10 Tips Memilih Pakej Umrah Sesuai Dengan Bajet Dan Kemampuan Kita
Share
Sebagai pengendali umrah, mutawif dan pembimbing jemaah sepanjang menguruskan pakej umrah, apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri. Mungkin berbeza pendapat dengan orang lain. Semestinya sebagai ‘orang dalam industri’ saya cuba ketepikan sebarang pendapat yang bias tetapi berusaha untuk nampakkan realiti kepada semua.
Kena lihat apa yang ditawarkan oleh pihak travel and tour. Apa pengisian yang disediakan kepada jemaah sepanjang berada di sana. Yang penting adalah program yang ‘menghidupkan’ jiwa seluruh jemaah sama ada secara individu atau berkumpulan. Semasa pergi kita akan bersikap individualistik terutamanya hanya banyak habiskan masa bersama keluarga sendiri. Tetapi sebaiknya semasa di sana nanti kita sudah bercampur gaul dengan semua orang dan pulangnya kita nanti semua sudah mesra sebagai sebuah keluarga yang besar. Itulah konsep umrah kami - hidup berjemaah.
Jadi teman-teman semua janganlah hanya lihat pada beg sandang, telekung, ihram, beg roda kecil, sarung kasut, buku panduan umrah. Kebanyakan pakej umrah memang sediakan secara percuma. Setakat ini boleh dikatakan semua agensi umrah akan beri air zamzam 5 liter seorang untuk dibawa balik Malaysia. Itu memang sudah dipakejkan!
Kena bijak membaca iklan dan melihat itinerary yang dikeluarkan oleh pihak penganjur. Ada hari kita akan habiskan waktunya di atas kapal terbang, transit di lapangan terbang dan bila sampai sudah habis satu hari. Boleh jadi ada yang sampai 2 hari jika flight delay.
3. JARAK HOTEL KE MASJID
Apa pun ini semua bergantung pada rezeki masing-masing. Ada pengalaman seorang teman yang baru balik umrah menceritakan beliau dijanjikan 300m dari Masjidil Haram. Tiba sana kena menapak 800m. Bawa 3 anak pula. Dia cakap tak apa itu ‘bahagian’ dia cuma kesian pada anak-anak sahaja.
.
4. BERAPA BILANGAN JEMAAH DI DALAM SATU BILIK?
Bilik BERDUA - 2 katil sebilik
Bilik BERTIGA - 3 katil sebilik
Bilik BEREMPAT - 4 katil sebilik
Bilik BERENAM - 6 katil sebilik
Ada hotel yang caj peserta ikut harga bilik dan ada yang caj peserta mengikut harga katil. Ini menjadikan pakej yang ditawarkan akan berbeza mengikut hotel, jarak, jumlah bilik dan bilangan katil.
5. SYARIKAT PENERBANGAN YANG DIGUNAKAN
Orang Malaysia semestinya lebih sukakan MAS. Ini kerana layanan yang mesra dan juga makanan nya pun boleh tahan mewah. Cuma bab nak solat nanti payah sikit sebab mereka tak benarkan jemaah berdiri bersolat dalam flight. Oleh itu jemaah hanya dapat bersolat dalam keadaan duduk atau solat menghormati waktu atas kerusi masing-masing. Ketika pergi mungkin tak ada masalah. Waktu pulang itu kiblat berada di belakang kita. Bab ini nanti kena rujuk mutawif masing-masing ya tentang cara nak laksanakan solat dalam flight MAS.
6. KHIDMAT MUTAWIF
Saya sendiri selalunya akan bersama jemaah dari KLIA sampailah pulang nanti pun bersama jemaah juga. Kecuali ada sesi umrah yang perlukan saya tunggu jemaah di Madinah. Biasanya bulan Disember sebab cuti sekolah dan ada 2 group dalam satu bulan. Jimat tiket kapal terbang.
Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, khidmat mutawwif amat diperlukan. Bagi yang sudah berkali-kali sampai, yang ni jangan cakaplah.. Kadang itu hanya nampak muka dia sekali sahaja masa di airport dan dalam bas. Lepas tu depa sudah ada program sendiri dan boleh bergerak tanpa bantuan mutawif.
Ada travel pakej umrah bawa jemaah buat dua kali umrah dan tiga empat kali. Ini bergantung pada jadual ziarah dan berapa hari penginapan di Mekah. Umrah wajib bergantung dari mana, Jika yang turun di Madinah dulu akan mula bermiqat di Bir Ali. Bagi yang turun di Mekah, sudah pakai ihram dari KLIA dan akan berniat miqat di atas kapal terbang
8. JADUAL ZIARAH DAN TEMPAT LAWATAN
Bagi ziarah sekitar Madinah dan Mekah bergantung kepada kelulusan daripada pihak Saudi. Sepeti Madain Saleh, Taif, Muzium Haramain dan kilang kiswah semua ini lokasi ziarah yang memerlukan tasrih atau permit untuk masuk. Jika ada isu keselamatan atau kesihatan kadang kala akan dapat arahan supaya tidak membawa jemaah melawat. Seperti isu wabak MERS-CoV di ladang Unta.
Bukan senang nak sampai Haramain dan bukan selalu pula dapat pergi ke sana. Duit belanja pun kena tebal dan banyak juga. Yang penting cuba cari agensi yang mengambil berat dan boleh membantu jemaah yang menghadapi kesusahan, itu akan lebih memudahkan kita
Syarikat ada nama sekali pun kadang kala ada juga yang terlepas pandang. Biasanya apa yang dipromosikan berbeza bila tiba sana. Dapat hotel bocor, tak ada air, jarak jauh, "ditinggalkan" mutawwif, jemaah dibiarkan sendiri sampai ada yang hilang. Semua itu adalah sebahagian dari tugas dan tanggungjawab pengendali umrah untuk memastikan keselesaan jemaah sepanjang berada di sana.
Sebab itu saya katakan jemaah kena sentiasa rapat dengan ustaz atau mutawif yang pergi bersama. Biasanya saya malam-malam siap ada sesi mengopi dan perkongsian khusus untuk jemaah sama-sama mendalami dan memahami tujuan kita datang beribadah di Haramain.
Selalunya semasa kursus ada ajar betul-betul dari A to Z. Ada yang lebih banyak cerita fasal lawatan dan perjalanan umrah. Ada yang buat kursus macam semua yang sedang dengar itu sudah ada pengalaman pergi banyak kali. Bimbang bagi yang pertama kali hendak pergi.. takut tak faham apa yang disampaikan.
Untungnya jika pergi bersama mutawif yang sama menyampaikan taklimat ketika kursus umrah. Sebab bonding dan kemesraan sudah ada. Jemaah sudah selesa dan mengenalinya dari tanah air lagi. Jadi mudah untuk mereka merujuk dan senang jika ada sebarang masalah di sana nanti.
KESIMPULAN
Ada banyak perkara yang kita perlu perhalusi. Semak dulu diri kita adakah yang bermasalah itu pakejnya, pengendalinya atau kita sendiri sebagai jemaahnya. Sebagai tetamu Allah kita memang membayar ‘harga’ tertentu untuk mendapat peluang ke sana. Tetapi dengan siapa pun kita pergi kita tetap berjalan di tanah suci sebagai seorang HAMBA. Banyakkan bersujud melakukan solat taubat dari Malaysia lagi. Mohon dipermudahkan perjalanan dan urusan, andainya diuji Allah kerana sayangnya Allah kepada kita. Semoga kita mampu bersabar dan redha dengan ujianNya.
Mohon Share perkongsian ini jika dapat membantu anda, keluarga dan kawan-kawan memilih pakej yang sesuai dengan bajet, masa dan diri sendiri.
Bagi yang berminat untuk menyertai pakej umrah Rarecation, boleh hubungi terus pegawai kami Puan Yati ( 012 375 2450). Masih ada kekosongan untuk umrah musim sejuk January 2022 ini.
Shauqi Hasan
Bukan ustaz selebriti
Mutawif Rarecation Umrah