5 Perkara Ini Wajib Kita Tahu Sebelum Ke Baitulmaqdis
Share
Mari kita ketahui mengapa pentingnya Baitulmaqdis ini terhadap seluruh muslim di dunia ini. Mengapa dahulunya pejuang-pejuang Islam bermati-matian mempertahankan tanah suci itu.
Kenapa dan Mengapa? Mari kita baca beberapa fakta mengenai kenapa pentingnya Baitulmaqdis terhadap Kaum Islam.
1. Tercetusnya Perang Salib Pertama
Kalau nak tahu, dahulukala Perang Salib pertama berlakunya di kota besar ini kerana isu keagamaan dan politik semasa Zaman Pertengahan. Matlamat tentera salib hanya dua iaitu membebaskan Baitulmuqaddis dan Tanah Suci daripada kekuasaan orang Islam serta membebaskan orang Kristian Timur dari pemerintahan orang Islam.
Ianya lebih kurang sama seperti yang berlaku terhadap Palestin kini oleh rejim Israel. Hasil daripada perang ini, Kerajaan Jerusalem berjaya ditubuhkan sebagai sebuah negeri Salibi dan Baitulmaqdis berjaya ditakluk mereka yang setelah itu menjadikan Masjid Al-Aqsa sebagai istana kerajaan.
2. Peristiwa Israk dan Mikraj
Siapa yang tidak tahu peristiwa penting ini, umat Islam selalunya akan merayakan peristiwa ini setiap tahun pada 27 Rejab/ 622 Masihi. Perayaan ini disambut dengan melakukan solat sunat berjemaah atau ceramah khas di Masjid dan Surau. Dalam Al-Quran surah Al-Israa’ dan An-Najm juga ada menyatakan berkaitan peristiwa ini. Peristiwa ini bermula semasa perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjidil Haram Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
Selepas peristiwa ini juga arah kiblat telah bertukar daripada Baitulmaqdis ke Makkah. Baginda semasa perjalanannya didampingi Malaikat Jibril dan Mikail dengan menunggang seekor haiwan bernama Buraq. Perjalanan ini juga membuatkan Nabi melihat pelbagai peristiwa yang dapat pengikutnya iaitu Umat Islam kini jadikan sebagai teladan.
3. Tempat ibadat ketiga selepas Makkah dan Madinah
Baitulmaqdis bagi umat islam merupakan tempat ketiga paling suci selepas Makkah dan Madinah. Malah, Baitulmaqdis juga pernah menjadi arah kiblat pertama sebelum Makkah semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ibu kota Palestin ini juga mengalami banyak kesusahan sebelum penghijrahan orang Islam ke dalam kota ini, setelah itu Baitulmaqdis menjadi negara yang aman. Selain Islam, Kaum Kristian dan Yahudi juga menganggap Baitulmuqaddis sebagai peranan penting buat agama mereka. Mereka menyatakan bahawa Baitulmaqdis merupakan kota paling suci bagi agama mereka.
4. Perubahan yang berlaku
Jika dilihat, Palestin dulu dan kini tidak banyak bezanya kerana Palestin sememangnya sudah maju setelah kedatangan orang Islam. Namun, bezanya kini apabila pentadbir sudah bertukar arah kepada zionis Israel yang mengaku Baitulmaqdis sebagai ibu kota negaranya. Banyak kekejaman yang dilakukan tentera Israel seperti mengebom dan membunuh penduduk Palestin tanpa rasa belas kasihan semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Semestinya Palestin yang dahulu lebih nampak sinar kebahagiaan di mata penduduk Palestin berbanding kini.
5. Terletaknya Masjid Al-Aqsa
Ini yang paling penting. Baitulmaqdis adalah kota dimana terletaknya Masjid Al-Aqsa yang merupakan salah satu tempat suci agama Islam dan menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmuqaddis. Nama Masjid ini diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang bermaksud "masjid paling jauh". Masjid ini juga dipandang tinggi oleh orang Yahudi dan Kristian yang menjadikannya sebagai Kuil Suci buat agama mereka. Masjid inilah dijadikan tempat menjalankan ibadah setelah Makkah dan Madinah.