Skip to product information
1 of 21

RENTAS JEPUN

RENTAS JEPUN

Tarikh Kembara

30 Oct - 13 Nov 2025

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: Public transport (Shinkansen & train), dan MPV
Kategori kembara: EXTREME RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan antara pengangkutan utama menaiki keretapi. Trip lasak dan perlu kecergasan fizikal.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 19,880 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 18,880 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 14,480 per pax
Bayi:

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 6,260 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 5,910 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,310 per pax
Bayi:

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Entrance Fee
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara

Pengembaraan bersama kami selama dua minggu merentasi kepulauan utama Jepun pada musim luruh. Dari selatan ke utara Jepun, kita akan melalui kawasan perkampungan dan bandar, menjejaki lembah dan pulau, menghayati keindahan tasik dan hutan sambil mempelajari pelbagai budaya dan tradisi masyarakat Jepun. Nikmati keindahan negara ini dari sisi jiwa pengembara yang inginkan kelainan melalui kepelbagaian pengalaman yang kami tawarkan sepanjang trip ini.


Hari Pertama 

Kuala Lumpur/Singapura - Fukuoka

Hari perjalanan dari Kuala Lumpur ke Fukuoka.

Hari Kedua 

Fukuoka - Takachiho Gorge

Dari Hakata, Fukuoka, kita akan menaiki kenderaan MPV menuju ke Miyazaki. Di sini kita akan mendayung sendiri bot untuk menyaksikan kecantikan air terjun di antara gaung yang terbentuk daripada pergerakan plat bumi dari aktiviti gunung berapi. Menurut hikayat dan mitologi Jepun, di sinilah terjadinya asal usul pembentukan negara Jepun. Memang menarik. 

Hari Ketiga 

Fukuoka - Hiroshima

Kita akan bergerak ke Hiroshima, bandar yang masih menyimpan sejarah dan kesan dari pengeboman nuklear pada tahun 1945. Kita akan menaiki feri untuk ke Miyajima Island untuk melihat sendiri torii (tiang kuil) yang seakan terapung di dalam laut. Ini merupakan salah satu daripada 3 “Japan’s Best Views” selain Amanohashidate di Kyoto dan Matsushima di Miyagi. 

Hari Keempat 

Hiroshima - Kyoto

Dari kota Nukluear, kami menaiki kereta laju menuju ke Kyoto, sebuah kota yang kaya dengan warisan tradisional Jepun dan keindahan senibina lama yang masih dikekalkan hingga kini.

Hari Kelima 

Kyoto

Hari ini kita akan ke Arashiyama, ketika musim luruh kita boleh menikmati keindahan autumn ‘foliage’ atau membawa sendiri basikal di sekitar pekan ini. Selepas itu kita akan ke Gion dan jika bernasib baik kita boleh mengesan kehadiran ‘geisha’ di celah-celah bangunan tradisional Jepun yang berusia ratusan tahun di tengah-tengah bandar Kyoto.

Hari Keenam 

Kyoto - Kanazawa

Dari Kyoto kita akan menuju ke kawasan barat Jepun, bandar Kanazawa. Pada waktu petangnya kita akan ke Kenrokuen, salah satu 'Japanese Garden' yang tercantik di seluruh Jepun. Dari kolam ke 'tea house' tradisional, kita akan meluangkan masa menikmati keindahan seni bina dan lanskap yang sangat cantik.

Hari Ketujuh

Kanazawa - Shirakawago

Lagi hari dengan perjalanan menaiki MPV - kita akan ke Shirakawago. Perkampungan ini telah dinobatkan sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 1995, ada diantaranya berusia lebih 250 tahun. Apa yang menarik di sini adalah rumah yang berbentuk seakan tangan sami Buddha yang sedang berdoa yang dikenali sebagai gassho zukuri. Kita akan menikmati makan tengahari dengan berkelah di tepi sungai di sini nanti.

 

Hari Kelapan 

Kanazawa - Tokyo

Setibanya di Tokyo, kita akan ke Shibuya untuk menyaksikan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia! Di samping itu, kita akan ke Tokyo Camii, masjid yang terbesar di seluruh Jepun. Selepas itu kita akan singgah di Ueno sebelum menikmati keenakan daging wagyu panggang di Taito.

Hari Kesembilan 

Tokyo - Kawaguchiko

Tidak lengkap trip ke Jepun jika kita tidak menyaksikan keindahan Gunung Fuji. Kita harapkan cuaca yang baik dan terang sebab Fujisan merupakan gunung yang agak ‘pemalu’. Namun demikian, banyak lagi aktiviti yang boleh kita lakukan pada hari ini termasuklah bersiar-siar di sekitar Tasik Kawaguchiko. 

Hari Kesepuluh 

Tokyo City Tour

Hari ini kita bersedia, menikmati keajaiban kota tokyo,  secara khusus di Shibuya. Dari lintasan pejalan kaki tersibuk di dunia sehingga ratusan kedai menarik yang boleh dilawati, seharian kita nikmati bandar Tokyo tanpa risau had masa. 

Hari Kesebelas

Tokyo - Hakodate

Dari Tokyo kita akan terus ke Hakodate dengan menaiki shinkansen selama lebih kurang 4-5 jam. Pada sebelah malamnya kita akan menaiki kereta kabel untuk ke Gunung Hakodate bagi menyaksikan ‘Million Dollar View of Japan’ - salah satu pemandangan yang sangat indah yang tersenarai di dalam senarai ‘Michelin Green Guide’ untuk negara ini.

Hari Kedua Belas

Hakodate - Sapporo

Pada waktu pagi kita akan ke Hakodate Morning Market untuk menikmati kesegaran pelbagai hidupan laut pada harga yang sangat berpatutan. Dari pelbagai pilihan giant king crab ataupun sea urchin serta scallop segar, bahkan anda juga berpeluang untuk memancing sotong sendiri yang kemudiannya akan disiang untuk disajikan sebagai sashimi - pasar ini merupakan syurga bagi penggemar makanan laut. Pada sebelah petangnya pula kita akan bergerak ke Sapporo.

Hari Ketiga Belas 

Sapporo

Jika cuaca mengizinkan pada hari ini kita akan bermain salji di Sapporo! Kemudian kita akan ada sesi ‘free & easy’ untuk aktiviti membeli-belah terakhir sebelum kita pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Hari Keempat Belas

Sapporo - Kuala Lumpur

Bergantung kepada masa penerbangan, kita akan bersedia untuk perjalanan balik dari Chitose International Airport pada hari ini. 

Hari Kelima Belas

Kuala Lumpur/Singapura 

Ketibaan di Kuala Lumpur/Singapura. Semoga pengembaraan selama 15 hari kita merentas negara matahari terbit ini menjadi satu memori terindah. Jika rindu, bolehlah lihat semula gambar-gambar kualiti tinggi bidikan kapten sepanjang trip.

View full details