Normalisasi Lelaki Lembut Kebangsaan

Normalisasi Lelaki Lembut Kebangsaan

Berbelah bahagi nak komen atau tidak isu tular sehari dua ini. Aksi seorang usahawan kosmetik dengan muzik video lagu rayanya yang mendapat kecaman masyakarat. Ini pandangan saya

1. Mengenali Alif Syukri sebagai salah seorang pelanggan kami di Rarecation, kami kenal hampir setiap pagi dia akan tanya team "Nak viralkan apa hari ini?". Ingat yang viral dia makan di kaki lima di Eropah? Kami sebagai syarikat yang bawa beliau dan keluarga pula dikecam kerana tidak pandai mengatur. Padahal, boleh sahaja makan di meja dan bangku di taman-taman botani yang cantik. Tapi dia tak mahu, tak viral nanti kan. Kesimpulan, beliau memang menunggang viral untuk self-branding. Beliau percaya "Kecaman salah satu cara pemasaran berkesan dan percuma, yang perlu dibayar hanya dengan harga diri".

2. Stop making stupid people famous? Setuju. Tapi kalau semua yang bijak berdiam, yang tak bijak jadi raja. Kali ini saya kena bersuara juga kerana video muzik itu mencolok mata dengan pemaparan lelaki-lelaki tulin yang lembut menjadi latar tari penyeri atau penggeli video muzik ini. 

3. Adanya Muhammad Sajad, Shafie Alias dan ramai lagi karakter lelaki lembut yang dibiarkan sehingga menjadi pondan akhirnya. Dulu kalau mereka ni satu asrama dengan saya, memang lelaki lembut ni akan dikeraskan. Caranya bagaimana? Kau ejek, kau mentalkan mereka sehingga mereka keras dan menjantan. Kalau jenis-jenis jantan aw aw ni semua sama ada tak tahan dan tukar sekolah, ataupun jadi keras secara permanent. Maaf ye, Allah tak pernah silap buat manusia. Maka, alasan "I ni wanita yang trap dalam body lelaki", itu semua statement minta makan kasut. 

4. This is totally marketing -- Dah tahu pun, cuma ini komen umum juga dari sudut pandang seorang usahawan yang telah membangunkan beberapa jenama seperti Rarecation, RareTV, WERDA, SARC Menswear, Projek Pelangi, Saiful Nang Academy, CandidSyndrome dan banyak lagi sebelum ini tanpa menggunakan teknik pemasaran viral yang jijik. Saya selalu bagitahu pada staff perkara berikut

  • Bisnes bukan untuk duit, kalau sekadar duit, kita cukup bijak untuk jadi macam Pablo Escobar kalau setakat nak buat duit. Bisnes untuk beri kebaikan pada golongan sasaran. Dari kebaikan itu, kita juga mendapat kebaikan yang dipanggil "keuntungan". 
  • Keuntungan bukan sahaja wang ringgit, tetapi kepandaian, pengalaman dan ilmu dalam kelecek bisnes yang meletak kita sebagai problem solver. Ada semua ni, duit tu datang sendiri. 
  • Marketing boleh guna cara apapun, tapi biar berakhlak. Tak guna sales berjuta tapi jenis bayar orang dengan freebies untuk beratur keliling bangunan supaya nampak macam laku keras. 
  • Dalam bisnes, jangan menipu sekalipun atas nama "marketing". Menipu yang kadang-kadang orang tak perasan, stok ada 50 juta helai lagi tapi iklan cakap macam "Tinggal 500 helai terakhir". Esok umum SOLD OUT "Sorry guys dan sold out". Lusa keluar statement "Kami akan restock semula bla bla bla". Kau boleh tipu orang, tapi kau tahu kau menipu. Halal ke?

5. Sudah-sudahlah pandang lelaki lembut itu satu kefitrahan. Kalau duduk 1 asrama dengan saya dulu, akhirnya mana ada yang lembut? Semua boleh sahaja jadi keras. Golongan seperti Sajad, Shafie Alias semua dibela oleh persepsi kita yang rasa semua itu OK JER...ASALKAN SOLAT TAK TINGGAL.  Nn fact macam Alif Syukri sendiri juga dalam kategori lelaki lembut juga walaupun berkahwin dan beranak pinak tapi dia dalam penampilan lembut. Ada beza lemah lembut dan lemah gemalai. Spesis ini ramai, dan honestly perempuan paling selesa dengan golongan ini. Kononnya, mereka ialah lelaki yang bernaluri wanita maka mereka sangat mamahami wanita. Semua itu taik kerbau semata-mata. Sebab itu, golongan lelaki lembut ini terasa mereka diterima masyarakat. Mula-mula jadi lembut dengan dada datar, jual barang kosmetik laku keras ada duit boleh operate pasang dada bergunung ganang kemudian menggeletis dalam Tiktok dan IG tayang aset pelsu yang baru tampal. Netizen pula sorak dan tepuk tangan. Yang jantan siap cetak gambar pin up letak dalam tandas. Bila Shafie haritu kena kecam, tak tahan juga baca pembela jantan ayu ini dengan kata-kata 

"Jangan judge orang, korang kutuk-kutuk bertambah lagi pahala dia nanti dia masuk syurga korang tengah merangkak kat padang masyar cari dia utk minta maaf". 

Hellowww, kau kalau kat depan aku dah aku tempeleng pakai lutut. Agak-agaklah, kalau nak solat pun dah keliru nak pakai telekung atau nak pakai pelikat, kau rasa Allah ok ke macam tu? Benda asas perintah Allah untuk fitrah pun kita tak buat, kita masih layak ke menerima kasih Allah?

Mereka ada kerana kita beri galakan. 
Mereka jual barang, LAKU
Mereka buat music video, VIRAL
Mereka buat cerita kesian, SOKONG.

 

Bila nak habis?

Kalau ada yang kata, biarlah dia kubur dia, jaga lah kubur kita sendiri. Ni satu lagi gedombol minta ditempelek kuat-kuat sampai bergetar ubun-ubun. Kalau mereka dan keturunan mereka jadi lelaku lembut, anak kita ni pun akan sezaman dengan anak-anak mereka juga. Pengaruh buruk tu akan pergi merata juga sampai ke anak-anak kita sendiri nanti. Of course kita dah didik anak kita jangan jadi jantan lembut, tapi menghentikan asakan pengaruh negatif yang dilihat normal ini juga satu usaha. 

Semoga satu hari nanti, Malaysia akan konsisten mengecam dan memboikot golongan lelaki lembut. Dulu masa saya jadi jurugambar orang kahwin, 80% rasanya jurusolek ni lelaki lembut. Bila ditanya pelanggan, rata-rata jawab kerana lelaki lembut tahu apa yang kecantikan yang disukai oleh lelaki. Itu yang mekap jadi cantik. Dalam kes-kes tertentu juga pernah masuk news, pengantin dirogol oleh jurusolek lelaki lembut ini. Kesian suami dapat baki-baki. Mak Andam datang kelelakian semasa menyolek. Tu lah, kau yakin sangat golongan jantan ayu ini tidak boleh terereksi dan berejakulasi. Maka, saya sarankan...ban sahaja golongan ini.

Lelaki lembut ini tak akan mati kalau satu negara ban mereka, perniagaan mereka, karakter mereka. Malah, bila sana sini tak terima kelembutan jantan ini, mereka akhirnya boleh sahaja jadi jantan sejati. 

Hari ini ramai gadis tak kahwin sampai ke tua kerana kurangnya lelaki walaupun statistik menunjukkan lelaki lebih ramai dari wanita. Namun kalau dah tolak lelaki yang jahat, gamers yg lupa diri, kaki judi, yang dalam penjara, penagih dadah dan lelaki yang lembut, sebab itu tak cukup lelaki nak membela nasib gadis-gadis. Itu tak masuk lagi yang badan cantik, perut berkotak enam, muka kacak tetapi rupanya bercitarasa songsang (gay).

Instead of stop making stupid people famous, let start not making lelaki lembut acceptable in the community. InsyaAllah, statistik lelaki sejati kebangsaan akan meningkat mendadak selepas ini. 

SAIFUL NANG 
Lelaki Sajati

Notakaki : Sila sebarkan sebagai tanda solidariti menentang golongan jantan ayu (Jantayu) ini. Kalau tidak, disyaki kau adalah ahli persatuan tandapagar #sayasayangsajat

Back to blog

Featured collection

1 of 4