Teknik Khatam Quran di Tanah Suci Mekah & Madinah Semasa Buat Umrah

Teknik Khatam Quran di Tanah Suci Mekah & Madinah Semasa Buat Umrah

Antara impian para Durufurrahman ialah nak selesai khatamkan Al-Quran di Tanah Suci Mekah dan Madinah. 10 hari rupanya tak mustahil. 

Khatam di sini hanyalah proses membaca Quran dalam bahasa Arab sahaja tanpa mendalami makna dan kefahamannya dengan strategi tadabbur dan tabayyun. Pastinya kalau nak IQRA' Kita Allah itu menuntut disiplin yang lebih tinggi. Tu cerita lain.

Sepanjang proses nak cuba khatamkan Quran di sana, Abang belajar banyak benda. 

Pertama, kalau kita ikhlas buat sesuatu, kita takkan merungut. Untuk membolehkan Abang khatam di sana, Abang kena korbankan waktu rehat and waktu tidur. Bila jadi mutawif, masa lebih banyak dengan jemaah, mengurus aktiviti dan merangka program sepanjang di Haramain.

Kita belajar bahawai kalau kita nak buat sesuatu, kurang tidur pun tak kisah. Janji misi kita tercapai. Orang lain sedap tidur, kita bangun 2.30 pagi, sebab nak masuk masjid supaya boleh baca Quran dengan tenang (tak ganggu orang tidur dengan suara kita).

Dah la kat Madianah waktu malam sejuk, memang dugaan. 

Kedua, belajar istiqomah. 

Apa saja yang dibuat secara rutin pasti tercapai.

Pagi bangun 2.30 pagi, pergi masjid, solat dan bacaan sampai ke Subuh. Lepas Subuh sementara nak tunggu Isyraq, sambung lagi bacaan. Balik hotel sekejap, dalam pukul 7 Abang dah ada program Kuliah Dhuha dengan jemaah, selesai program biasanya masuk masjid sementara tunggu Zuhur sambung baca.

************************************************************************************

PAKEJ UMRAH RARECATION 2022
 

31 Ogos - 11 September 2022
30 November - 11 December 2022
20 December - 31 December 2022

Bilik berempat: RM 8,490 per pax 
Bilik bertiga: RM 8,990 per pax
Bilik berdua: RM 9,550 per pax 
Kanak-kanak (7-11 tahun): RM 8,290 per pax
Kanak-kanak (2-6 tahun): RM 7,740 per pax

Boleh klik di LINK INI untuk dapatkan info lanjut mengenai pakej Umrah kami.
************************************************************************************

Bagi jemaah Rarecation Umrah, aktiviti biasanya padat. Kena bijak mencuri peluang untuk khatam Quran. Kalau free boleh buat macam ni. 

Lepas Zuhur balik kejap lunch and rest, 3.00 petang pergi masjid balik, sambung baca sampai Asar. Lepas Asar straight sampai Isyak lepak masjid. Lagi panjang masa untuk membaca. Buat sepanjang 10 hari, pasti dapat khatam satu kali kat sana. Kalau jemaah tak banyak aktiviti; yakinkan diri, mesti boleh capai target tu.

 

Ketiga, betapa kalau kita duduk di persekitaran yang baik akan membawa kita ke arah yang lebih baik. 

Maaf cakap, tapi sejak Abang bertamu sebagai Mutawif dari tahun 2016 jika ada peluang masuk Masjid seorang diri jarang Abang duduk sekelompok dengan orang-orang kita, 

Atau tepatnya Abang elakkan dari duduk dengan orang yang boleh berbahasan Melayu. 

Sebab ikut pemerhatian Abang, kebanyakkan yang duduk bersama-sama dengan kelompok yang sama lebih cenderung untuk bersembang. Dan tau-tau je la bila dah bersembang, kadang kita tak perasan kita tengah bualkan tentang orang lain. Dan memandangkan Abang ada misi nak khatamkan Quran, Abang sengaja duduk di kelompok Arab supaya dia tak bersembang dengan kita sangat. Kalau berbasi-basa tu adalah tapi tidaklah sehingga hilang fokus asal.  

Di sana, aura positif tu terlalu banyak. 

Kalau dah namanya habiskan masa dalam masjid, dah tentu kita terdoroang untuk buat solat, mengaji, solat, mengaji, zikir. Tambahan kalau Abang dah mula mengkaji sesuatu ayat tu, boleh lost in space. 

Selalunya banyak ilham Allah rezekikan untuk lebih memahami ayat mutasyabihat dan muhkamat berdasarkan asbab bila menggali dan mengkaji dalam suasanan yang tenang.

Buatkan Abang sedar kalau kita nak berubah ke arah kebaikan, betapa pentingnya untuk kita pilih persekitaran yang positif. 

Pilih kawan. 

Bukan maksud kita buang kawan yang ada aura negatif.

Tapi kita ada pilihan untuk jauhkan diri. Jauhkan diri bukan bermaksud putus kawan. 

Sebab itu budak yang belajar hafazan dia boleh buat kerana dia ditempatkan di persekitaran yang mempunyai misi yang sama, ditambah lagi dengan aktiviti yang dibuat secara istiqamah.

Kita juga boleh gunakan konsep tu untuk aplikasikan dalam kehidupan harian. Maybe kita boleh start dengan stop baca artikel yang membawa kontroversi dan fitnah dalam masyarakat. 

Nak beli merchandise RareTV boleh klik di gambar

Dapat apa baca artikel macam tu? Dapat sakit hati ada. Dapat dosa pun ada sebab tak banyak sikit mesti kita terdorong nak menghentam juga.

Kalau nak dijadikan pedoman, banyak lagi kisah lain yang boleh dijadikan pedoman.

Sayangnya, ramai yang pilih ambil dan viralkan kisah kontroversi untuk dijadikan tauladan.

Jika ada yang berminat ingin mengerjakan Umrah bersama Rarecation, boleh klik DI SINI untuk mendapatkan info lanjut dan terkini. 

Boleh dapatkan pewangi kereta RareTV x Keef & Nish DI SINI

Back to blog

Featured collection

1 of 4