Sistem Pendidikan Terbaik Dunia Di Israel Tapi Ikut Quran?
Share
Semasa kami melangkah masuk ke Kibutz di Israel, kelihatan mereka seperti terkejut kerana kunjungan wajah kulit ciku sawo matang yang janggal dilihat. Sambil melemparkan senyuman tetap juga mereka ucapkan selamat datang ke Kibbutz. Bila dinyatakan kami dari Malaysia, tiba-tiba wajah mereka berubah dari janggal kepada kagum. Katanya "Kami tidak menyangka dikunjungi oleh pengunjung dari Malaysia". Rupanya, sepanjang sejarah mereka dari 1909 kami antara beberapa kumpulan dari Malaysia yang datang ke Kibbutz. Beliau sendiri lupa bila yang terakhir.
Segerombolan kami menuruni bas dan melihat di celahan ladang anak-anak kecil berumur 2 tahun sudah di bawa bekerja bersama rakan-rakan seumurnya menghangkat batu-batu kecil. Comel tapi kasihan juga, kecil-kecil dah bekerja seperti hamba. Rupanya, itulah satu sistem pendidikan yang mereka bina semenjak anak belum lahir lagi. Setelah mampu berdiri sendiri sudah diajar bekerja. Katanya, supaya bangsa Israel menjadi bangsa yang rajin bekerja dan menjadi canggung untuk duduk-duduk menghisap ganja dan berliburan tanpa tujuan selain menghabiskan harta mak abah.
Boleh tengok video kami ke Kibbutz di sini:
Kami lebih memahami konsep ini kerana di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), kami mengikuti model Rasulullah S.A.W yang bermula dari rumah Arqam bin Abi Arqam (bukan gerakan Arqam) sehinggalah komuniti Islam di Madinah sebelum berkembang di seluruh sudut alam besar ini. Di RPWP, semua di atas berlaku kecuali di Kibbutz mereka tidak tekankan akhlak dalam hubungan sesama manusia. Seks bebas adalah perkara biasa di Kibbutz yang penting anak tidak digugurkan. Anak menjadi aset Kibbutz tanpa mengira status anak itu haram ataupun halal.
Sebab itu bila orang ke Baitulmaqdis hanya 3 hari sahaja sebelum pergi mengerjakan umrah, pada Rarecation ada banyak perkara tidak dapat kita pelajari dari sejarah di sekitar Baitulmaqdis itu sendiri dan bagaimana kepintaran orang Yahudi ini terbina secara sistemik dalam Kibbutz. Satu minggu kami di sana, penuh explorasi untuk mereka yang mahu buka mata menjadi ibu bapa dan anak-anak yang hebat. Sebab itu kami boleh sampai ke Kibbutz di mana tiada trip dari Malaysia yang ke sana. Kami juga sempat melihat artifak dan kesan sejarah SEMUA NABI-NABI ada di Jurusalem. Kami juga sempat tahu kenapa Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W bersabda jika dapat kuasai Jurusalem, kita dapat kuasai dunia. Ada sebab besar untuk kami tunjuk sendiri depan anda semua.Â
Jika anda ingin menjejakkan kaki ke Baitulmaqdis, kami akan ke sana pada Oktober ini. Jika berminat boleh lihat itinerary penuh di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.