Kenaikan Mendadak Harga Hotel di Mekah & Madinah

Kenaikan Mendadak Harga Hotel di Mekah & Madinah

Sana sini orang dok bercakap pasal hotel di Mekah dan Madinah naik. Biasa lah, isu masih panas jadi lojik lah orang masih dok bincangkan isu ni. Sama macam isu minyak. Kita akan bising la jugak dalam seminggu. Lama-lama nanti akan senyap.

Sebab ujung-ujung semua pun tak nampak apa pilihan yang ada melainkan move on, walaupun dengan kepayahan. Isu kenaikan harga hotel di Makkah dan Madinah yang tengah hangat ni, pastinya kami sebagai pengendali Umrah juga terlibat. Tidak dapat lari dari menghadap realiti yang berlaku.
.

Petikan berita dari akhbar Berita Harian bertarikh 9 Januari 2023

.
Sebagai jemaah pula, apa pilihan yang kita ada? Sama ada anda kena tambah bayaran pakej kerana tiada pilihan lain atau kena tambah duit secara cash semasa di airport nanti?
.
Sangat terasa keperitannya bila harga hotel naik sampai 100-300%. Inilah kenaikan paling buruk dalam sejarah tatakelola ibadah umrah selepas pandemik. Dijangka tahun 2023 akan menjadi tahun paling mencabar untuk umat Islam dari Nusantara.
.
Ada orang sangat terkesan dengan kenaikkan ni. Ada yang dah tak tau nak jimat celah mana dah. Memang ramai jugak yang merungut kat status-status FB. Walaupun merungut tu takkan menyelesaikan masalah, tapi mungkin dapat melegakan apa yang terbuku di hati.
.
.
Tak apalah, masing-masing ada caranya. Kalau dengan cara itu boleh merasa lebih tenang, buatlah. Asal jangan memaki hamun melampau-lampau. Semoga Yang Maha Melihat setiap tindak-tanduk kita, setiap bisikan hati kita, memberikan kita hidayah sehingga kita selalu ada di dalam jalan yang diredhaiNya.
.
Dalam menjalani hidup ni yang perlu kita hati-hati bukanlah kejadian yang menimpa diri kita. Tapi yang perlu kita hati-hati adalah sikap kita ketika berdepan dengan kejadian tu.
.
Sebab, selagi kita hidup, akan ada sesuatu yang kita tak berkenan atau yang tak sesuai dengan harapan kita. Kita takkan hidup atas dunia ni dengan segalanya menyeronokkan. Dalam 100 kejadian, akan ada 1 kejadian yang kita tak suka.
.
Pepatah melayu ada sebut 'Sediakan payung sebelum hujan'. Maksudnya, hujan ke, tak hujan ke, payung kena ready. Secara lojiknya orang yang bawak payung akan berjalan dengan lebih tenang berbanding yang tak bawak payung. Nak beli barang pun takyah tergesa-gesa nak balik sebab kalau hujan kita ada payung nak redah.
.
.
Dalam erti kata lain, dalam hidup ni, harus bersedia menghadapi kejadian yang sesuai dan yang tak sesuai dengan kita. Sebab hidup ni mustahil selalu sesuai dengan keinginan kita.
.
Kalau setiap keinginan kita Allah kabulkan, konfem hidup ni jadi huru-hara. Jadi, harus bersedia akan segala kemungkinan kerana yang kita nak belum tentu
terbaik menurut Allah.
.
Kalau segalanya telah kita buat, mengamuk pun dah, mengadu pun dah, berjimat pun dah, tapi masih lagi tak menampakkan perubahan, jalan akhir adalah REDHA.
.
Redha ni memang payah nak dibuat. Lebih-lebih lagi dalam situasi harga pakej yang pasti akan naik dengan kadar yang segera.
.
Mungkin ada yang rasa tak sesuai kot nak cerita pasal redha dengan isu kenaikan harga hotel yang melampau ini sebab itu perbuatan manusia, bukan bencana alam macam banjir yang kita nak kena redha. Ya, Abang pun pernah terfikir perkara yang sama. Tapi, kalau kita tak redha pun, benda dah jadi. Nak taknak kena terima jugak.
.
Yang terkesan dengan kenaikkan, ini ujiannya. Bukan kita seorang yang terkena, seluruh umat Islam satu dunia terasa. Pedih. Memang perit ditambah dengan ekonomi dan mata wang negara yang tak berapa nak stabil.
.
Yang tak terkesan dengan kenaikkan ini, akan ada ujian lain yang Tuhan dah spare. Sombong namanya kalau kita rasa kita boleh pilih-pilih ujian mana satu yang kita perlu redha, ujian mana satu yang tak sesuai nak redha. Yakinlah segala yang terjadi ada dalam kekuasaan Allah. Dia takkan tinggalkan kita dengan kesulitan tanpa jalan keluar.
.
Orang yang dari kecik sampai ke besar diejek Hitam Hitam Hitam Hitam, kita kata yang tu kena redha sebab itu ciptaan Allah. So kalau harga hotel naik, kapal terbang naik, pakej umrah naik, gaji tak naik, bukan urusan Allah lah? Atas dunia ni kalau bukan Allah yang urus, siapa lagi yang urus agak-agak?
.
Kena sentiasa kita zikirkan. Yang baik itu daripada HIDAYAH ALLAH, yang buruk itu datangnya dari KEBURUKAN SIKAP DAN AKHLAK KITA SEBAGAI MANUSIA. Bila manusia lupakan Allah, Allah akan buat manusia lupa diri. Apa yang berlaku sekarang ini, tanda-tanda besar manusia dah mula lupa diri, bila sembahannya adalah harta dan duit yang bermaharajalela.
.

 Petikan berita dari akhbar Berita Harian bertarikh 9 Januari 2023

.
Gais, look. Sikap redha akan mendatangkan rasa tenang dalam jiwa. Kerana rasa sakit yang kita rasakan ketika kita mengutuk sesuatu kejadian yang kita tak suka tu bukanlah disebabkan kejadiannya, tapi disebabkan sikap kita sendiri yang tak redha pada kejadian tu.
.
Dan redha pun bukanlah maknanya kena pasrah berserah macam tu je. Redha adalah keterampilan kita untuk menerima kenyataan, at the same time berikhtiar memperbaiki diri.
.
Contohnya kalau sakit gigi, takkan nak redha macam tu je menahan bengkak gusi dari pagi sampai ke malam. Apa-apa pun mula-mula kena redha terima ujian sakit gigi, dalam masa yang sama bergerak ke klinik gigi untuk ikhtiar hilangkan sakit. Tu namanya redha.
.
Di waktu susah dan sempit, diduga dengan macam-macam perkara, sebenarnya waktu inilah masa yang sesuai untuk kita evaluate diri. Boleh jadi itu adalah cara Allah menegur kita.
.
Boleh jadi juga dia turunkan ujian kerana Dia nak kita meminta-minta padaNya.
Arab Saudi dah pun naikkan harga hotel yang melampau tinggi. Pakej Umrah Rarecation juga tak dapat elak, kerana 2023 juga akan menjadi tahun yang sangat mencabar buat kami dan jemaah semua.
.
Bagi yang nak menunaikan umrah, bersabar. Kita usahakan untuk sempurnakan rukun umrah yang wajib ini. Walaupun kami terpaksa menghadap kenaikan kos yang menggila, level harga Yahudi bin Nasrani bin Majusi bin Dajjal.
.
Terima kasih kerana share.
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare, done part one.
Back to blog

Featured collection

1 of 4