Skip to product information
1 of 13

SWITZERLAND

SWITZERLAND

Tarikh Kembara

29 Apr - 10 Mei 2025 (FULL)
01 Oct - 12 Oct 2025

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai sahaja dan tidak lasak, trip yang sesuai untuk golongan 'mesra lutut' dan juga 'family friendly'.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 17,150 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 16,100 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 13,100 per pax
Bayi: RM 3,800 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 5,400 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 4,950 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,150 per pax
Bayi: SGD 1,300 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara


 Kalau betul betul nak rasa Swiss ni macam mana, ikut kami jelajah Switzerland selama 12 Hari 09 Malam menjelajah merentasi pergunungan Alps, bermalam di kawasan kampung yang berlatarkan banjaran Alps yang indah di tepian tasik. Melalui jalan-jalan di pergunungan Alps yang terlampau indah untuk tidak kita lawati.

Hari Pertama - Kedua

Kuala Lumpur - Zurich/Geneva - Interlaken
Penerbangan kita menuju ke Zurich atau Geneva dari Kuala Lumpur.

Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 18 - 22 jam termasuk masa transit dan akan tiba pada hari ke dua

Setibanya di Swiss kita akan terus ke tempat penginapan di Interlaken. Hari kedua kita berehat dari perjalanan yang panjang dan malam biasanya kita adakan sesi taaruf

Hari Ketiga

Lauterbrunnen - Grindelwald - Kandersteg
2 perkampungan tercantik tetapi jarang dilawati akan kita jelajahi hari ini.

Melihat ikan Trout sebesar lengan di tasik berwarna zamrud di Kandersteg. Minum Hot Chocolate di perkampungan yang dipenuhi air terjun di Lauterbrunnen, seumpama perkampungan Elf Rivendell di dalam filem Lord of the Rings.

Balik pasti akan teringat ingat

Hari Keempat

Interlaken - Bern 
Kita meneroka bandar tercantik di Swiss iaitu Bern, ibu negara Switzerland. Terasa seperti di zaman silam apabila berada di kota lama Bern.

Habis melacak di Bern kita kembali ke Interlaken bagi sesiapa yang ingin mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang.


Hari Kelima

Zermatt
Berjalan di rumah kayu klassik Swiss yang sudah berusia ratusan tahun di Zermatt.

Di Zermatt kita akan mengambil masa sekitar 3-4 jam untuk meneroka kampung kecil swiss yang masih terpelihari. Jangan terkejut jika tiada kenderaan di sini, kerana di dalam kampung ini tidak dibenarkan kenderaan berpetrol.

Di sini juga terletak gunung Matterhorn, gunung yang ada di dalam coklat Toblerone

Hari Keenam

Mountain Pass
Perjalanan melalui kawasan pergunungan Alps yang sangat cantik dan di nobatkan antara 10 laluan tercantik di dunia. Namun laluan ini tidak dibuka sepanjang tahun dan dibuka bergantung pada keadaan cuaca.



Hari Ketujuh

Verzasca
Ini kawasan penggambaran filem mission impossible. Empangan setinggi 720 kaki di pergunungan Alps. Di hujung empangan ini tersimpan sungai yang sangat jernih berwarna Zamrud yang sangat unik

Tidak dikenali oleh pelancong antarabangsa tetapi dikenali oleh masyarakat tempatan di sana. Orang lain tak pergi tetapi kami pergi

Hari Kelapan

Brunnen - Brienz - Schwyz
Santai sahaja hari ini kita ke Brunnen, peluang untuk mendapatkan cenderamata seperti swiss knife dengan harga lebih murah di kilang swiss knife. Kalau nak buat customized pisau sendiri pun boleh siap engraved nama sekali kat pisau tu. Memang best kalau dapat bawa balik guna kat dapur atau masa sembelih lembu korban. 



Hari Sembilan

Gruyeres

Menyelongkar sejarah coklat paling awal yang ada di Swiss dimana kita boleh lihat sendiri proses pembuatan coklat dan merasai hasilnya terus disitu. Jangan risau nak rasa tak kena bayar pun.

Juga kita kalau pergi sini, tak sah jika tak melawat kilang Cheese yang ada beratus-ratus stok cheese yang dibuat dan disimpan untuk mengekalkan keenakan rasanya. Diperbuat dari susu lembu fresh dan kalau nak beli sikit untuk bawa balik pun boleh.

Hari Kesepuluh

Lucerne

Harini kita santai sahaja untuk melihat pemandangan landscape dan juga bandar lama yang ada di Swiss ini. Kampung-kampung disekitar pun sangan cantik untuk ambil gambar. Kita boleh berhenti sebentar di tasik dan makan tengahari dengan penuh indah dan syahdu. 

Malam ini malam istimewa, kerana malam terakhir di Swiss kita akan mengadakan farewell dinner

 

Hari Kesebelas - Dua belas

Zurich/Geneva - Kuala Lumpur
Alhamdulillah selesai sudah pengembaraan kita di Switzerland,pastinya pengalaman manis mengembara bersama kami akan anda ingati. Bonus setiap kembara kami akan kami berikan soft copy foto-foto yang di ambil oleh kapten kita di sana.


View full details