10 Pengalaman Paling Best Dan Tak Boleh Miss Bila Ke Swiss
Share
Switzerland - negara Eropah yang sangat cantik dari segi bentuk muka buminya dan merupakan antara negara yang termahal di Eropah selepas negara-negara Scandinavia.
Apa yang bestnya kat Switzerland ni? Jom baca sampai habis!
1. Menaiki car train merentasi Mountain Pass
Kebiasaannya bila masuk winter, Mountain Pass banyak tutup kerana keadaan jalanraya yang bersalji tebal. Jadi sebagai alternative untuk kita merentasi Mountain Pass ni kita boleh naik car train dari Kandersteg ke Goppenstein. Harga ticket car train ini dalam CHF27 Swiss Franc. Lebih kurang RM110 duit kita. Naik car train ni dalam 15 minit perjalanan, dan kalau lalu Mountain Passes ambil masa dalam satu jam lebih juga. Dalam video hujung ni ada kami tunjukkan pengalaman kami menaiki car train ini semasa di sana.
Foto dari @gautschistyle
2. Memandu kereta sepanjang Mountain Pass
Ada yang dah pernang memandu sendiri di Mountain Pass di Switzerland? Best kan! Perasaannya seperti berjalan di atas awan dengan jalanraya yang berbentuk zig-zag. Kalau kita lalu semasa musim bunga, nanti di tepi-tepi jalanraya akan ada banyak bunga-bunga liar yang colourful tumbuh melata. Bunga pula bukan sebarang bunga, ada jenis bunga tulips liar dan juga daffodil. Memang satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan.
Foto dari @alexxgoller
3. Masak Cheese Fondue sendiri
Memandangkan Switzerlan ni terkenal dengan keenakan dan kualiti cheese nya, jangan lepaskan peluang untuk merasa cheese fondue semasa di sana. Nak masak sendiri boleh, nak makan cheese fondue di restoran pun boleh. Harga sekali makan dalam CHF45. Cuma belum tentu halal je lah sebab kebanyakkan mereka akan guna wine/alcohol dalam masakan mereka. Kalau kita masak sendiri dah tentu-tentu halal. Boleh tengok resepi dalam video di hujung artikel ni. Cheese fondue ni kemudiannya kita boleh makan dengan roti baguette.
4. Mengopi di Lautterbrunnen
Lautterbrunnen - antara kampung yang bagi kami paling cantik di Eropah. Dah sampai sini, jangan lupa untuk menikmati secawan hot chocolate sambil menghayati pemandangan pergunungan yang memukau.
5. Menginap di Grindelwald
Kami di Rarecation memang sangat sukakan Grindelwald. Lokasi yang strategik, mudah dan dekat dengan Lautterbrunnen, Jungfrau, Interlaken, Bern dan juga Geneva. Merupakan sebuah perkampungan yang terletak di tanah tinggi, dan di sini juga ada keretapi yang boleh naik ke Jungfaru. Kalau nak tahu, kampungnya bersih dan kalau nak buang sampah, kena ada permit. Boleh rujuk video di hujung artikel.
6. Tasik Geneva
Sebuah tasik yang memisahkan antara negara Perancis dan juga Switzerland. Di persisiran tasik ni ada ladang anggur sepanjang 30km. Disebabkan cultural landscape dan bangunan yang outstanding dan masih dijaga dengan baik walaupun sudah berdekad, ladang anggur Lavaux ini diiktiraf sebagai salah satu dari UNESCO World Heritage.
7. Menaiki scenic train ke Gornegrat
Nak naik ke Gornegrat ni kita boleh menaiki scenic train yang tiketnya berharga CHF110 Swiss Franc. Dalam lingkungan RM500 duit kita. Sedikit mahal tapi tersangatlah berbaloi. Dalam perjalanan dari Zermatt ke Gornegrat ini kita boleh nampak Gunung Matterhorn dengan lebih dekat, dan paling best kita boleh mengopi di Kulmhotel; hotel setinggi 3,120 metres above sea level. Di Gornegrat ni kita boleh main ski dan juga sledge.
8. Bermalam di Zermatt
Bagi yang tak tahu, Zermatt ialah sebuah bandar yang carbon-free. Kebanyakan kenderaan di sini menggunakan elektrik. Memang sebuah bandar yang bersih dari pencemaran udara. Jangan terkejut kalau tengok ramai yang berjalan kaki sahaja untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Ada juga yang memilih untuk berbasikal, atau pun menaiki eTaxi dan eBus.
9. Melawati Sungai Verzasca
Sungai Verzasca ni sepanjang 30km dan tak jauh dari Empangan Verzasca. Sepanjang pengalaman kami mengembara ke sini, belum pernah lagi kami jumpa warga Malaysia yang ke sini. Sungainya yang jernih, kalau kita jatuh dalam tu pun memang boleh nampak sampai ke dasar. Kedalaman sungai ini dalam lingkungan 15 kaki dalam.
Bila tiba waktu summer, antara aktiviti yang menarik di sini ialah aktivti terjun dari jambatan dari ketinggian 30 kaki. Ada yang dah pernah cuba?
10. Chocolate hunting
Jangan lupa untuk pergi chocolate hunting, jam hunting, dan pisau hunting. Yang kami senaraikan ini antara yang terbaik yang boleh kita dapat di Swiss. Boleh la bawa sikit cenderamata dari Swiss selepas lama berkelana. Harga jangan tanya sebab tiada apa yang murah di Swiss ni. Hehe
Ada yang nak follow kami ke Switzerland tahun 2022 ni dan alami semua pengalaman ini beserta kapten kami yang juga profesional photographer? Barulah pengembaraan kita akan jadi lebih bermakna apabila ada yang tolong capture moment indah kita bersama pasangan dan keluarga.
Trip kami ke sana tak banyak dan kami cuma bawa 10 orang sahaja satu kumpulan beserta 2 crew dari Rarecation. Harga pakej seorang RM13,900 sudah termasuk flight ticket, penginapan, pengangkutan, makan halfboard, travel insurance dan PCR Test (return to Malaysia/Singapore). Tarikh trip pada:
21 Mac - 1 Apr 2022 (6 slot kosong)
6 - 17 Dec 2022 (4 slot kosong)
Ada yang berminat? Klik terus LINK INI untuk dapatkan info lanjut. Slot very limited jadi first come first serve ya. Untuk tengok itinerary kami, boleh KLIK DI SINI.