyak foto di dalam Google. Rupanya banyak wilayah outback di Kyrgyzstan yang tidak dikunjungi ramai. Kalau bercakap tentang Kyrgyzstan biasa paparannya ialah Karakol dan Issykul Lake.
Kuala Lumpur/Singapura - Bishkek
Kita akan memulakan perjalanan ke Kyrgzstan dari Kuala Lumpur/Singapura. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka sekitar 30 tahun lepas, pilihan penerbangan ke Krygyzstan tidak banyak dan tidak setiap hari ada perlepasan ke sana, kerana itu untuk ke sana kita memastikan tarikh kembara kita sedikit flexibile. Penerbangan menaiki Air Arabia penerbangan paling pantas dan mudah untuk ke Bishkek. Sejurus melintasi Kyrgyzstan, barisan puncak gunung Kyrgyzstan mula menyapa kita, dan kita tidak melepaskan peluang mengambil gambar pemandangan dari udara. Setibanya di Bishkek kita ambil masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan pada keesokkan harinya.
Bishkek - Karakol
Pengembaraan di Kyrgyzstan bermula, kita memulakan perjalanan ke bandar Karakol. Sebuah bandar pelancongan di penghujung tasik Issyk-Kul. Perjalanan sekitar 450km dan sebelum tiba ke Karakol kita piknik dahulu di Kyrchyn Gorge, menikmati keindahan pergunungan Kyrgyzstan, rasa waktu ini dah cantik sangat rupanya di hari hari kemudian landskap yang lebih luar biasa sedang menanti.
Hari Keempat
Visit Altyn-Arashan
Keindahan Krygyztsan terletak pada kawasan pergunungannya. Altyn Arashan sebuah kawasan pergunungan persis Swiss, yang kita pergi hari ini tidak boleh dilalui oleh kenderaan biasa. Kita akan menaiki jeep 4x4 menaiki kawasan pergunungan laluan berbatu di tepi sungai. Perjalanan tidak jauh dan sangat cantik apabila kita mula melalui offroad. Sampai di Altyn-Arashan terasa kedamaian dalam hati apabila ribuan pohon pine menyambut kedatangan kita bersama bunyian air sungai yang menenangkan. Semalaman kita menginap di sini dan lebih menarik di sini juga ada mata air panas yang kita nikmati secara private kerana kolamnya tertutup. Bermalam di sini sangat mendamaikan dan lena bermimpikan landskap indahnya.
Hari Kelima
Altyn-Arashan - Karakol - Kochkor
Malam yang indah di Altyn-Arashan berakhir dan pengembaraan kita diteruskan ke kampung Kochkor. Namun sebelum ke kampung ini kita singgah ke Jety Oguz, kombinasi Grand Canyon dan landskap Swiss di satu tempat yang sama. Pohonan pine bersama Ngarai merah melakarkan pemandangan menakjubkan.
Destinasi seterusnya kita ke Skazka canyons, sebuah lagi Ngarai merah yang unik berbentuk seperti belakang naga. Kita akhiri perjalanan hari ini dengan menginap di rumah orang tempatan.
Hari Keenam
Kochkor- Kel-Suu Lake Picnic
Kita kembali lagi ke kawasan pergunungan hari ini, menuju hampir kepada sempadan China, melawat Tasik Kel-Suu. Kita masuk ke kawasan taman negara dan wajib untuk kita bawa passport untuk masuk ke sini. Perjalanan menarik naik ke kawasan pergunungan yang bersalji, cuaca di sini lebih sejuk. Sebelum tiba, kita berhenti sebentar di pertengahan jalan untuk makan tengah hari secara berpiknik di tepi sungai.
Hari Ketujuh
Tasik Kel-Suu Lake
Bayangkan kita bangun pagi dengan penuh keterujaan apabila melihat sekitar penginapan kita penuh berkabus seolah-olah tidur di atas awan. Apabila matahari mula memancar cahaya kuningnya terlakar indah landskap di sini. Perlahan-lahan dengar dari kejauhan bunyi derupan kuda menyambut kita di sana.
Hari ni kita akan berkuda ke Tasik Kel-Suu, tasik berwarna langit terbentuk dari tanah runtuh. Yang indahnya bukan sahaja tasiknya sahaja tetapi perjalanan epik berkuda ke destinasi. Lapangan hijau, gunung bersalji dibelakangnya menyebabkan mata kita sukar ditutup. Luar biasa sekali keindahan pergunungan Kyrgyzstan ini.
Hari Kelapan
Drive to Tash-Bashat
Selesai pengembaraan kita di Kel-Suu, kita akan tinggalkan pergunungan Kel-Suu dengan pengalaman terindah dan kembali ke kawasan kampung untuk berehat 1 malam. Sempatlah kita bermesra bersama orang tempatan. Kampung-kampung di Kyrgyzstan sangat mendamaikan.
Hari Kesembilan
Drive to Song-Kol Lake
Land of the nomad, tasik Song-Kol adalah lokasi warga nomad Kyrgyzstan menetap sepanjang musim panas. Untuk ke sini kita perlu melalui laluan pergunungan yang luar biasa indah persis kawasan tanah tinggi di Iceland. Banyak perhentian di destinasi yang kurang dikenali tetapi cantik menitiskan air mata. Setibanya di tasik Song Kol tersergam indah ratusan kuda, biri-biri bersama tasik berwarna biru seluas mata memandang. 2 malam kita di sini bermalam di dalam Yut bertemankan ribuan bintang malam.
Hari Kesepuluh
Horse riding in Song-Kol Lake. Picnic in the mountains.
Dingin malam kurang terasa kerana selimut yang selesa dan yut yang dipanaskan sebelum tidur menyebabkan kita lena dalam kedamaian alam. Sesudah subuh kita bangun melihat bagaimana karya alam ini menjadi bertambah cantik apabila sang mentari pagi menyinari kawasan penginapan kami. Kuda-kuda meragut rumput dan adakalanya ke tebing tasik menikmati segar air tasik sebelum membawa kami meneroka Song-Kol Lake. Selesai makan pagi kita mula berkuda di sekitar Song-Kol Lake menikmati keindahan dan ketenangan tanah sang Nomad. Berada di sini tidak hairan kenapa warga nomad memilih tempat ini untuk menetap ketika musim panas. Selesai berpiknik di luar kita kembali pulang ke Yut. Di akhir perjalanan bagi yang berani boleh berpeluang untuk merasa susu kuda.
Hari Kesebelas
Song-Kol - Bishkek
Selesai sudah pengembaraan kita di kawasan pergunungan ini, kita kembali ke bandar Bishkek bersedia untuk kembali pulang ke Malaysia pada ke esokkan harinya. Perjalanan ke Bishkek sangat mendamaikan dan masih terkenang-kenang pengalaman berada di kawasan pergunungan Kyrgyzstan. Terutama apabila melihat semula foto-foto yang di ambil oleh kapten Rarecation. Benar-benar priceless. Sebelum ke hotel kita ambil peluang terakhir membeli sedikit cenderahati dan barang tempatan untuk dibawa pulang buat kenangan.
Hari Kedua Belas & Tiga Belas
Bishkek - Kuala Lumpur/Singapura
Selesai sudah pengembaraan kami di Kyrgyzstan, benar seperti diperkata, indahnya masih tersimpan indah tidak tercemar dengan pembangunan dan melaluinya sendiri membuatkan negara ini sebagai salah satu destinasi yang tidak rugi jika mahu untuk pergi lagi.
Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur/Singapura mengambil masa sekitar 18-20 jam dan sampai pada keesokkan harinya.