Pizza Turki terbaik ada di Trabzon
Share
Kita ni kalau kembara ke negara orang, memang wajib kena try makanan tempatan. Apatah lagi kalau tempat yang kita pergi tu memang senang cari dan senang dapat makanan halal dan toyyiban macam di Turki.
Team RARETV kami yang ke sana sempat menyelongkar khazanah kesedepan makanan Turki yang pastinya jauh beza dengan tekak Melayu kita tapi keenakkannya tetap kita boleh rasai pengalamannya.
Lepas sahaja touchdown di bumi Trabzon yang keindahannya persis gambaran syurga, team RARETV memburu Pizza Turki atau orang tempatan panggil sebagai PIDE yang cheese nya diletak tanpa bincang, memang overdose dan nikmatnya tetap terkenang-kenang walau dah balik Malaysia. Tambah pula dengan rotinya yang lembut dan gebu, sekeping confirm tak cukup!
Macam mana kami tahu tempat pizza yang sedap ni? Jom kita tengok rahsianya dalam video ni:-
Kalau perasan, team RARETV ni bila kembara mudah orang perasan sebab kami ada "uniform" khas yang hanya krew sahaja pakai. Tapi kali ini kami buka untuk tempahan kepada RAREVENGERS setia yang support contents RARETV.
Hoodies RARETV yang macam Kapten AA dan Ustaz Shauqi pakai tu boleh grab di: https://www.rarecation.com/products/hoodies-raretv-special-edition