Umrah Bermula Sebelum Sampai Mekkah
Share
Umrah kita bermula bila dan di mana?
Jawapannya semuanya bermula dari sekarang!
- Teruskan dengan bersihkan hati
- Bersihkan hutang
- Maafkan orang
- Minta maaf dengan mak ayah
- Minta maaf dari jiran (tak semestinya 40 orang)
- Minta maaf dengan semua yang pernah kita buat salah
- Kemudian baru boleh buat ihram dan mulakan ibadah umrah.
Proses penyucian diri bermula dari sini. Dari dalam rumahtangga kita dahulu. Kita nak bersihkan diri kita dalam hubungan sesama manusia dari suami, isteri, ibubapa, anak-anak, jiran, sahabat, kawan-kawan, masyarakat, majikan dan sebagainya.
Malah siapa saja yang pernah kita kenali sepanjang usia kita kerana itulah proses penyucian UMUR selama kita bernafas di atas muka bumi Allah.
Tambah pula dunia kita dah ada dua, alam nyata dan dunia maya. Kat FB ni punyalah ramai orang kita nak kena minta maaf. Kan?
Kalau tak mula dari sekarang, beratlah kita di sana nanti.
Berat tu bukanlah bermaksud sampai di sana nanti, mata kita tak nampak Kaabah ka, tiba-tiba kita jadi bisu, pekak atau sebagainya. Banyak baca Mastika ni.
Bukan begitu..
Beratnya adalah kerana proses penyucian diri di sana nanti mungkin tidak akan meninggalkan kesan langsung pada kita.
Orang kata, "pergi umrah tapi balik sama saja perangai.. tak ada yang berubah pun?".
Kita yang memberatkan diri sendiri dalam urusan-urusan berikut;
- Di sana kita jadi tidak minat dengan majlis ilmu.
- Malas dan suka berlengah dalam urusan ibadah dan ziarah.
- Berat mulut, tangan dan kaki nak melangkah ke masjid, hotel depan masjid saja pun tapi lebih suka solat di bilik.
- Masih ada ego dan sombong diri, rasa sudah pandai dan berlagak dengan jemaah lain.
- Lebih banyak mempersoal dari banyak bersoal jawab dengan berhikmah.
- Berat dalam urusan bersedekah dan silaturrahim sesama jemaah. Suka buat hal sendiri dan menyendiri.
- Tidak berlapang dada dan tak boleh ditegur.
Itu antaranyalah.. banyak lagi kalau nak senaraikan.
Beratnya kita kerana perangai dan habit kita dari rumah itu tak boleh nak disucikan dan dibersihkan.
Sedangkan itulah tujuan kita ke sana nak memperbaiki semula diri, hubungan dengan Allah, keluarga dan rumahtangga.
MABRUR itu ukurannya bila kita selesai ibadah nanti, dan pulang ke tanah air. Adakah kita menjadi insan yang baru atau kekal dengan habit dan akhlak yang sama?
Kita nak balik dan cipta 'raudah' kita pula. Taman syurga yang ada aliran ilmu dalam rumahtangga kita. Suami atau bapa yang mampu menjadi imam kepada anak dan isteri.
Umrah dan haji wajib sekali dibuat seumur hidup.
Niat mahu pergi, Allah pasti jemput apabila kita dah pasang niat. INGAT.. Allah bukan nak jemput siapa yang MAMPU.. tapi siapa yang MAHU.
Nak berubah mesti banyak yang kita kena berkorban. Harta dan diri.
Macam mana prosesnya?
Bekerjalah bersungguh-sungguh, kumpul duit dan tabungan modal untuk ke sana. Rancang dengan bijak supaya kita sentiasa bersedia bila-bila masa seruan menunaikan umrah tiba. Pastikan pasang niat dari sekarang. Jangan langsung tidak berdetik dalam hati nak pergi umrah.
Sungguh!
Dia akan mudahkan segala urusan dengan bantuan sekian alam manusia di sekeliling kita. Percayalah!
Whatsapp 019-253 6474 (Shauqi) untuk booking.
Share dan tag pasangan kita. Umrah adalah kerjasama dua hati. Nak sucikan diri dan keluarga suami isteri perlu jelas matlamat kita menunaikan umrah.
Salam dan semoga bermanfaat,
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare ajak korang pergi Baitullah