Arab Saudi telah bersedia untuk menerima jemaah Haji setelah dua tahun tertangguh akibat penularan wabak Covid-19. Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.
Menurut menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad, bagi tahun 2022, Arab Saudi hanya membenarkan satu juta jemaah haji dari seluruh dunia dengan 85 peratus adalah jemaah luar iaitu lebih tinggi daripada tahun 2019 dengan jemaah luar hanya dibenarkan 75 peratus sahaja.
Tabung Haji (TH) kini sedang giat membuat persiapan akhir untuk membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik COVID-19.
Jemaah diminta membuat persediaan sewajarnya dari segi ilmu, kesihatan, rohani, jasmani dan kewangan serta bersedia dengan dokumen berkaitan termasuk pasport dan perlu mengambil suntikan wajib Meningococcal serta vaksin COVID-19.
Dapatkan merchandise RARETV di sini. Seluruh keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).
Untuk mengambil kira situasi ancaman COVID-19 serta peralatan dan petugas Haji yang terhad, syarat kesihatan untuk layak pergi haji bertambah ketat. Kesemua syarat yang ditetapkan bertujuan demi memastikan kesihatan dan keselamatan kesemua jemaah haji dari seluruh dunia.
Antara syarat yang dikenakan ke atas jemaah haji tahun ini ialah:
- Mesti berusia 65 tahun ke bawah
- Tidak mempunyai penyakit kronik
- Mempunyai sijil vaksinasi COVID-19
- Perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam dari masa berlepas
Antara syarat yang menjadi sebab seseorang itu tidak layak pergi haji:
- Obesiti BMI 40 dan ke atas (automatik tidak layak)
- Obesiti BMI 35-40 dan mempunyai 1 penyakit kronik seperti DM/hypertension
- Pesakit DM dengan bacaan Hba1c 8.0% ke atas
- Perokok dengan penyakit paru-paru kronik (COPD) walaupun tahap ringan
Dapatkan car freshener limited edition kami, RM10 sahaja. Boleh dapatkan di Shopee.
Jadi untuk anda yang merancang untuk melakukan haji beberapa tahun akan datang, anda dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan di klinik berdekatan. Amalkan juga gaya hidup sihat. Turun berat badan dengan jaga makan dan bersenam secara teratur (untuk berat badan berlebihan/obese). Bagi yang merokok, cuba sebaik mungkin untuk berhenti merokok.
Untuk maklumat lanjut, bakal haji boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1443H/2022M melalui pautan ini.
Bagi yang tidak dapat untuk menunaikan haji pada tahun ini, jangan sedih. InsyaAllah anda akan dijemput tahun akan datang. Jika mencari pakej umrah, anda boleh lihat pakej umrah kami di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.