Skip to product information
1 of 22

XINJIANG

XINJIANG

Tarikh Kembara

11 July - 24 July 2025

Maklumat Kembara

Penginapan: Hotel
Makan: Half Board
Pengangkutan: Coaster
Kategori kembara: MEDIUM RARE - Kembara dalam kumpulan kecil 10-12 orang, menginap di hotel dan pengangkutan utama menggunakan coaster. Trip santai sahaja, dan sedikit lasak dari segi perjalanan menuju ke destinasi yang akan melalui jalan berliku-liku di kawasan pergunungan. Jangan risau kerana kita akan dipandu oleh pemandu berpengalaman.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 17,900 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun):
Kanak-kanak (2-4 tahun):
Bayi:

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 5,800 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun):
Kanak-kanak (2-4 tahun):
Bayi:

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Penginapan
  • Pengangkutan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Aktiviti Pilihan
  • Entrance Fee
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara

Pengembaraan Epik 13 Hari di Xinjiang: Menjelajah Keindahan Selatan Xinjiang dan Duku Highway 

Hari Pertama
Sentuhan Pertama di Kashgar

Jejak pengembaraan kita bermula di Kashgar, sebuah kota lagenda yang kaya dengan sejarah. Setibanya di lapangan terbang, suasana eksotik kota ini akan menyambut kita. Malam pertama di Metropolo Jin Jiang Hotels dipenuhi rasa teruja melihat keadaan kota Kashgar yang kini begitu moden.

Hari Kedua
Menyelami Warisan Kashgar

Pagi bermula dengan kembara ke Old Town Kashgar, di mana seni bina masa lalu masih terpelihara di sulam dengan pembangunan moden. Kita meneroka Handicraft Street, menyaksikan seni tradisional yang diwarisi turun-temurun. Selesai kembara kita singgah sebentar di Masjid Idigar tetapi sayangnya kita tidak dibenarkan solat di situ. Walau bagaimanapun kita berharap kedatangan kita sedikit sebanyak membuka lebih ruang untuk lebih ramai pelancong Islam ke sini. 

Hari Ketiga
Perjalanan ke Taxkorgan – Menuju Keajaiban Karakoram

Seusai subuh, kita akan memulakan perjalanan menuju ke Karakoram Highway yang menanti dengan panorama pegunungan yang memukau. Ketika dalam perjalanan kita singgah sebentar di Oytagh Glacier Park dan Red Mountain. Berada di sini membuat kita merasa kerdil di hadapan ciptaan alam. Setelah lebih kurang enam jam perjalanan, kita tiba di Taxkorgan, perhentian kita untuk malam ini.

Hari Keempat
Misteri dan Kehangatan di Taxkorgan

Hari ini kita akan menyaksikan kejaiban Taxkorgan – Destinasi pertama kami ke Panlong Ancient Road, jalan pegunungan berliku-liku seperti naga raksasa. Terdapat sehingga 600 corner di laluan ini menjadikan satu perjalanan ke puncak yang luar biasa. Di Golden Grassland, pemandangan hijau luas menenangkan jiwa, dan lawatan ke rumah keluarga Tajik memberi kami peluang mendalami budaya tempatan.

Hari Kelima
Kembali ke Kashgar – Diapit Keindahan Tasik

Kita kembali semula ke Kasghar, perjalanan kita disertai pemandangan White Sand Lake yang jernih, seolah-olah cermin alam, dan Karakul Lake yang mempesonakan. Aktiviti menunggang kuda atau yak menambah pengalaman unik di destinasi ini.

Hari Keenam
Keajaiban Padang Pasir di Maigaiti

Kita meninggalkan Kashgar untuk bertemu dengan padang pasir di N39 Desert. Saat matahari terbenam, langit berubah menjadi kanvas seni. Ditemani makan malam dan unggun api, kita makan malam di bawah jutaan bintang dan hamparan pasir kuning yang menakjubkan.

Hari Ketujuh
Dari Padang Pasir ke Aksu

Kita bangun seawal pagi di tengah padang pasir untuk menyaksikan matahari terbit, sebuah pengalaman yang sukar dilupakan. Dari padang pasir kita menuju ke Wensu Grand Canyon, di mana formasi batuan luar biasa menceritakan kisah berjuta tahun.

Hari Kelapan
Meneroka Kuqa yang Bersejarah

Perjalanan sekitar setengah hari menuju ke kota Kuqa, di sini Kuqa Grand Canyon menunggu kita, persis grand canyon di US. kita alami keajaiban landskap Canyon yang kemerah-merahan seperti sebuah lukisan indah. Selesai kita akan melawat kotanya yang sudah wujud lebih ratusan tahun tetapi menjadi kota yang sangat moden sekali.

Hari Kesembilan
Perjalanan Panjang ke Naraty

Selamat tinggal Kuqa Grand Canyon, hari ini kita menuju ke salah satu laluan terindah di dunia, Duku Highway. Perjalanan memukau merentas pergunungan yang penuh kehijauan dengan puncak yang bersalji. Sekali sekala terlihat sekumpulan warga nomad dengan khemahnya menetap di pergunungan ini. Setibanya di Naraty, keindahan hamparan rumput hijau bersama matahari terbenam begitu indah terpampar di hadapan mata. Pengalaman yang sukar kita lupakan.

Hari Kesepuluh
Naraty – Syurga di Padang Rumput

Naraty Air Grassland memukau kita dengan keindahannya. Di sini warga nomad hidup seperti nenek moyang mereka. Hidup di lapangan hijau yang luas dan bebas seperti kuda mereka. Jika berani, boleh mencuba menunggang kuda di sini.

Hari Kesebelas
Menakluki Duku Highway

Hari ini adalah hari perjalanan menuju ke Duku Highway -- menanti kita dengan pemandangan menakjubkan bahagian utaranya. Setiap selekoh jalan membawa kejutan baru, dari tebing menjulang hingga lembah menghijau dan penduduknya yang masih hidup di kawasan perkampungan. Perjalanan paling indah, kita berehat dan bermalam sebentar di Kota Kuitun.

Hari Kedua Belas
Kuitun

Kita tiba di Urumqi dan berpeluang melawat International Grand Bazaar yang melengkapkan perjalanan ini. Bazaar yang penuh suasana penuh warna dan budaya. Jika berkesempatan kita usahakan untuk menunaikan solat di salah satu masjid di sini. 

Hari Ketiga Belas - Keempat Belas
Selamat Tinggal, Xinjiang

Hari terakhir dipenuhi rasa syukur dan kenangan indah. Penghantaran ke lapangan terbang membawa kita kembali ke dunia nyata, tetapi jiwa kita tetap diwarnai pesona Xinjiang yang tiada tandingan.


Catatan Perjalanan:

Pengembaraan ini bukan sekadar tentang destinasi, tetapi kisah yang dirangkai dari keindahan alam, sejarah yang mendalam, dan hubungan yang terjalin di sepanjang perjalanan. Setiap hari membawa cerita baru, mencipta kenangan yang akan kita bawa selamanya.

View full details