Hotel Atas Awan Di Kampung Pantai, Seremban

Hotel Atas Awan Di Kampung Pantai, Seremban

Negeri Sembilan terkenal dengan tawaran gastronominya, tetapi ia juga terkenal dengan istana, pantai dan taman alam semula jadi. Tahukah anda bahawa terdapat banyak villa peribadi dengan alam semula jadi yang subur di sekelilingnya terletak di Negeri Sembilan?

Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan ada macam macam villa best. The Shorea, Awanmulan, Cabinz Ecottage Retreat, Kairos Villa dan Sembayu Villa.

Sembayu Villa, Pantai | 2022 Updated Prices, Deals

Kami berpeluang bermalam di Presidential Suite, Sembayu Villa. Walaupun harganya very atas atas tapi worth it. Pemandangan panoramic Gunung Berembun dan Negeri Sembilan yang menakjubkan membuatkan kita lupakan segala masalah. Ketinggian hotel ni dalam 200 metre dari bawah. Pada waktu pagi, kawasan ini akan berkabus seolah-olah kita berada di atas awan. Lagi-lagi kalau malam sebelumnya hujan atau berembun kuat.

Saksikan Saiful Nang review Presidential Suite, Sembayu Villa! 

Terjadinya Sembayu Villa ni apabila sebuah keluarga meneroka puncak Pantai Hill selepas hiking di hutan simpan Berembun. Mereka sangat terpesona dengan view sebuah tanah kosong yang memandang ke Gunung Berembun. Oleh itu, mereka berinspirasi untuk membina sebuah villa. Pada permulaanya, mereka merancang menjadikan tempat itu sebagai gateaway home atau rumah percutian hujung minggu untuk keluarga dan rakan-rakan. Tetapi, selepas villa itu dibina tiga tahun kemudian, mereka sekeluarga memutuskan bahawa hadiah yang menakjubkan itu perlu dikongsikan bersama.

Villa ini terletak di atas bukit gunung yang dikelilingi oleh hutan simpan semula jadi Seremban. Bilik-bilik mempunyai pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan untuk dilihat. Semua bilik mempunyai nama Melayu yang unik yang dipengaruhi oleh pelbagai jenis pokok dan tumbuhan yang terdapat di dalam hutan tempatan, memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang kepelbagaian pelbagai jenis hutan hujan Malaysia.

Our Story - Sembayu Villa

Bilik – bilik di sini direka bentuk dengan tema berinspirasikan konsep perindustrian dengan gabungan kemodenan di alam liar. Biliknya juga menerapkan open concept, semuanya boleh dilihat. Bathtub tepi katil je. Ada bilik yang bathtub kat balcony. Menghadap ke hutan simpan semula jadi Seremban, bilik-bilik mempunyai pemandangan yang menakjubkan untuk dilihat. Rasa macam memang dalam nature dengan angin sepoi sepoi ke dalam bilik. Best dan relaxing!

Dengan rangkaian 15 bilik yang berbeza, mereka memastikan ada pilihan untuk semua orang. Setiap satu dilengkapi dengan penghawa dingin dan mempunyai katil yang selesa, bilik mandi en suite, unit meja solek dan TV.

Rooms - Sembayu Villa

Luxury Room with Balcony - Sembayu Villa

Dapatkan air freshener limited edition RARETV x Keef & Nish DI SINI.  RM10 sahaja! Bolehdiletakkan dalam kereta, bilik, bilik air, atau letak di meja kerja pun boleh.

Facilities yang disediakan di villa ini ialah kolam renang, foosball/ pool table dan café. Sementara di sana, anda boleh jungle trekking di hutan simpan Berembun. Akan ada local guide membawa anda dan menceritakan tentang pokok atau hidupan liar yang akan anda temui. Dalam 35-40 minit akan tiba di air terjun Lata Berembun, boleh la rendam kaki nikmati air segar lepas penat mendaki. Kalau tak minat jungle trekking boleh juga melawat kebun durian Haw Kee atau bagi burung unta makan di Jelita Ostrich Farm.

تويتر \ Cuti-Cuti Malaysia 🇲🇾 على تويتر: "Sembayu Villa, Seremban, Negeri  Sembilan Cantik juga port kat Negeri Sembilan ni. Dekat je nak lari dari  kesibukan kota Kuala Lumpur tu kan. https://t.co/DpDAuAa9ZE"

Sembayu Villa, Pantai | 2022 Updated Prices, Deals

Jika anda ingin mencari ketenangan jauh dari kesibukan bandar, Sembayu Villa mungkin tempatnya. Sekarang, Sembayu Villa mengadakan promosi 30% off dan special untuk subscribers Youtube RARETV, boleh dapatkan tambahan 5% off dengan kod RARETV5. Promosi ini hanya boleh digunakan sehingga 20 Mei 2022 sahaja.

Alamat: Pantai Hill, Lot 3164, Kolam Air Pantai, Kampung Baru Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +6012-6401768

Website | Facebook | Instagram

Kalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh try tengok pakej-pakej yang kami tawarkan DI SINI

Dapatkan merchandise RareTV kami seperti mug, t-shirt, hoodies dan juga mask DI SINI. Seluruh keuntungan disalurkan secara terus ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). 

 

Back to blog

Featured collection

1 of 4