Berhenti Ada Mindset "Pergi Ke Umrah Bila Dah Tua Sahaja Nanti"

Berhenti Ada Mindset "Pergi Ke Umrah Bila Dah Tua Sahaja Nanti"

Ada orang cakap beraninya kau pergi umrah awal-awal. Abang pula cakap pergi awal lah bagus sebab Mekah sebenarnya bukan untuk orang tua-tua tapi orang muda sebab tenaga yang diperlukan kat sana bukan calang-calang tenaga.

Mana dengan tawafnya, dengan saie-nya, dengan berjalan jauh ulang-alik ke Haram (kalau dapat hotel jauh), tu belum lagi ibadah Haji. Lagi memerlukan tenaga yang banyak.

Istilah 'pergi Mekah bila dah tua' sebenarnya salah.

Masa muda badan tengah kuatlah kita buat ibadat umrah/haji. Tapi kita kena akur juga dengan jemputan Allah. Kalau jemputan belum sampai, maka tak dapat juga kita ke sana. Cuma, jangan beranggapan nak ke Mekah kena tunggu dah tua.

Abang faham apa sebenarnya yang orang tu maksudkan bila dia tanya, “tak risau ke pegi umrah muda-muda?” Sebab kalau pegi waktu muda, nanti balik dah susah nak buat benda-benda lagho (lalai) katanya.

Bukanlah lalai apa, maklumlah kalau dah pegi Mekah tu orang selalunya akan expect bila kita balik nanti kita lebih baik dari sebelum kita pergi. Betul, sepatutnya macam tu lah.

Tapi, kebanyakan orang selalu rasa bila seseorang tu dah balik dari Mekah, dia patutnya jadi maksum terus.Kalau macam tu la kekdahnya, betapa beruntungnya la yang belum sampai ke Mekah sebab buat salah pun orang tak berapa nak mengata, "Aku jahil lagi, belum dijemput ke Mekah. Takpelah kalau buat salah pun".

Benda-benda macam ni la yang buatkan some people hatinya berbelah bagi nak ke Mekah. Dugaan orang berhijrah ni bukan calang-calang dugaan. Yang melaluinya akan tau apa bentuk dugaan tu.

Nak lagi bila kita ada duit. Macam-macam trend kita nak follow. Macam-macam benda kita nak beli dan miliki. Macam-macam tempat kita nak pergi. Makkah juga yang tak sampai lagi. Money is King. Duit itu ujian.

Antara Latta, Manna dan Al-Uzza, harta (Al-Uzza) adalah tuhan bagi masyarakat Jahiliyah yang disebut di dalam Al-Quran. Fenomena sama menjadi ikutan manusia 1500 tahun kemudian.

Gais,

Nak berubah, kena ikhlas. Kalau hati kita berkobar-kobar nak berubah tu kita kena bertenang-tenang sikit. Selalunya bila terlalu berkobar-kobar, hati kita lekas emosional. Segala tindakan jadi tak rasional sebab hati yang terlampau emosi, sometimes nampak macam extreme. Lama-lama letih sendiri.

Buatlah dengan tenang.

Ketika seorang Hamba Allah tu dah ada pendirian dan sikap yang jelas, insha Allah hati tetap kuat. Ujian yang datang akan jadikan diri makin kuat dalam istiqomah. Insha Allah Allah akan datangkan macam-macam pertolongan, kemudahan, kecukupan dan ketenangan tanpa kita sedar.

Cuba.

Sambil cuba, sambil doakan Abang istiqomah ya. Atau lebih baik kalau kita sama2 istiqomah. Macam mana? Kami sentiasa akan mengada sesi Table Talk (TT) sepanjang program umrah, berkongsi ilmu, menyucikan kefahaman. Lagi bestnya sesi TT boleh bersambung even selepas kita balik ke Malaysia.

Jom mulakan langkah dengan hubungi Puan Sabrina (+6010-2187273) untuk mendaftar.

.

.

Shauqi Hasan

Mutawif Rare, Makkah.

Back to blog

Featured collection

1 of 4