Sebelum Pergi Ke Tanah Haram, Ramai Yang Nak Doa Banyak – Banyak. Apa Yang Kita Minta?
Share
Biasanya lepas tawaf, jemaah umrah akan cari spot depan Multazam untuk buat solat hajat. Bayangkan, masa ni la ramai yang angkat takbir sambil pandang Kaabah je dah berjurai-jurai airmata sampai ke sudah.
Masa berdoa langsung tak terkeluar suara, berdoa dalam hati je sebab menangis sangat-sangatnya. Terasa macam, ni lah kali terakhir kita jejak Masjidil Haram?
Sebut pasal doa, Abang nak share satu perkara yang sangat menginsafkan diri Abang. Betapa Allah nak bagitau yang doa kita selama ni Dia dengar. Dan cara Dia 'bagitau' tu dalam pelbagai cara, kalau kita mahu memahaminya.
Adalah normal, sebelum pergi ke Tanah Haram kita akan membayangkan di sana nanti kita nak berdoa banyak-banyak. Itu yang selalu kita harapkan. Ramai yang minta Allah tunjukkan kalau apa yang kita buat sekarang (kerjaya) baik untuk dunia dan akhirat, permudahkan. Ini yang biasa kita doakan.
Tapi sepanjang kat sana, walaupun Abang membacakan doa kiriman ramai orang yang antaranya minta dimurahkan rezeki, minta dinaikkan pangkat, minta diluluskan bantuan kewangan, minta dipermudahkan jodoh dan blablabla..
Tak tau lah kenapa macam tak terbuka mulut Abang nak doakan benda yang sama untuk diri sendiri. Selalunya langsung tak minta apa yang Abang dah plan nak minta.
Kat sana, setiap kali Abang berdoa entah kenapa mulut ni terlalu lancar minta supaya diberikan kepekaan dan kefahaman untuk menangkap hikmah yang tersembunyi di dalam Al-Quran. Abang rasa macam itu jauh lebih penting. Abang harap itu yang betul.
Sebab Abang sentiasa ingat doa yang Rasullullah bacakan kepada Ibnu Abbas ketika baginda mentahniknya.
اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّين ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيل
Ya Allah, Fahamkanlah dia (Ibnu Abbas) dengan agama dan ajarkan kepadanya dalam urusan takwil.
Dan sungguh..
Selama di Baitullah, tiada doa khusus melainkan inilah yang sentiasa Abang seru pada diri sendiri dan harapan yang Abang minta setiap kali berdoa di dalam tawaf mahupun selepas usai solat di depan Kaabah.
Dapatkan pewangi kereta Uzungol Garden dari RareTV x Keef & Nish. Hanya RM10 sahaja dan boleh beli di Shopee.
Faqih di dalam agama adalah perkara penting untuk kita sebagai individu yang mengaku Islam tahu dan faham. Melihat dunia hari ini, kita ni asyik dok berbalah dan berpecah belah kerana tidak memahami apa kehendak agama. Masing-masing pakat nak tegakkan kehendak peribadi, pandangan dan kecenderungan sendiri. Sampai menolak hujah Allah dan kehendak sebenar agama.
Nak faham agama, Allah berikan manual. Kitab yang dah tersedia 6236 ayat berupa petunjuk agama. Bagaimana kita nak hidup sebagai seorang Islam yang beriman. Percaya dan yakin dengan setiap kejadian di dunia ini penuh dengan HIKMAH yang Allah telah sediakan kepada ULUL ALBAB.
Nak jadi golongan ulul albab inilah impian setiap orang yang berusaha mempelajari dan mengkaji Al-Quran. Kerana takwil itu hanya mampu dicapai oleh orang yang diberikan kefahaman dan ilmu yang sangat mahal dari sisi Allah.
Faham Al-Quran, kita akan faham segalanya. Dari tujuan hidup kita, visi dan misi penciptaan kita sebagai hamba Allah sehingga fungsi diri dalam meneruskan legasi ummat dari Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad saw.
Masa ni, kau akan faham maksud pepatah “kejar akhirat, dunia mengikut”.
مَنْ كانت الدنيا هَمَّهُ فَرَّق الله عليه أمرَهُ وجَعَلَ فَقْرَهُ بين عينيه ولم يَأْتِه من الدنيا إلا ما كُتِبَ له، ومن كانت الآخرةُ نِيَّتَهُ جَمَعَ اللهُ له أَمْرَهُ وجَعَلَ غِناه في قَلْبِه وأَتَتْهُ الدنيا وهِيَ راغِمَةٌ
“Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan/tidak pernah merasa cukup di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya)“
Hadis ni dulu Abang dok baca masa zaman belajar di universiti dulu. Berusaha nak capai apa yang Nabi sampaikan. Tapi susah nak aplikasi dalam hidup. Sebab apa?
Rupanya kerana masa belajar dulu dok sibuk mengejar sijil dan ijazah demi memenuhi urusan dunia. Sampai alpa nak jadi ‘pemelihara’ agamaNya.
Betul. Memang mengaji dan belajar bab agama, tapi waktu itu masa depan di alam pekerjaan yang menjadi taruhan. Yang dikejar adalah impian. Kau dah bayangkan pangkat, rumah, harta, wanita, nak kahwin, nak bercuti dan segala keindahan dunia dah pun menempel dalam perancangan hidup. Sebab itulah yang dunia mahu kau angan-angankan.
Mudah betul kena tipu dengan nafsu. Akulah tu. Sedih betul kalau ingat balik zaman-zaman gelap dulu.
Baik, sambung cerita di Mekah. Terima kasih kerana fokus membaca sampai ke sini.
Satu hari tu masa Abang qiamullail, Abang stop kejap nak check henpon. Sekali tangan Abang tertekan koleksi Hadis dan terbukak hadis sahih ni :
"Tidak beriman salah seorang dari kalian hingga dia beriman kepada qadar baik dan buruknya dari Allah, dan hingga yakin bahawa apa yang menimpanya tidak akan luput darinya, dan apa yang luput darinya tidak akan menimpanya."
Hadis ni macam beri jawapan kenapa kat sana Abang asyik minta diberikan ilmu dan kefahaman untuk membaca hikmah.
Seolah-olah Allah nak bagitau, sebelum kau minta macam-macam tentang duniawi, kau kena tau baca hikmah dulu. Itulah yang Allah sebut dalam Quran,
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنْزَلَ التَّوْرٰىةَ وَالْإِنْجِيلَ
"Dia menurunkan Kitab kepadamu yang mengandung kebenaran, membenarkan (kitab-kitab) sebelumnya, dan menurunkan Taurat dan Injil,"
مِنْ قَبْلُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ ۗ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِئَايٰتِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ
"SEBELUMNYA, SEBAGAI PETUNJUK BAGI MANUSIA, dan Dia menurunkan AL-FURQON. Sungguh, orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh azab yang berat. Allah Maha Perkasa lagi mempunyai hukuman." [Ali 'Imran 3-4]
Allahu.. dah jelas, terang lagi bersuluh. Yang kita TAK FAHAM sekarang ini adalah PETUNJUK Allah berupa kefahaman Al-Quran, bagaimana nak menyatukan setiap strategi agama di dalam Kitab untuk digunapakai dalam kehidupan harian.
Kita tak ada yang itu. Kita cuma baca semberono. Membaca hanya untuk pahala. Berpura-pura hidup beragama, sedangkan manual kehidupan kita satu pun kita tak jelas.
Kau lebih kenal buku manual di tempat kerja berbanding Al-Quran yang kau mengaku KITAB YANG WAJIB KAU BERIMAN. Tapi hakikatnya kau tak faham apa pun isi kandungannya.
Dapatkan merchandise RARETV di sini. Semua hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).
Macam mana nak tenang dalam hidup. Nak rasa cukup. Nak rasa syukur dengan nikmat Allah, puas dengan rezekinya walau sedikit sebab kita sentiasa rakus dengan dunia yang tak pernah habis menyuruh kita mengejar segala isi perutnya.
Dan kerana tak pandai membaca HIKMAH DAN HIDAYAHNYA hidup kita sentiasa dalam keadaan kusut.
Kalau kita tau baca hikmah, hati akan penuh dengan rasa syukur lantas hidup jadi sangat tenang.
Serius, kau duduklah dalam jutaan ummat di depan Baitullah tu, kau tahu apa kau buat, apa kau minta dan apa yang kau nak kena buat bila kembali semula ke Tanah Air.
Dan bila hidup tenang, insha Allah segala apa yang kita nak tentang urusan dunia akan dapat.
Abang doakan semoga kita semua akan dijemput Allah satu hari nanti ke Tanah Suci Mekah. Jika bukan sekarang, pastinya bila kita sudah bersedia untuk mencari redha Allah di rumahNya.
Dah ready nanti boleh cari Aziq, +6019-5588930. Untuk dapatkan itinerary penuh sila klik di sini. Kita pergi umrah sama-sama Ogos dan akhir tahun ni. Boleh kita bertalaqqi mendalami dan memahami ilmu yang Allah rezekikan melalui Kitab dan Sunnah baginda.
Mutawif Rare, Shauqi Hasan