3 Tempat Di Swiss Jadi Pilihan Hollywood
Share
Negaranya kecil sahaja. Penduduknya cuma 8 juta orang. Namun jumlah pelancong ke Swiss mencecah 12 juta orang setahun. Dengan jajaran banjaran Alps yang melingkari buminya. Ditambah pula dengan kehijauan pokok Alpine yang banyak tumbuh menghijau menghiasi lanskapnya. Swiss menjadi pilihan pengunjung untuk merasai pengalaman bermain salji di atas gunung terutama sekali dalam musim sejuk.
Selain itu buminya dilengkapi dengan tasik-tasik berwarna kehijau-hijauan seperti kilauan batu zamrud. Polisi kerajaan yang ketat menjadikan tahap kebersihan alam sekitarnya sentiasa terjaga rapi. Tidak hairan tempat-tempat di Swiss selalu menjadi pilihan lokasi penggambaran ramai pengarah filem dan tv.
Mari kita lihat ciri-ciri tempat-tempat di Switzerland yang membuatkannya pilihan lokasi penggambaran.
1. Lauterbrunnen
Lauterbrunnen ialah sebuah lembah yang menjadi penempatan perkampungan kecil. Pembinaan bangunan di sini menggabungkan gaya tradisional dan moden. Kita boleh lihat banyak rumahnya dibina menggunakan kayu daripada pokok alpine dan beech. Gunung-ganang pula terbentang luas menghiasi latar belakang lanskapnya yang dipenuhi tumbuhan hijau yang tumbuh melata.
Yang menjadikannya lebih menarik ialah 72 air terjun menuruni gunung-ganang daripada ketinggian mencecah sehingga 500 meter. Dari kejauhan kita boleh dengar deruan air terjun deras menghentam batu-batuan. Suasana yang mendamaikan ini terasa seperti dalam perkampungan Hobbit yang selalu kita lihat dalam cerita-cerita dongeng. Kami pun ada ke sini dalam trip Swiss kami.
Antara penggambaran filem yang pernah dibuat di sini ialah James Bond: On Her Majesty’s Secret Service (1969)
2. Zermatt
Zermatt juga merupakan sebuah lembah yang menjadi penempatan perkampungan kecil seperti Lauterbrunnen. Namun ia menjanjikan keunikan tersendiri. Kita pastinya pernah lihat logo beruang mendakap gunung pada pembungkus coklat Toblerone. Gunung itu ialah Gunung Matterhorn yang terdapat di Zermatt.
Kawasan gunung yang tinggi dan curam di sini menjadikannya tumpuan pengunjung untuk sukan salji. Bila tiba musim salji, kereta kabelnya sibuk membawa pengunjung dari bawah lembah ke atas gunung untuk bermain ski.
Lebih menarik lagi, tiada kenderaan berpetrol dibenarkan di sini. Jarang-jarang kita jumpa kenderaan di sini. Kita boleh lihat hanya kenderaan elektrik yang kecil, keretapi Gornegrat dan sesekali helikopter membawa pengunjung ke atas gunung.
Antara penggambaran yang pernah dibuat di sini ialah siri TV Amazing Race.
3. Sungai Verzasca
Dalam adegan pembukaan filem James Bond: Goldeneye (1995), sebuah kapal terbang melewati Empangan Verzasaca. Daripada gambaran filem yang dibuat jelas menunjukkan empangannya yang besar merentasi Sungai Verzasca yang berwarna kehijaun seperti zamrud.
Di hulu Sungai Verzasca ini ialah satu lokasi yang indah jarang dikunjungi orang luar. Airnya sangat jernih sehingga nampak tembus ke dasar sungai. Persekitarannya sangat bersih. Duduk di situ sambil menghirup udara segar campuran sungai, pepohon dan alam sekitar yang pastinya mendamaikan.
Bagi peminat mandi sungai pastinya tidak sabar nak meneroboskan diri ke dalam sungai. Selalunya aktiviti begini kita boleh lihat sewaktu musim panas.
Ada banyak lagi tempat cantik dan unik di Swiss yang pastinya meruntun jiwa. Trip Swiss kita akan berkunjung ke tiga-tiga yang disebutkan di atas dan beberapa tempat yang lain lagi. Kita boleh bermain salji (trip winter season) dengan melakukan pelbagai aktiviti.
Kami akan ke Swiss pada tarikh berikut:
21 Mac - 1 Apr 2022 (4 slot kosong)
26 Sept - 7 Oct 2022 (2 slot kosong)
6 Dis - 17 Dis 2022 (2 slot kosong)
Pakej Swiss yang kami sediakan sudah pun termasuk tiket penerbangan, pengangkutan, makan halfboard, penginapan dan ujian PCR sebelum balik ke Malaysia/Singapore. Yang paling menarik kita boleh bergaya semasa trip dengan jaket exclusive Rarecation.
Sangat rugi kan kalau kita ke Swiss tapi tak dapat bawa balik gambar pengembaraan di sana. Jangan risau. Kapten juga merangkap jurugambar profesional akan bersama kita sepanjang pengembaraan untuk merakam moments kita.
Trip selama 12 hari 9 malam ini cuma RM13,900 seorang dan satu trip kami cuma bawa 10 orang sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh baca di SINI. Boleh hubungi wakil kami DI SINI untuk pertanyaan lanjut.