Covid-19 Akan Jadi Endemik ?
Share
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita varian-varian baru dengan kekerapan yang meningkat. Dari Delta ke Omicron, kemudian kita dengar pula ada kes Flurona dan yang terbaru Deltracron.
"Varian akan berubah menjadi ringan" dan "Covid akan menjadi endemik". Namun pakar memberi amaran bahawa kedua-dua perkara ini tidak boleh dipandang remeh.
Mereka menyatakan bahawa virus menjadi kurang membawa maut (less deadly) dari semasa ke semasa dan disebut sebagai influenza. Kedua-dua virus selesema yang bertanggungjawab untuk Spanish flu pada 1918 dan Swine flu pada 2009 akhirnya berkembang menjadi kurang berbahaya. Walaubagaimanapun, virus Spanish flu dianggap lebih berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian yang tinggi sebelum ia menjadi lebih ringan. Contoh lain seperti virus Ebola, ianya menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.
Memandangkan semakin ramai orang mengambil suntikan imuniti kepada Covid, atau pun pulih daripada jangkitan, virus itu menjadi kurang berkemungkinan untuk mencetuskan penyakit yang lebih teruk. Tetapi perlu diingat, ia boleh berkembang semula.
Menurut Associate Professor of Virology di University of Leeds, Stephen Griffin, "Smallpox (cacar) adalah endemik, polio adalah endemik, Lassa fever dan malaria juga endemik. Bukan itu sahaja, demam campak (measles) dan beguk (mumps) juga adalah endemik cuma bergantung kepada vaksinasi. Endemik tidak bermaksud kita akan kehilangan segala-galanya.
Semakin ramai penduduk dunia yang sudah divaksinasi, semakin sikit orang yang dijangkiti dan semakin sedikit peluang untuk virus itu berkembang -- tetapi kita masih jauh lagi dari itu. Malah, di United Kingdom terdapat sejumlah besar individu yang tidak divaksin dan buat masa ini masih belum jelas berapa lama perlindungan daripada booster shot akan bertahan.
Walaupun begitu, semua orang berharap bahawa Corona virus ini akan berkembang menjadi lebih ringan (tidak berbahaya) dan Covid menjadi endemik -- atau lebih tepatnya, cukup terurus untuk tidak menjejaskan kehidupan harian kita. Tetapi ini adalah harapan, bukan fakta, dan mengulangi mantera ini tidak akan menjadikannya berlaku lebih cepat.
Sumber: The Guardian