Catatan Perjalanan: Pengembaraan Selatan Turki yang Luar Biasa
Day 1: KL/SIN - Istanbul
Perjalanan kita akan bermula dengan penerbangan ke Istanbul iaitu kota megah yang menjadi pertemuan di antara dua benua. Setibanya di Istanbul, kita akan terus check-in hotel dan berehat supaya dapat memulakan perjalanan di Turkiye dengan penuh semangat keterujaan yang tinggi pada keesokan hari.
Day 2: Eksplorasi Arnavutkoy
Kita akan bersiar-siar di Albanian Village ini yang terkenal dengan keunikan senibina dan suasana yang tenang dan aman. Walaupun tempat ini kurang popular di kalangan pelancong tetapi merupakan kawasan kejiranan yang tercantik di Istanbul.
1
/
of
38
SOUTH TURKIYE
SOUTH TURKIYE
Tarikh Kembara
Tarikh Kembara
9 Okt - 22 Okt 2025
Maklumat Kembara
Maklumat Kembara
Penginapan: Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai sahaja dan tidak lasak.
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: RM 17,900 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 16,900 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 13,600 per pax
Bayi: RM 3,900 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: SGD 5,800 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 5,500 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,200 per pax
Bayi: SGD 1,300 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Info Pakej
Info Pakej
Harga Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan Antarabangsa & Domestik
- Pengangkutan
- Penginapan
- Makan Half Board
- Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
- Sweater Exclusive Rarecation
- Luggage Cover Limited Edition
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Aktiviti Pilihan
- Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
- Perbelanjaan Sendiri
Jadual Perjalanan Kembara
Jadual Perjalanan Kembara
Day 3: Istanbul - Antalya - Duden Waterfall
Pagi ini, kita semua akan menaiki penerbangan domestik untuk menuju ke Antalya. Setelah tiba, kita semua akan menuju ke Duden Waterfall. Air terjun Duden yang mengalir deras ke laut memberikan pemandangan yang sungguh menakjubkan. Kita akan sama-sama menikmati suasana tenang di sini sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
Day 4: Hari Santai di Antalya
Hari ini kita akan meluangkan masa bersiar-siar di sekitar bandar Antalya. Bandar Antalya ini penuh dengan keindahan sedari lorong-lorong berbatu di Old Town sehingga ke pantai-pantainya yang berwarna biru dan jernih. Kesempatan ini juga akan kita ambil untuk melawat Hadrian’s Gate iaitu pintu gerbang bersejarah yang sudah terbina semenjak dari zaman Rom.
Day 5: Day Trip ke Tazi Canyon
Pengembaraan hari ini akan membawa kita ke Tazi Canyon. Pemandangan di sini sungguh luar biasa. Tazi Canyon ini merupakan jurang yang dalam dan dikelilingi oleh hutan hijau yang memukau. Kita akan trekking ringan di sini supaya dapat mengabadikan memori bergambar di tempat indah ini. Pastinya lelah terubat dengan hirupan udara segar gunung ketika berada di puncak.
Day 6: Antalya - Alanya Castle
Kita akan menuju ke Alanya dari Antalya. Tidak sah pengembaraan ke Alanya jika tidak melawat Alanya Castle. Istana Alanya yang letaknya di atas bukit menawarkan panorama Laut Mediterranean yang amat indah. Kita akan berjalan di sekitar dinding istana sambil menikmati kesegaran angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Day 7: Antalya - Geyik Mountain
Perjalanan hari ini membawa kita ke Geyik Mountain. Kawasan tanah tinggi ini terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menenangkan dan sesuai untuk melakukan aktiviti hiking. Kita akan meluangkan masa menikmati keindahan semula jadi sambil mengambil gambar untuk kenangan.
Day 8: Alanya - Adana - Masjid Adana
Pengembaraan kita di Turkiye diteruskan ke Adana. Kita akan melawat Masjid Sabancı iaitu salah sebuah masjid terbesar di Turkiye. Seni binanya benar-benar memukau dengan tegaknya kubah besar dan hiasan dalaman yang tidak jemu mata memandang. Pastinya pada sebelah petang, kita akan mencuba hidangan kebab Adana yang sangat terkenal di sini.
Day 9: Adana - Gaziantep
Hari ini kita akan meninggalkan Adana dan menuju ke Gaziantep. Bagi pencinta makanan, kunjungan ke Gaziantep adalah umpama menuju ke syurga dunia. Kita tidak akan melepaskan peluang untuk melawat Muzium Mozaik Zeugma dan mencuba baklava asli Gaziantep yang luar biasa manis dan tetapi kaya dengan rasa.
Day 10: Gaziantep - Sanliurfa
Perjalanan diteruskan ke Sanliurfa iaitu sebuah bandar yang penuh dengan tinggalan sejarah dan unsur kerohanian. Kita akan melawat Tasik Balıklıgöl yang turut dikenali sebagai Tasik Ikan Nabi Ibrahim. Suasana di sini amat tenang dan mendamaikan.
Day 11: Day Trip ke Diyarbakir
Pengembaraan hari akan membawa kita ke Diyarbakir yang merupakan sebuah bandar kuno dengan tembok kota yang masih utuh. Kita akan bersiar-siar di sini sebelum kembali semula ke Sanliurfa. Malam ini merupakan malam terakhir kita berada di bandar ini.
Day 12: Sanliurfa - Istanbul
Hari ini kita akan terbang kembali ke Istanbul. Setibanya di sini, kita akan berjalan-jalan di sekitar Grand Bazaar untuk membeli cenderamata dan ole-ole buat keluarga dan sahabat sebelum pulang ke tanahair.
Day 13: Istanbul - Kuala Lumpur/Singapura
Hari ini adalah hari terakhir kita berada di Turkiye. Kita akan menaiki penerbangan balik ke tanahair dengan hati yang penuh kesyukuran kerana dapat merasai pengalaman pengembaraan luar biasa di bumi Turkiye.
Day 14: Tiba di KL/SIN
Walaupun tiba dengan keletihan, tetapi kita pulang membawa banyak kenangan. Turkiye benar-benar meninggalkan kesan mendalam dari segi budaya, sejarah, dan keindahannya.

Perjalanan ini adalah pengembaraan yang menggabungkan keindahan alam, sejarah yang kaya dan makanan yang luar biasa.
Share