Camping di Pantai Tersembunyi di Port Dickson

Camping di Pantai Tersembunyi di Port Dickson

Bila ke Port Dickson, pastinya kita akan ke Teluk Kemang atau Pantai Cahaya Negeri. Kedua-dua pantai ini memang selesa kerana lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, surau dan Gazibo. Tetapi kalau ada yang nak merasa kawasan pantai yang masih cantik tidak terusik dengan pembangunan malah sebelum kami pergi tidak terjumpa di dalam Google Maps

Boleh ke pantai di dalam video ini, tapi perlu di ingat, di sini tiada air bersih, sila bawa sendiri dan paling penting sila jaga kebersihan tempat ini.

Gambar kami di sini :

Layan sunset sini best, tak ramai orang

Mengikut orang di sini beritahu, pokok-pokok di tepi pantai ini dah melebihi 100 tahun, membuatkan landskap pantai ini lebih cantik

Setiap pagi, kecuali hujung minggu akan ada pakcik ini datang untuk mengutip sampah dan membersihkan tempat ini. Ketika kami pergi memang pantai ini pun bersih, tak banyak sampah mungkin kerana kurang pengunjung. Bagi yang ke sini sila jaga kebersihan. Bawa pulang sampah anda dan buang di tempat yang sepatutnya


Jom layan pengalaman kami camping di pantai tersembunyi ini.

Back to blog

Featured collection

1 of 4