“Yg mana pilihan anda? Masuk Madinah dulu atau masuk Mekah dulu.” Satu posting yang membuatkan Abang berhenti scroll FB dan terus baca komen-komennya. Panjang hujah dan pandangan masing-masing. Ada setuju dan tidak, ada yang tak kisah.
Abang sambung baca lagi. Korang pun kena sambung baca sampai habis. Ada benda besar Abang nak share tentang umrah.
“Assalamualaikum.. Boleh cadangkan TA yang ok, harga pun tak kayangan sangat. Dan mutawif yang bagus..”
Ini menarik. Selalunya jemaah akan cuba buat pilihan terbaik demi memastikan umrahnya adalah yang paling terbaik. Nak yang terbaik tapi nak juga yang murah. Itu biasa. Tak apa, Abang tak komen panjang. Abang jelaskan di akhir nanti. Siapa skip dia rugi. Abang terus scroll lagi. Sampai jumpa posting di bawah.
“Pengalaman saya umrah 2017, masa tu memang “0” tentang umrah, maklumlah first time. Tak tau nama-nama hotel Mekah dan Madinah, jarak hotel mekah, mutawif bagus ke tak. Tak pernah siasat. Tak tau ada makan ke tak. Kapal terbng ape pun tak tau.
“Agen suruh bayar booking.. kita bayar., suruh buat pasport kite buat, suruh kursus kite pergi. Saya folow the flow. yang saya ingat nak buat ibadah umrah.”
Begitulah sedikit sebanyak kisah dan pengalaman dalam dunia umrah. Bagi yang dah pernah menjadi tetamu Allah pasti banyak yang boleh dikongsikan. Bagi yang belum pernah sampai, pasti berkira-kira dan mencari-mencari kayu ukur untuk dapatkan mutu dan kualiti terbaik sepanjang berada di sana.
Bagi Abang begini. Tak kisahlah pakej itu mahal atau murah, mutawifnya hebat macam mana sekalipun hujungnya ia kembali semula kepada KEMAHUAN ANDA SENDIRI SEBAGAI JEMAAH.
Soal penginapan dekat atau jauh, makan 3 kali sehari atau tidak itu semua keselesaan yang boleh dibeli dan dibayar mengikut kemampuan. Ada duit lebih, cari yang selesa. Tak ada bajet, berjimat.
Tapi KEMAHUAN YANG KUAT kepada taqwim program ilmu, pengisian dan pendidikan maqasid umrah adalah ukuran kejayaan kita di sana nanti. Hasilnya adalah ISLAH DAN ISTIQOMAH, bukan di Tanah Suci tetapi di Tanah Air. Di Baitullah, anda adalah SIAPA ANDA DI SISI ALLAH. Bukan dinilai pada pandangan manusia lagi.
Kalau malas beribadah, mutawif tak mampu nak rajinkan kalian. Kalau tak suka majlis ilmu, mutawif tak akan pujuk dan tarik sampai ke masjid. Kalau tak minat bersilaturrahim, lebih suka buat hal sendiri, kejar pahala sorang-sorang - ikutlah, buatlah. Mutawif tak akan halang. Tapi AMANAH bagi seorang mutawif adalah untuk memastikan Al-Quran dibacakan dengan jelas, disampaikan beserta kefahaman dan jemaah TAHU setiap langkah kalian di bumi Mekah dan Madinah adalah satu perintah yang WAJIB DIFAHAMI MAQASID DAN MANASIKNYA.
Setiap sirah dipadankan dengan dalil dari Quran. Kerana di sana IQRA’ diturunkan agar jemaah MENGKAJI bukan sekadar MEMBACA. Terlalu banyak yang mahu disampaikan dalam masa 12 hari 10 malam untuk jemaah YAKINI DAN IMANI KENAPA KITA DILAHIRKAN ISLAM DAN DIPERINTAHKAN UNTUK ZIARAH KE MASJIDILHARAM.
Untuk Abang, inilah misi yang digalang. Umrah yang mabrur adalah bergantung pada KEKUATAN KEMAHUAN DAN KESEDARAN DIRI jemaah sendiri. Datang dengan keikhlasan untuk mengubah diri (islah) menjadi INSAN BARU SELARI DENGAN KEHENDAK ALLAH melalui tarbiyah Kitab dan Sunnah.
Segala ilmu dan pendidikan di Tanah Haram nanti adakah akan diteruskan di dalam rumahtangga kita? Atau hanya semangat ketika di depan Kabah? Bila hilang Baitullah hilanglah Allah. Kita kembali kepada kehidupan asal, lemah dan lalai dalam urusan agama dan ibadah. Dunia dan nafsu menguasai hidup sampai lupa segala yang dikutip di Tanah Haram.
Sebab itu, memang penting segala apa yang dirungut dan dirungsing para jemaah berkenaan hal pakej dan mutawif.
Tapi hakikatnya carilah yang benar-benar IKHLAS MAHU MENDIDIK JEMAAH KEMBALI KEPADA KEFAHAMAN ILMU DARI KITAB DAN SUNNAH yang sebenar. Bukan ikut-ikutan, bersangka-sangka dan asal sampai ke Haramain. Jauh pula dari FITNAH menjadikan umrah dan haji hanya satu perniagaan dan pelancongan.
Apa pandangan kalian?
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare. (Sambung baca komen) terima kasih kerana share.