20 Gambar Yang Buat Kita Nak Pindah New Zealand Sekarang
Share
Aktiviti wajib bila travel dengan Rarecation kita berstargazing
Bayangkan kita tengah pekena kopi panas 434 bukan di dalam hotel 5 bintang tapi di bawah ribuan bintang langit New Zealand. Di New Zealand, jangan jadi budak baik sangat, sila keluar malam sebab sangat rugi tak menikmati gugusan bintang kat sini. Siapa cakap ini gambar photoshop dia jadi monyet. South Island memang kawasan less populated yang tak ramai orang duduk. Banyak kambing dan lembu sahaja dalam South Island. Maka, kurang sangat pencemaran cahaya sehingga kita boleh tengok pakai mata kasar jer gugusan bintang bima sakti.
Milky way kita boleh lihat depan mata sahaja
Bila dah clear sangat langit, mendung pun tak ada maka bersedialah kita boleh selalu nampak taik bintang jatuh. Sebut betul-betul bukan taik binatang tapi taik bintang. Tapi gambar ni bukan gambar shooting star tapi gambar long exposure. SERIOUS…DI SOUTH ISLAND KALAU ADA NASIB, KITA JUGA BOLEH NAMPAK AURORA. Siapa tak kenal Aurora tu apa angkat tangan?
Aurora di New Zealand
Foto dari John Armytage
Aurora tu cahaya hijau yang menari-nari di atas langit malam disebabkan kesan hentaman caj dari solarstorm dengan geomagnetism bumi menghasilkan plasma-plasma berwarna hijo. Serius ni, bukan tipu. Saya dah tanya Professor Google, cuma kadang kadang di New Zealand auroranya ada juga berwarna merah.
Semua menjadi kanak-kanak riang bila sampai di sini. Paling best dengan Rarecation kapten kita akan ambil gambar kita cantik-cantik macam ni
Ada orang komplen, kenapa dia tak dapat gambar cantik pun di NZ. Hahaha..inilah orang yang konfirm Subuh gajah. Waktu Dhuha baru nak Subuh. Kalau jenis bangun pagi awal, kita akan nampak pemandangan secantik ini. Serius tak tipu. Kabus sejuk perlahan-lahan di atas tasik hilang di sapa mentari pagi berlatarbelakangkan Southern Alps, gunung bersalji. Pemandangan cantik macam ni kita nikmati dengan nasi lemak sepinggan dan teh tarik , fuuuh syahdu.
Orang lain kad raya kat Malaysia, kita kad raya gambar New Zealand
Waktu sunset pun cantik tau, baru betul betul dapat menikmati keindahan landskap new zealand. Ni kat Lake Tekapo di South Island. Memang famous bangunan Church ni dan ada ramai yang buat wedding photoshot dibuat di kawasan cantik macam ni. Tapi, kita buat photoshot berbaju raya, lagi Rare
Langsung tak stress bila memandu di New Zealand dengan pemandangan macam ni.
Tutup mata ambil gambar pun lawa. Janganlah korang rasa Saiful Nang tu pandai sangat ambil gambar dapat gambar cantik-cantik, tapi kalau dah tempat macam New Zealand ni sambil korek hidung petik gambar pun dah level Nat Geo.
Terpesona dengan view macam ni, Mira filzah minta tumpang pun tak layan lah
Siapa nak pengsan, boleh pengsan sekarang. Tapi pasal bila kita lalu ke laluan ni sahaja semua orang dalam kereta menjerit macam starstruck dapat jumpa Mira Filza dan Remmy Ishak dalam Lelaki Kiriman Tuhan .
Serius kalau letak Neelofa tepi jalan dengan senyum dan jeling dan memegang papan bertulis “Kahwinlah saya” nescaya saya tak pandang pun Neelofa kerana tertakjub dengan pemandangan di lembah begini. Rarecation memang lalu tempat-tempat macam ni yang bas pelancongan malas nak lalu pasal leceh…jalan kecik, baik ambil highway.
Tengok pemandangan macam ni menjamu mata setiap kali memandu, macam mana nak mengantuk tapi tak jadi nak ngantuk. Rugi kalau ngantuk. Sebab tu kalau dalam trip ni ada juga kepala jenis “masuk angin” sikit tekan walkie talkie main karaoke sumbang nyanyi lagu Bumiputra Rockers, Kumpulan Gersang, Lefthanded dan juga nyanyi lagu-lagu zaman Awie dan Amie pakai seluar getah ketat dengan rambut macam ramen mee yang terendam semalaman.
Memang kita boleh berhenti dan mandi di sungai jernih macam ni. Punyalah jernih selfie dalam air pun nampak lawa lagi
Sekali sekala, tanpa di sangka sangka, ada sungai jernih macam ni menyapa kita di tepi jalan. Seronoknya, kita boleh berhenti di mana-mana sahaja yang kita mahu, tapi hati hati, berhenti biar di tempat yang sepatutnya, keselamatan di utamakan. Kalau travel dengan RAREcation memang wajib berhenti tempat-tempat gini.
Pemandangan pagi macam ni perkara biasa di new zealand. Macam kita jalan-jalan nak pergi Kuala Pilah lepas tu berhenti kat Gemencheh ada pokok macam ni kat tepi-tepi jalan. Kat New Zealand, bersepah pemandangan macam ni.
Kalau agak-agak iphone terjatuh dalam tasik ni tak payah panggil SAR pun, dari atas kita dah boleh nampak. Sauk jer dengan tangguk boleh dapat balik. Jangan dibayangkan macam Sungai Kelang, jatuh kat tempat cetek pun dah tak nampak mana pergi.
Dan cara terbaik untuk menikmati air terjun di sini, pastinya dengan menaiki Cruise khas dan berlayar hingga ke hadapan air terjun. Memang cruise ni kena datang rapat2 ke tepi. Dia pun nak buat style Niagara Falls juga lah sampai terasa hujan dan tempias disebabkan percikan air terjun yg sangat tinggi ni.
Cruise akan membawa kita sehingga rapat dengan air terjun, jangan rapat kalau tak nak basah
Ini pemandangan yang akan menanti di hadapan kita nanti. 10 meter pertama dalam air di sini adalah air tawar. Percampuran air tawar dan air laut di sini menjanjikan kehidupan laut yang sangat menarik.
Tak semua kambing jinak, kebiasaannya kambing amat pemalu kecuali di sini
Jumpa kambing macam ni di New zealand bukan perkara asing, silap silap kita beli seekor buat kambing golek malam nanti di bawah gugusan bintang. Kalau taknak sembelih pun kita pergi supermarket beli kambing murah-murah bak hang. Haa…hampir KESELURUHAN kambing di New Zealand dan daging di pasaraya semuanya halal untuk orang Islam kerana New Zealand antara pengeluar daging halal terbesar di dunia . Mereka pun dah comply standard JAKIM.
Dah penat dengan gunung dan air terjun, kita ke pantai pula. Jangan terkejut ini bukan di Iceland, ini pantai yang menghadap terus lautan pasifik , sangat cantik tetapi tidak digazetkan sebagai lokasi pelancongan tetapi kita pergi.
Sambil-sambil drive jauh-jauh ni terasa nak cari toilet. Tak jumpa toilet jauh lagi nak stop berhenti pergi tepi tasik nak buang air tengok pemandangan begini, terus tak sampai hati nak kencing. Pujuk diri, tahan lagi 20km lagi baru jumpa R&R. Kesian…cantik sangat untuk dikencingkan.
Ada rezeki bunga bunga lupin akan berkembang meraikan kedatangan kita di sana. Memang time-time kami nak pergi masa summer, insyaAllah bunga ni bersepah-sepah. Boleh tengok…dan bergolek-golek dan berlari-lari di tengahnya sambil shoot video slowmo dengan berlatarbelakangkan lagu Teratai Layu di Tasik Madu dari Ziana Zain. Memang dramatik!! (betul kan ziana zain punya lagu tu?)
Queenstown ni menarik juga. Tengok background dia dengan gunung bersalji memang buat kita teruja sangat. Nak lagi best kita naik atas Gondola dan tengok Queenstown dari "Bird's eye view.
Nak lagi lagi best, rasa pengalaman jantung, buah pinggang dan organ dalaman tertinggal di udara, kita terjun dari 12,000 kaki dan lihat Queenstown dan tasik Wakatipu sambil terbang. Pengalaman paling tak boleh dilupakan, wajib cuba
Ni standard tasik kat NZ. Punyalah jernih air siap boleh nampak ikan. Kalau nak memancing tak payah nak guna skill calit air liur tengok arah angin, atau buat mandrem panggil ikan kalau dah dari atas dah nampak mana ikan nak dijala. Kalau macam ni punya tasik, jala aku sangkut 1pa0 kali pun aku sanggup turun menyelam. Kalau jala tak sangkut pun rasa macam nak bagi sangkut juga supaya boleh terjun.
Bangun pagi view macam ni, siapa tak nak kan.
Yang dah termimpi mimpi dan ke New Zealand, elok ikut pengembaraan 10 hari 7 malam TERBAIK ke Selatan New Zealand dengan kami Rarecation. Nak ikut tekan pada link di sini: www.rarecation.com