Perut kita ni 14 hari kosong pun masih hidup lagi tapi kalau hati kosong bermakna makin jauhlah dari pertolongan Allah. Kalau Allah dah jauh, satu apa pun takkan mendekat dan terus melekat.
Jangan pernah merasa kalau hubungan dengan Allah semakin baik maka hidup kita jadi makin susah.
Never.
Semakin baik hubungan dengan Allah, hidup jadi makin mudah. Konfem! Sebenarnya, kalau dalam selama kita hidup ni sentiasa ada masalah atau merasa kita belum cukup baik, perbaikilah hubungan kita dengan Allah.
Apa saja perkara yang buatkan kita rasa tertekan, ia ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah. Sebab apa saja perkara yang membuatkan kita rasa terbeban, pasti masalah-masalah itu muncul dari keburukan kita.
Dan boleh jadi keburukan hari ini adalah akibat dari keburukan kita di masa lalu. Tak mungkin kerana kebaikan, mesti dari keburukan. Tak perlu malu akui keburukan kita. Bukan suruh mengaku depan manusia.
Akuilah pada diri sendiri dan Allah, cukup.
Cuba senaraikan apa keburukan yang pernah kita lakukan, kemudian evaluate list keburukan tadi. Itu saranan Allah dalam Al-Quran. Baca kitab amalan kita semasa hidup di dunia. Bukan lepas mati nanti.
Cukuplah kita yang TAHU BURUKNYA KITA DI MANA. Kebaikan kita buat apa nak diungkit?
ٱقۡرَأۡ كِتَٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفۡسِكَ ٱلۡيَوۡمَ عَلَيۡكَ حَسِيبًا
"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu." [Al-Isra' 17: Ayat 14]
Ramai orang berlumba nak tambah kebaikan tapi keburukan tak diperbaiki. Dan bila musibah menimpa, kita ungkit "Apa lagi yang kurang pada aku Ya Allah? Aku dah cuba buat macam-macam benda baik".
Di situlah kesalahan kita kerana kita evaluate list kebaikan. Tapi kita tak evaluate langsung list keburukan. Hanya bila kita listkan keburukan kita baru kita nampak "Oh, aku belum baik lagi rupanya".
Konsepnya sama macam kita buat wishlist. Bila kita buat wishlist baru kita nampak apa yang belum tercapai, kan? Once dah dapat kita strike off dari list dengan bangganya.
So why not kita buat list keburukan kita pulak so that kita boleh strike off the list bila dah dapat perbaiki?
Tambah pula bila kita di Tanah Haram, jangan syok mengira pahala. Pergi masjid solat satu waktu dah dapat 100 ribu pahala. Lalu kita selesa mengejar angan-angan dalam ibadah.
Sehingga kita lupa banyak lagi keburukan kita yang perlu dibaiki. Selagi kita berperangai buruk dan akhlak pun masih sama. Sikap pun masih serupa saja. Tak pernah berubah walaupun dah banyak kali buat umrah. Banyak kali pi Mekah.
Jadi apa hasil solat kita di Baitullah?
Apa pun ganjaran Allah untuk kita, itu HAK DIA. Serah saja pada Dia untuk bagi. Jangan dok sibuk mengira pahala sampai kita lupa yang Allah nak pandang ialah HASIL DARIPADA KERJABUAT IBADAH KITA.
Bicara AMAL, bicara HASIL.
Pergi Mekah, buat umrah. Balik mesti ada hasil. Hasilnya sama ada BAIK atau BURUK. Tugas kita buat sehabis baik. Tak perlu berkira-kira dengan Allah. Jangan sampai nanti Allah pula berkira-kira dengan kita.
Allah bukan tak tau kita nak apa, tapi Dia nak tengok siapa yang bersungguh nak.
Kalau seseorang tu sanggup bangun dari tido pukul 4 pagi semata-mata nak solat malam dan berdoa maka itulah orang yang sangat-sangat perlukan apa yang dia nak. Allah akan kabulkan.
Kalau apa yang kita nak tak membuatkan kita bangkit dari lena untuk berdoa, maknanya kita takdelah nak sangat benda tu. Tak dapat pun takpe.
Begitulah konsepnya.
So kita yang mana satu? Da tahu, apa seterusnya? Jom ikuti program umrah kami, kita akan layout satu persatu. Sila hubungi Sabrina, +6010-2187273, untuk mendaftar
Salam,
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare