Kenapa Pakistan Digelar Heaven On Earth
Share
Siapa yang dah sampai Pakistan confirm nak repeat lagi!
Pakistan jarang disebut orang tapi kalau dah pergi sekali confirm nak pergi lagi sehingga dipanggil heaven on earth!! Swiss pun boleh kalau tau dari segi view dia. Kecantikan alam semula jadi boleh katakan langsung tidak tercemar dan masyarakatnya sangat peramah. Kalau nampak kita tengah jalan siap jemput masuk rumah nak jamu teh siap makan roti nan!!
Sebelum kami nak bercerita panjang cuba layan dulu gambar-gambar kat bawah waktu autumn dan waktu blossom. Biasa kalau nak tengok sakura timing dia antara mac dan april manakala nak layan view autumn warna keemas-emasan bulan 10 insyaaAllah boleh dapat. Kali ni kita layan view autumn dulu yaa. Jom kita cuci mata dengan video dan gambar-gambar Kapten Professional kita dari Rarecation ni dulu. Lepas korang dah layan video ni jangan lupa tekan butang subscribe dan sambung cerita kami kat bawah.
Kita layan view bergambar pulak kat bawah :
Haaaaa.. Macamana pengalaman dengan Kapten Syibli dalam video di atas? Menarik bukan. Jom layan gambar pula. Untuk pengetahuan perjalan dari satu checkpoint ke satu checkpoint ada yang sampai 4-5 jam dan ada je sampai 8 jam macam seolah-olah balik kelantan dari KL. Tapi dalam sepanjang perjalanan dia punya view dia perghhh macam Swiss!! Cuma Pakistan ni kemudahan dia tidaklah macam Swiss sebab negara ni agak terkebelakang. Kalau hotel dia pun takde heater. Kena standby pemanas air ya kalau nak ikut Rarecation. Itulah dia keistimewaan negara ni. Boleh katakan tidak disentuh manusia. Remaja wanita memang susah nak jumpa sebab ibu bapa meraka jaga betul2 maklumlah lawa sangat bidadarinya. Yang lelaki kalau ke Pakistan memang confirm cair.
Berbalik kepada "Heaven" yang dinampakan dalam tajuk kita di atas boleh juga dikaitkan dengan ketenangan. Kalau dah sampai sini stress memang hilang. Tambah pulak kehadiran kita di perkampungan di Hunza seperti di atas menambahkan lagi senyuman di wajah kita. Tengok wajah anak2 syurga ini rasa sangat beruntung kerana mereka belum lagi dirosakkan dengan gadget. Semua bermain dengan alam semula jadi sebab itu lah usia 100 tahun di Pakistan masih dianggap muda. Jelas kita nampak persekitaran yang baik menjamin kesihatan yang baik.
Suasana di Altit Village. Siapa yang ke sini digalakkan bawa buah tangan sebab boleh sedeqah dekat anak2 di sini. Saranan kami hadiah dalam bentuk pensil dan alat mewarna lebih baik berbanding makanan kerana dikhuatiri sampah akan dibuang merata-rata. Boleh nak bagi coklat tapi ingatkan supaya buang sampah. Nak bagi sweet sikit suap la sikit hehe.
Ok kita layan lagi sikit view yang mengasyikkan. Kalau nak tahu route kami sebenar why not follow kami nanti! Tak rugi dan Kapten Rarecation yang bawak nanti merupakan Cikgu Fotografi tau!
You guys sendiri sebenarnya boleh definikan syurga macamana yang dimaksudkan lepas layan gambar dan video kat atas. Nak lagi? Share artikel ni dan kalau minat nak bersama kami klik je link kat bawah ni.