Sejarah Sebenar Saqifah Bani Saidah Yang Ramai Tak Tahu

Sejarah Sebenar Saqifah Bani Saidah Yang Ramai Tak Tahu

Ini Saqifah Bani Saidah. Ia adalah sebuah tempat yang sekarang dijadikan sebuah taman. Asalnya rumah kepada keluarga Bani Saidah yang dibina dengan pelepah tamar dan lumpur batu.

Waktu ziarah, kebanyakan jemaah dibawa melawat ke lokasi ini. Jika disampaikan kisah sejarahnya, pastikan balik nanti kita terus mengkaji dengan lebih mendalam kerana ada satu peristiwa penting dalam lipatan sejarah jatuh dan bangun agama Islam.

Di sinilah tempat pertemuan Abu Bakar, Umar dan Uthman selepas Rasulullah wafat. Mereka bertiga di sini berbincang tentang di mana nak kebumikan Rasulullah, dan bincang siapa yang akan menggantikan Rasulullah sebagai Khalifah. Campur tangan daripada Ansar, Muhajirin, Aus dan Khazraj memburukkan lagi keadaan.

Dan di sinilah Abu Bakar bagitau sahabat-sahabat dan pengikut yang lain hanya dia saja yang tau perkara ini, orang lain tak tau.

Yang mana Rasulullah saw bagitau dia, seorang Nabi akan dikebumikan di tempat dia wafat. Jadi sebab itulah Rasulullah saw dikebumikan di bilik Aisyah sebab Baginda meninggal di dalam ruangan bilik Aisyah.

Kerana itu setelah Rasulullah dimakamkan pun Aisyah tetap tinggal di situ, sebab itu memang rumah dia. Dan ayah dia (Abu Bakar) pesan kalau dia meninggal nanti, dia pun nak dikebumikan sebelah Rasulullah.

Setelah Abu Bakar meninggal, Aisyah tinggal dengan 2 makam dalam rumahnya. Lepas Umar meninggal dan Umar minta (sebelum dia meninggal) untuk dimakamkan sekali dengan Rasulullah, barulah Aisyah keluar tinggal rumah lain sebab dia taknak buka aurat dia. Padahal Umar tu dah meninggal dunia, dia tetap taknak bukak aurat dia 'depan' Umar.

Hari ini antara sebab orang Syiah bengang dan marah pada sahabat adalah kerana isu yang timbul kat Saqifah ini lah. Pandangan mereka mengatakan perlantikkan Abu Bakar sebagai Khalifah pertama tu tak sah sebab masa mereka berbincang tu Ali tak ada.

Sedangkan Ali tau sahabat-sahabat nak berbincang tapi dia yang taknak join kerana dia berada di rumah uruskan jenazah bapak mertua dia (Rasulullah saw). Dari sini, panjang lagi ceritanya, kena cerita sampai habis kisah yang berlaku sehingga Fatimah wafat, berlakunya perang ke atas orang yang tidak mahu membayar zakat kepada Abu Bakar dan timbulnya perpecahan di kalangan para sahabat.

Ada yang merajuk, membawa diri seperti Salman Al-Farisi, Abu Dzar Al-Ghifari, Bilal Bin Rabah, Ibnu Mas’ud dan ramai lagi yang tidak bersetuju dengan segala isu politik di Madinah. Sebahagiannya membawa diri ke Kufah dan membangunkan institusi pendidikan Al-Quran yang Nabi tinggalkan. Mereka adalah di kalangan sahabat yang dulunya adalah Ahli Suffah, yang tinggal di pangkin rumah Nabi.

Dan dikatakan dalam riwayat, dalam kawasan makam Nabi tu ada masih ada satu makam kosong. Sebelum Saiyidina Uthman meninggal, dia kata dia nak berada berhampiran makam Rasulullah (setelah wafat nanti), tapi dia tau tempat itu (makam) tak layak untuk dia. Kenapa tak layak?

Ini kena cerita dalam sesi Kuliah Dhuha dan Table Talk umrah bersama Rarecation. Baru syok.

Berdepan dan bertalaqqi, kita diskusi sejarah dan sirah yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah dan bagaimana politik para sahabat sehingga membentuk ‘pelbagai fahaman agama’ yang kita WARISI hari ini.

Gais, bila datang berziarah ke Madinah jangan hanya fokus pada Raudah dan Makam Rasulullah sahaja.

Kajilah sirah dan sejarah SEBENAR yang berlaku di dalam kehidupan Nabi saw. Melihat semua itu dengan pandangan ‘lebah dan burung’.

Fahamkan.

Ada mesej yang Rasulullah tinggalkan.

Bumi yang kita pijak ini adalah tanah yang sama yang Rasulullah berjalan. Tempat yang sama wahyu diturunkan, memimpin Nabi dalam menegakkan agama Islam dengan “blood, sweat and tears”.

Air mata dan darah Nabi pernah tumpah di sini selama memperjuangkan nasib Kitab dan Sunnah untuk ditinggalkan sebagai WASIAT kepada kita.

Jangan sia-siakan peluang hadir ke bumi Madinah ini bila kita hanya pulang dengan angan-angan. Ambil peluang, kaji dan gali sehingga kita jelas setiap sirah dan sejarah yang berlaku untuk kita mengutip segala IBRAH DAN PERINGATAN DIJADIKAN ZIKIR DAN STRATEGI UNTUK DIGUNAKAN DI ZAMAN KITA PULA.

Nak tahu penuh sejarah ini? Jom hubungi Sufian (+6591889096) untuk mendaftar.

View pakej umrah kami di https://www.rarecation.com/products/umrah-jejak-rasul

Salam Jumaat,

.

.

Shauqi Hasan

Mutawif Rare

Back to blog

Featured collection

1 of 4