Jangan Berhijrah Ke Belakang
Share
JIHAD DALAM BERHIJRAH. Zaman kita banyak yang dah mudah. Tidak sesusah fasa Rasulullah berdakwah. Nak ke Makkah atau Madinah pilih saja nak guna apa? Speedtrain atau unta, semua itu atas kemampuan diri.
APA YANG SUSAH? Nak memastikan hijrah kita kekal di atas jalan Allah. Fisabilillah. Istiqomah dengan petunjuk Kitab dan Sunnah. Bab ni yang payah. Hijrah ni bukan cerita tentang manusia yang berubah jadi malaikat tapi cerita tentang Hamba Allah yang nak jadi taat. Bukan seberapa cepat dia menjadi baik tapi seberapa kuat dia bertahan.
Hijrah tu kan proses. Macamana nak sampai ke puncak kalau tak mula mendaki? Dan lumrah semakin tinggi mendaki semakin banyak halangannya. Bila kita kata kita nak berhijrah, itu adalah keputusan yang besar.
Keputusan yang besar datang dengan tanggungjawab dan ujian yang besar. Kalau kita sendiri tak melaluinya, jangan mudah berkata seolah-olah ianya senang nak dilaksanakan.
Apetah lagi membanding-bandingkan orang A dengan orang B. "Cuba tengok A tu, lepas hijrah dia tinggalkan semua benda-benda lagho. Tak macam si B tu." Sebelum kita mengata si B, kita tanya dulu diri kita ni sama tak macam A? Kalau kita pun tak macam A, lebih baik statement tu tujukan kat diri sendiri dulu.
Jangan merasa orang lain lebih rendah dari kita. Kerana boleh jadi bukan kita yang tinggi, tapi kaki kita yang tak jejak ke tanah. Jangan merasa diri kita lebih besar dari orang lain. Boleh jadi yang besar tu adalah hati kita yang membengkak dek kerana busuk. Nak tau samada hijrah kita ni menjadikan kita semakin baik atau semakin buruk, cuba tengok macamana kita menilai perubahan pada diri.
Kalau dengan bertudung menjadikan kita merasa "tapi aku bertudung, daripada dia tu..." Kalau dengan bertudung labuh kita merasa "tapi tudung aku tutup dada, daripada dia tu..."
Kalau dengan mengaji kita merasa "tapi aku mengaji setiap hari, daripada dia tu...." Kalau dengan bersedekah kita merasa "at least, sedekah aku tak tinggal, daripada dia tu...."
Hati-hati.
Kerana hawa-hawa statement macam tu kalau dalam Quran, pernah diucapkan oleh iblis. Iblis kata "Kerana aku dijadikan dari api, dia dari tanah". Orang kalau dah sombong, dia boleh cari macam-macam alasan. Macam tu la jugak iblis punya alasan "Kau ciptakan manusia (Adam) dari tanah, Kau ciptakan aku dari api"
Sedangkan iblis tu bodoh. Dia tak tau api tu sifatnya panas, membakar, bau busuk, asap yang hitam tu menyesakkan nafas. Sedangkan tanah sifatnya lembut, subur dan mengeluarkan hasil. Buktinya sekarang, harga tanah makin lama makin naik, kan? Eh.
Maksudnya kita ni jadi manusia, value tu kena terus naik. Jangan selesa dengan 'harga' yang sama apetah lagi perasan 'harga' dah cukup tinggi. Nanti kalah dengan harga tanah hujung simpang.Ā
Kami bergerak dulu ke Makkah. Umrah wajib bagi yang pertama kali ke Tanah Suci. Doakan kami. Siapa nak tumpang doa, vallet doa dah open. Free jer. Sempat Abang bacakan. Tak sempat cari lain waktu.
Paling bagus, ikut je Abang pergi umrah tahun depan (tekan link bi bawah). Kita doa sama-sama. Nak berubah jadi manusia yang lebih baik dengan panduan Kitab dan Sunnah yang sebenar.
https://www.rarecation.com/products/umrah-jejak-rasul
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare ke Mekah.
Ā