NORWAY ARCTIC ADVENTURE
NORWAY ARCTIC ADVENTURE
Tarikh Kembara
Tarikh Kembara
9 Sep - 21 Sep 2025
Maklumat Kembara
Maklumat Kembara
Penginapan: Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai dan tidak lasak. Aktiviti yang dinyatakan di dalam ini adalah sebagai pilihan (optional) sahaja.
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: RM 21,500 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 20,100 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 15,300 per pax
Bayi: RM 3,800 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: SGD 6,700 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 6,300 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,900 per pax
Bayi: SGD 1,200 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Info Pakej
Info Pakej
Harga Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan Antarabangsa & Domestik
- Pengangkutan
- Penginapan
- Makan Half Board
- Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
- Sweater Exclusive Rarecation
- Luggage Cover Limited Edition
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Aktiviti Pilihan
- Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
- Perbelanjaan Sendiri
Jadual Perjalanan Kembara
Jadual Perjalanan Kembara
Pengembaraan Arctic: Lofoten & Keindahan Norway
Bayangkan angin sejuk menyapa wajah, deretan rumah nelayan merah berdiri di tepi fjord yang tenang, dan langit jingga keemasan saat matahari terbenam di Kutub Utara. Ini adalah pengembaraan yang akan membawa kita ke salah satu destinasi paling memukau di dunia dan jarang dikunjungi warga nusantara— Selamat Datang ke Kepulauan Lofoten, Norway.
Day 1: Kuala Lumpur/ Singapura – Oslo
Perjalanan bermula! Kita akan berlepas dari Kuala Lumpur/Singapura menuju Oslo, ibu negara Norway. Penerbangan panjang ini akan dijadikan peluang untuk berehat dan bersedia untuk pengembaraan yang epik dan memburu aurora.
Day 2: Tiba di Oslo – Gerbang ke Utara
Kita tiba di Oslo dan menghirup udara segar Scandinavia. Setelah urusan imigresen selesai, masa untuk menikmati bandar ini secara santai. Kita bersiar-siar di Aker Brygge, kawasan pelabuhan moden dengan pemandangan fjord dan menikmati hidangan makan malam pertama dengan salmon Norway yang segar bersama resipi tradisi kita, apa lagi kalau bukan masakan asam pedas.
Day 3: Oslo – Evenes – Svolvær
Pagi ini, kita akan menaiki penerbangan domestik ke Evenes, pintu masuk ke Kepulauan Lofoten. Dari situ, perjalanan darat selama 3-4 jam membawa kami ke Svolvær, bandar utama Lofoten.
Sepanjang perjalanan, mata akan terpaku pada landskap dramatik gunung menjulang yang terus jatuh ke laut. Tiba di Svolvær, kita akan melihat formasi batu unik Svolværgeita, ikon bagi pendaki tebing selain bersiar-siar di pelabuhan dan merasai suasana tenang perkampungan nelayan Artik.
Day 4: Henningsvær – Kayak & Bola Sepak di Kutub Utara
Pagi ini, kita bertolak ke Henningsvær, perkampungan nelayan yang terkenal dengan stadium bola sepak paling epik di dunia! Kita akan mengunjungi Henningsvær Stadium, padang bola yang terletak di atas pulau kecil dikelilingi lautan biru. Di sini juga kita akan mencuba aktiviti kayak di perairan Artik. Dapatlah pengalaman mendayung di antara gunung dan laut yang tenang, sambil menikmati keindahan refleksi langit September.
KIta akan bersantai minum kopi di kafe kecil sebelum kembali ke Svolvær dan berehat untuk perjalanan esok.
Day 5: Svolvær – Reine (Perjalanan ke Syurga Lofoten)
Hari ini kita akan menuju ke Reine, kampung nelayan paling indah di Lofoten! Perjalanan darat 4-5 jam ini akan dipenuhi dengan pemandangan luar biasa. Kita akan singgah di Nusfjord, salah satu perkampungan nelayan tertua di Norway.
Tidak lengkap perjalanan jika tidak berhenti di Ramberg Beach, pantai berpasir putih dengan air kebiruan. Sambil itu, kita turut menyaksikan panorama gunung terjal yang melatari fjord sepanjang perjalanan.
Setibanya di Reine, kita berehat di penginapan unik malam ini, Kita tidur dengan ditemani bunyi ombak perlahan di luar jendela. Andaikata aurora menjengah, pasti kenangan malam ini lebih bermakna.
Day 6: Menawan Keindahan Reine
Hari ini adalah hari untuk menikmati keindahan semula jadi Reine. Aktiviti hari ini dimulai dengan mendaki Reinebringen, puncak ikonik dengan pemandangan fjord yang memukau. Musim luruh adalah masa terbaik untuk mendaki kerana cuaca lebih nyaman.
Kepada yang tidak mahu mendaki, kita boleh bersiar-siar di sekitar Reine dan Hamnøy, menikmati suasana damai dan mengambil gambar. Pencinta keindahan matahari terbenam pasti akan teruja untuk menikmati kopi panas di tepi fjord tatkala matahari terbenam di Lautan Artik.
Day 7: Memancing & Kayak di Lautan Artik
Hari ini adalah hari aktiviti. Rugilah jika tidak mencuba memancing di Lautan Artik. Inilah masanya untuk mencuba nasib menangkap ikan cod atau halibut dengan teknik memancing tradisional nelayan Norway. Jika cuaca baik, kita akan mendayung di antara gunung dengan air laut yang jernih.
Day 8: Reine – Ladang Salmon – Anstad
Kita meninggalkan Reine dan bertolak ke Anstad, kawasan luar bandar yang indah. Dalam perjalanan, kita akan melawat Ladang Salmon Lofoten, melihat bagaimana salmon Norway diternak dengan teknologi moden dan semestinya mencuba hidangan salmon segar terus dari ladang!
Tiba di Anstad dan check-in penginapan yang selesa.
Day 9: Bertemu Rusa di Ladang Reindeer
Hari ini kita akan ke ladang rusa, di mana kita dapat berinteraksi dengan rusa kutub yang jinak. Kita belajar tentang budaya Sami, masyarakat pribumi Artik dan menikmati pemandangan ladang dengan latar belakang gunung yang indah.
Day 10: Anstad – Evenes – Oslo
Kita bertolak kembali ke Evenes Airport dan menaiki penerbangan ke Oslo. Setibanya di Oslo, kita akan check-in penginapan dan bersantai. Hari ini kita akan bersiar-siar melihat tarikan di Oslo. Kesempatan untuk mencari cenderahati buat keluarga dan sahabat boleh dilakukan pada hari ini.
Day 11: Jelajah Oslo – Hari Terakhir di Norway
Hari terakhir di Norway, kita akan menjelajah bandar Oslo secara free and easy sebelum bersiap menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.
Hari 12-13: Oslo – KL / Changi
Tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Norway, reindeer, aurora dan pemandangan yang sering memukau. Kita menaiki penerbangan pulang dengan kenangan luar biasa.
Setibanya di tanah air, kita membawa pulang bukan sekadar gambar, tetapi pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat.
Share




































