Skip to product information
1 of 11

PAKEJ UMRAH MALAYSIA

PAKEJ UMRAH MALAYSIA

Tarikh Kembara

30 April - 11 May 2025

Maklumat Kembara

Penginapan: Hotel
Makan: Full Board
Pengangkutan: Bus
Kategori kembara: WELL DONE - Kembara dalam kumpulan 20 orang, menginap di hotel dan perjalanan sepanjang kembara akan menggunakan bas. Trip santai sahaja dan tidak lasak. Trip 'family friendly'.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa:

  • Double: RM 17,600 per pax
  • Triple: RM 16,500 per pax
  • Quad: RM 15,500 per pax

Kanak-kanak (5-11 tahun):

  • Double: RM 16,400 per pax
  • Triple: RM 15,300 per pax
  • Quad: RM 14,200 per pax

Kanak-kanak (2-4 tahun):

  • All Room: RM 10,700 per pax

Bayi: RM 3,500 per pax

*Bagi pakej Umrah, Rarecation TIDAK menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa:

  • Double: SGD 5,400 per pax
  • Triple: SGD 5,100 per pax
  • Quad: SGD 4,900 per pax

Kanak-kanak (5-11 tahun):

  • Double: SGD 5,100 per pax
  • Triple: SGD 4,800 per pax
  • Quad: SGD 4,400 per pax

Kanak-kanak (2-4 tahun):

  • All Room: SGD 3,300 per pax

Bayi: SGD 1,100 per pax

*Bagi pakej Umrah, Rarecation TIDAK menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Penginapan
  • Pengangkutan
  • Makan Full Board
  • Visa Pelancong
  • Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
  • Kapten Mutawif yang Berpengalaman
  • Ihram (Lelaki) atau Tudung Werda (Wanita)
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Entrance Fee
  • Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara


Umrah ini bukan sekadar perjalanan ke Tanah Suci. Ini adalah perjalanan jiwa, pengalaman sekali seumur hidup yang akan mengubah cara kita melihat dunia, cara kita kembali mengenal Allah dan cara kita melihat diri sendiri. 
Dengan kumpulan kecil 20 jemaah sahaja, kami memastikan setiap langkah kita dilengkapi makna.




HARI PERTAMA
Kuala Lumpur - Jeddah - Taif

Perjalanan jemaah akan bermula dari Kuala Lumpur, menuju ke Jeddah, pintu masuk ke Tanah Suci. Selepas tiba di Jeddah, kita akan teruskan perjalanan ke Taif, sebuah kota yang kaya dengan sejarah. Di Taif, kita akan melawati Masjid Addas, mengenang perjalanan Rasulullah SAW ke kota ini. Selepas itu kita akan ziarah ke Masjid Ku' lokasi di mana Rasulullah berehat sehingga siku baginda meninggalkan kesan lekuk dan berdarah di atas batu. Dari sana kita akan melawat dan menikmati pemandangan indah pergunungan Taif yang menyejukkan hati.



HARI KEDUA

Taif - Mekah

Hari yang penuh keberkatan bermula. Jemaah akan mulakan hari dengan menziarahi Masjid Abdullah Ibn Abbas di Taif, tempat bersejarah yang penuh kenangan dan sirah penting dalam sejarah agama. Seterusnya, singgah di tempat pembuatan minyak attar, minyak wangi tradisional yang terkenal. Setelah itu, perjalanan diteruskan menuju Mekah, melalui miqat di Qarnul Manazil untuk niat ihmram bagi Umrah Wajib. Setiba di Mekah,kita akan check-in di hotel, dan akan menunaikan Umrah pertama di Masjidil Haram, tawaf, sa’i, dan tahallul. Kita akan dapat merasai kedamaian dan keberkatan di tanah suci.



HARI KETIGA
Mekah

Hari ini kita akan mulakan hari dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjidil Haram. Kemudian, kita akan ziarah sekitar Mekah, termasuk Jabal Nur (Gua Hira’), tempat wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW. Selepas itu kita akan melawati juga Jabal Thur, tempat bersejarah dalam kisah hijrah Rasulullah SAW. Ziarah diteruskan ke Masjid Tanaim, tempat miqat untuk umrah tambahan. Petang hari, jemaah bebas untuk beribadah dan menikmati suasana suci sambil beribadah di Masjidil Haram.



HARI KEEMPAT
Mekah

Keesokan hari nya,kita akan menziarahi Manasik Haji di Arafah, Muzdalifah, dan Mina - tiga tempat yang amat penting dalam ibadah haji. Kita juga akan mengunjungi Jabal Rahmah, lokasi penting ketika musim haji serta Masjid Namirah di Arafah yang menjadi saksi Rasulullah menyampaikan khutbah wadak.

Kita akan akhiri lawatan hari ini dengan 
miqat di Ju'ranah untuk bermiqat niat Umrah Sunat pertama, menambah lagi keberkatan peluang ibadah kita. Perjalanan ini bukan sekadar ziarah, tetapi sebuah pengalaman yang menghubungkan hati dengan sejarah, ketenangan, dan keberkatan Tanah Suci.


HARI KELIMA
Mekah 

Pagi ini selepas solat Subuh kita mulakan dengan kuliah Dhuha, mempelajari ilmu dan merenung sejenak. Selebihnya, jemaah diberi masa untuk menikmati masa bebas untuk beribadah, bersolat, atau sekadar menikmati suasana damai di sekitar Masjidil Haram. Gunakan waktu ini untuk meresapi ketenangan di Tanah Suci.


HARI KEENAM
Madinah

Hari ini kita akan ziarah Hudaibiyah, tempat yang penuh sejarah dalam perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan kaum Quraisy. Seterusnya, jika berkemampuan jemaah boleh tunaikan Umrah Sunat kedua. Selepas iti kita akan melawati juga Masjid Jin dan Masjid Al-Khayf, tempat yang bersejarah. Jika ada rezekinya kita akan ke Kilang pembuatan Kiswah (kelambu Kaabah).  Kita akan melawatinya bergantung pada tasrih dan permit, ini akan memberi peluang kepada kita untuk melihat proses pembuatan kelambu yang menutupi Kaabah.



HARI KETUJUH
Mekah - Madinah

Pagi ini perjalanan akan diteruskan dengan menaiki speedtrain ke Madinah, satu pengalaman yang memudahkan perjalanan antara dua kota suci. Tibanya di Madinah, jemaah akan  check-in hotel dan teruskan solat di Masjid Nabawi di mana ketenangan dan keberkatan menyelimuti setiap sudutnya. Jangan lepaskan peluang untuk ziarah Raudhah dan makam Rasulullah SAW yang penuh barakah.


HARI KELAPAN
Madinah

Hari ini kita akan meneruskan perjalanan dengan menziarahi sekitar Madinah termasuk Masjid Quba, masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Selepas itu akan ke Jabal Uhud iaitu Medan Perang Uhud yang penuh sejarah, dan Masjid Qiblatain tempat bersejarah perubahan arah kiblat umat Islam. Lawatan diteruskan ke Perkuburan Baqi', tempat di mana ramai sahabat dan ahli keluarga Rasulullah SAW dikebumikan. Malam hari, jemaah di beri masa sendiri bebas untuk solat di Masjid Nabawi, merasai kedamaian di tanah suci.



HARI KESEMBILAN
Madinah

Kita mulakan hari dengan kuliah Dhuha pada pagi ini. Pada waktu petang pula kita nikmati makan malam di bawah pokok kurma, sambil membeli kurma Madinah yang terkenal sebagai oleh-oleh yang sangat bernilai di salah sebuah Kebun Kurma di kota Madinah. Pengalaman yang memberi ketenangan dan kenangan manis. 



HARI KESEPULUH
Madinah

Hari ini, masa untuk kuliah Dhuha yang terakhir di Kota Madinah dan kemudian  sesi bebas jemaah untuk beribadah, berehat, atau membeli belah di sekitar Madinah. Nikmati kedamaian yang tiada tandingan di kota Nabi.




HARI KESEBELAS
Madinah - Kuala Lumpur

Solat Subuh terakhir di Masjid Nabawi, menutup perjalanan penuh makna di Madinah. Selepas check-out hotel, perjalanan kita diteruskan ke lapangan terbang. Sebelum berangkat pulang, doa selamat dan tazkirah ringkas mengingatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah dalam setiap langkah kehidupan.



HARI KEDUA BELAS
Kuala Lumpur

Alhamdulillah tiba di KLIA dengan penuh rasa syukur atas pengalaman umrah yang begitu bermakna. Jemaah bersurai dengan hati yang penuh keberkatan dan kenangan indah dari Tanah Suci.


**Itinerary adalah untuk rujukan peserta, perubahan tertakluk pada kebenaran dan izin dari pihak berkuasa Kementerian Umrah dan Haji, Kingdom of Saudi Arabia (KSA).



MUTAWIF DARI MALAYSIA

Mutawif berpengalaman dari Malaysia yang memberikan bimbingan menyeluruh. Tiada istilah mutawif meninggalkan jemaah. Mutawif kami bawa dari satu lokasi ke satu lokasi, menyampaikan sirah Nabi dengan penuh penghayatan, seolah-olah kita sendiri berada di tengah perjuangan itu.

 

PENGISIAN MAQASID UMRAH

Satu-satunya pakej umrah yang memberikan pengisian maqasid umrah. Merungkai rahsia ibadah umrah yang mampu mencipta kita menjadi insan yang baru bagi yang mahu mencipta kehidupan yang lebih baik dan bermakna. Sebelah pagi kita akan dibekalkan dengan pengisan melalui Kuliah Dhuha (KD) dan pada waktu malam satu diskusi santai mendalami maqasid kitab dan sunnah dengan lebih dekat melalui siri Table Talk (TT) bersama mutawif. Memastikan para jemaah benar-benar faham dan jelas, tuntutan sebenar kita hadir ke tanah suci Mekah dan Madinah.

 

 

FOTOGRAFI

Tiada pakej umrah lain yang menawarkan khidmat fotografi untuk jemaah, bukan untuk riak tetapi untuk merakam detik paling istimewa kita di tanah suci agar jiwa ini terus bersyukur dengan kurnia dari yang MAHA ESA. Semua krew dan mutawif kami adalah profesional fotografer yang terlatih.

 

UMRAH PALING ISTIMEWA

Paling istimewa dengan umrah Rarecation kerana pakej kami memberi peluang kepada peserta untuk menambah kebajikan disamping mengerjakan Umrah. Antara pahala yang sudah tetap adalah kebajikan bila mana segala hasil keuntungan yang diperolehi dari program Umrah ini 100% disalurkan kepada dana pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin, rumah anak yatim dan golongan asnaf.

View full details