Tips Light Packing Untuk Travel

Tips Light Packing Untuk Travel

Bila kita travel ni, memang nak kena bijak dalam memilih jumlah baju, seluar, kasut yang nak dibawa dan sebagainya. Sesiapa yang pernah mengikuti kami mengembara pasti tahu mode of travel kami, 2 kereta 9 seater 10-12 orang. Dan kami akan berpindah2 tempat tinggal dalam masa 12-13 hari di rantauan. So kami akan advise peserta2 kami supya hanya membawa luggage size M unutk memudahkan perjalanan kami semua.

Tapi soalan2 yang kami selalu dapat ialah “Kapten, boleh tak kami bawa luggage size L, tak cukup la untuk trip” atau “ Boleh tak kongsi mana macam kapten2 semua pack luggage untuk trip?” Jadi hari ni kami nak sharekan 5 tips yang kami belajar & gunakan untuk mempersiapkan diri menjadi pemgembara rare.

Gunakan rule 2x5

 Untuk 10 hari travel (tak termasuk 2 hari untuk perjalanan menaiki kapal terbang), kita hanya peru membawa 2 seluar 5 baju. Rule ini juga boleh digunakan untuk pakaian lain, 2 kasut & stokin, 5 pakaian dalam. Dan ini tak termasuk baju yang kita pakai masa penerbangan, jadi itu ialah 1 bonus pakaian untuk kita. Ingat bawa hanya yang perlu, bukan yang ‘mungkin kita akan pakai’

Peralatan mandian saiz travel

Di sini kita mampu jimat banyak ruang. Lebih-lebih lagi sekarang amat mudah nak dapatkan sabun, syampu saiz2 kecil. Dulu masa travel semua akan pack saja sabun2 yang ada kat toilet ke dalam luggage. Tapi sekarang tiada alasan untuk kita buat sedemikian. Tapi untuk anda yang akan menginap di hotel, lagi senang. Guna apa yang hotel sediakan, habis call room service, settle.

Guna packing cubes

Beg2 kecil ini memang sangat berkesan untuk jimatkan ruang. Kuncinya ialah ia membuat baju kita semua teratur, sekaligus membuat lebih mudah untuk kita pack. Tambahnya ada plus point iaitu senang kita nak ambil & simpan baju sehairan.

Gambar dari Pixabay.com

 

Laundry                                                                                               

Ini memang nasihat yang nampak macam straightforward, tapi memang membantu. Kalau kita menginap di hotel boleh research kedai2 dobi yang berdekatan sebelum kita book hotel. Kalau apartment pulak ambil yang sudah sedia ada mesin basuh. Bukan saja ini dapat hilangkan pening kita takut baju tak cukup, tapi kita akan dapat baju2 yang fresh & selesa masa di akhir2 trip. Tips laundry - pastikan kita gunakan laundry pods, jimat ruang & ringan

Timbang luggage

Kita semua tahu airline mana2 ada limit untuk luggage, 20kg ke 25kg, jadi amat penting untuk kita pack mengikut kadar yang sudah ditentukan. Pertama ia akan membuat kita hanya bawa apa yang perlu. Kedua, kita tak akan kelam kabut masa di airport nanti tentang isu luggage & ketiga memudahkan kita juga luggage ringan senang nak bergerak.

 

Bila nak travel, memang semua orang excited. Tapi kena pastikan dalam keterujaan itu janganlah kita pandang ringan tentang packing. Itu langkah pertama untuk kita mulakan perjalanan holiday kita. Kalau kita mulakan perjalanan dengan bersiap sedia dan positif, insyaallah semua akan berjalan dengan lancar. Ingat jangan work hard tapi work smart!

Back to blog

Featured collection

1 of 4