Orang akan cakap "bumi Mekah" ni lain. Part of it, betul. Mekah ni penuh dengan rahmat Allah. Tapi sebab lain adalah kerana KESUNGGUHAN.
Bila kita tau susu unta susah nak dapat kat Malaysia, kita ajar tekak kita untuk telan. Bila kita tau di sana makan tak boleh pilih-pilih, kalau memilih jawabnya berlapar, maka benda yang selama ni rasa kita tak boleh makan, eh tau-tau boleh je makan kat sana. Sebab kita ajar tekak untuk terima.
Sama macam nak kahwin. Rasa hantaran yang diminta tu banyak sangat tapi kalau bersungguh kumpul duit, insha Allah dapat. Betul tak?
Kesungguhan untuk mencapai maksud dan tujuan kenapa kita berusaha keras untuk sampai ke rumahNya? Itu satu misi yang wajib dizikir dan diulang-ulang dalam setiap langkah kaki kita di sana.
Tawaf sebanyaknya untuk kita pusingkan masa. Memutar kembali waktu melihat semula setiap detik dan saat kita hidup, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan fungsi diri sebagai insan yang beragama.
Umrah bukan sekadar ritual ibadah. Jauh sekali satu trip melancong ke bumi Mekah. Sekadar berjalan mengililingi kota Haramain. Sebaliknya ia adalah misi peribadi. Sebab itu jangan kita terikut dengan langkah orang lain.
Ada yang datang mungkin sebab suami, boleh jadi kerana temankan ibubapa, atau dah janji nak honeymoon di Mekah. Semua itu alasan pertama. Tapi bila dah jejak kaki di Tanah Haram, niat kita mungkin berubah. Kerana kefahaman agama disuntik untuk kita kembali mengenal Allah. Berbalik kepada KESUNGGUHAN.
Allah tidak pernah main-main dalam setiap urusan penciptaan insan. Maka atas kesungguhan kitalah mencari redha Allah, melalui perjalanan spiritual ke rumahNya.
Beruntunglah mereka yang bersungguh-sungguh mencari RAHMATNYA (ilmu) melalui perantaraan Kitab dan Sunnah baginda. Kerana yang akan membawa kita ke syurga bukan kerana banyaknya amal kita, tetapi kerana kasih sayang Allah ke atas kita.
Semoga kebaikan saja yang mengiringi kepulangan kita dan kebaikan yang akan kita teruskan bila kembali ke rumah masing-masing. Sesuai dengan doa sepanjang kita bertawaf:
"رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وأدخلنا الجنة مع الأبرار"
"Ya Rabb kami, datangkan kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat kebaikan. Dan jauhkan kami dari azab neraka dan masukkan kami ke dalam Syurga bersama orang-orang yang berbuat kebajikan".
Semoga kita pulang menjadi golongan al-Abrar (الأبرار) - yang berbuat kebajikan dan kebaktian dengan mendapat Umrah yang Mabrur (مبرور).
Sila hubungi Sufian (+6591889096) untuk mendaftar.
Salam.
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare.